Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri atau suami, pasti ada kesepian dan kelelahan.
Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun, adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian.

Putaran kehidupan pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.
Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana?
Apalagi jika bukan dengan solat dan zikir. Saidatina Fatimah RA yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah SAW.
Pemikiran Saidatina Fatimah RA dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ‘tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat.
Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara kerana kenangkan akhirat yang lebih baik dan abadi. Emosinya menjadi tenteram ketika kesepian, kerana sentiasa merasai ada Allah SWT yang sentiasa memerhati.
Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah SWT.
Imam al-Ghazali pernah menukilkan:-

“Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi.....tetapi katakan pada diri bahawa di sisiku sentiasa ada Pemerhati.”
Apabila Cinta Kepada Allah SWT Tidak Mendalam
Dunia tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu.
Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira nikmat yang bernama anak, suami atau isteri.
Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah SWT, segala bentuk cinta yang lain (cinta makhluk) akan beransur malap dan gelap.
Begitulah fitrah hati.
Cinta Allah SWT itu tapak segala cinta yang lain. Apabla cinta Allah SWT goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah SWT, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang ada di depan mata disia-siakan, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila.
Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang baru.
Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. ‘Orang lama’ ini bermimpi untuk menjadi ‘orang baru’ yang hidup penuh dengan keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra. Kononnya, mereka tetap menjaga perkahwinan masing-masing, mereka
Cuma bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluahkan rasa, di luar pengetahuan pasangan mereka. Inilah hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia.

Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.
‘Hak’ Kepada Yang Tidak Berhak
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain?
Bagaimana rasa isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri?
Tentu ada hati yang terluka.
Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.
Mengapa dia perlukan teman tapi mesra?
Mengapa dia perlukan teman tapi mesra?
Apakah kerana si dia yang sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta’?
Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik.
Apabila bersama temannya dialah lelaki paling romantis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapaannya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya masam dan bungkam.

Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!
Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau badan-badan swasta. Mereka mempunyai alasan, ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.
Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini, segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja dengan papan kekunci atau tetikus komputer.
Celik IT tapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan lagha (sia-sisa) ini.

Yang Dikendong Berciciran
Keldai cinta.
Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, keldai cinta ini memberi cinta sepenuhnya.
Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorbankan.
Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, sama ada lewat Facebook, Twitter, Yahoo! Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa kepada komitmen yang nyata dalam alam realiti.

Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang mempunyai beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan semuanya hanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati.
Seorang gadis pula rela meninggalkan ibu bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasihnya yang bermata biru atau berkulit hitam.
Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer ribanya hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih maya’.

Mula-mula hanya dengan berkenalan, berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataannya, perkara seumpama ini banyak berlaku.
Alasan mereka ringkas dan mudah sahaja – ‘saya kesepian’, ‘suami tidak pandai melayan perasaan’, ‘isteri tidak memahami saya’.
Begitulah yang kerap kita dengar.
Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung. Sudah bertahun-tahun, sudah beranak-pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.

Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna.
Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenar), si isteri yang kesepian itu cair.
Lalu berbalas-balaslah kata cinta ‘I love you’, ‘I trust you’ dan sebagainya.
Waktu dinihari yang sepatutnya si isteri bangun solat tahajud mendoakan suami dan anak-anak, telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.

Menjadi Mangsa Pemangsa
Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik.
Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang dimasukkan ke dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangka masa tertentu.
Mendengar segala janji manis itu apalagi, keldai cinta ini pun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelan.

Sungguh tragis, apabila keldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi ‘keldai dadah’.
Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama ada masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara.
Ada pula yang maruahnya tergadai, apabila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menuntut kehendak sindiket dadah bertaraf antarabangsa ini.
Cinta didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang datang menimpa.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hassan al-Banna.
Jadi, Mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua musuh yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa,

Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca al-Quran.
Ada yang giat dengan aktiviti-aktiviti pengajian.
Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tetapi si keldai cinta pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!

Apabila Hati Serong Pandangan Melencong
Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara ‘maraton’ ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram.
Alangkah ruginya isteri dan suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah atau suami yang soleh sering bermunajat kepada Allah SWT memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya daripada malapetaka dunia dan akhirat.

Sah, dialah keldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil.
Di mana wajah kita hendak hadapkan di hadapan Allah SWT di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah SWT dan Rasul-Nya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?

Menegakkan hukum Allah SWT dalam rumahtangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Jika sebaliknya, jika melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.
Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumahtangga umat Islam kini.
Puncanya?
Mudah sahaja....jiwa kosong dan tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyibuk. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.
Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju.

Maka begitulah nasib keldai cinta ini. Hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment