Pernahkan kita bersedih kerana tertinggal solat, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?
Pernahkah kita terasa berdosa tidak "beradab" menghadapi Allah SWT?
Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Kali ini saya ingin menyentuh soal lalai dalam solat.
Lawan lalai ialah khusyu' dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam solat tetapi menimbulkan "feel" dengan Allah SWT.
Kalau tidak ada "feel" yang berubah dalam solat seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Allah SWT maka itu tanda tidak khusyuk.
Lalai dalam solat ada beberapa peringkat seperti berikut:-
Peringkat Pertama: Lalai habis
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar solat yang tidak ada kena mengena langsung dengan solat. Ia berterusan sampai salam.
Tidak ada rasa apa-apa dengan Allah SWT sepanjang solat. Malahan tahu-tahu sahaja dah sampai ke tahiyyat akhir.
Peringkat Kedua: Sekejap lalai, sekejap khusyu'
Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersolat. Solatnya diselang-selikan dengan perkara lalai dan mengingat hal-hal dunia.
Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam solat tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyu', ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham apa yang dibaca, masakan boleh menghayati di dalam hati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Allah SWT.
Peringkat Ketiga: Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam solat
Solat seperti ini sudah agak baik.
Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan solat kerana belum ada apa-apa "feel" dengan Allah SWT. Khusyu' adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.
Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam solat dan kadang-kadang khusyu' tetapi tidak pada sepanjang masa di dalam solat
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam solat tetapi "feel" dengan Allah SWT tidak wujud sepanjang waktu dalam solat.
Peringkat Keempat: Solat yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai "feel" dengan Alah SWT yang berubah-ubah dari satu "feel" ke satu "feel" yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam
Inilah solat yang tidak lalai. Inilah solat yang benar-benar khusyu'.
Lalai berpunca daripada pengaruh dunia.
Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyu' dalam solat, dunia akan terbawa dalam solat. Sebab itu kalau dalam solat seperti ini hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita sebab salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.
"Feel" ini ialah "feel" dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyu'.
Sekiranya kita tidak kenal Allah SWT, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.
Mengenal Allah SWT ialah langkah pertama untuk mendapat khusyu'.
Setelah mengenali Allah SWT barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Allah SWT di hati kita kerana kenal itu perkara hati. Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyu'.
“Awal-awal agama adalah mengenal Allah SWT”
Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah SWT, agak sukar untuk kita beragama.
Kita tidak akan boleh khusyu'. Selagi kita tidak boleh khusyu' kita sebenarnya belum berjiwa tauhid.
Kalau kita belum berjiwa tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.
Kita tidak akan boleh khusyu'. Selagi kita tidak boleh khusyu' kita sebenarnya belum berjiwa tauhid.
Kalau kita belum berjiwa tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyu', tidak ada roh dan tidak ada jiwa.
Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.
Wallahu'alam
Blogger Comment
Facebook Comment