Akhir-akhir ini timbul isu mengenai pemakanan dan masalah obesiti yang dihadapi oleh kanak-kanak sekolah. Dikatakan kebanyakan makanan di kantin sekolah penyumbang terbesar kepada masalah tersebut.
Adakah masalah obesiti atau kurang berkhasiat semata-mata yang patut dirisaukan ibu bapa?
Sebenarnya, ada satu lagi perkara penting yang mesti diberi tumpuan iaitu status halal makanan itu. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil berat soal pemakanan yang masuk ke dalam perut anak-anak yang kemudian menjadi darah daging mereka.
Ia bukan cukup sekadar memberi makanan dengan tujuan mengenyangkan perut malah lebih penting makanan tersebut halal dan baik (tayyibah), sebagaimana dituntut oleh Allah SWT yang bermaksud:-
Ia bukan cukup sekadar memberi makanan dengan tujuan mengenyangkan perut malah lebih penting makanan tersebut halal dan baik (tayyibah), sebagaimana dituntut oleh Allah SWT yang bermaksud:-
“Wahai sekalian manusia!Makanlah apa-apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik (tayyib), dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu.”Surah al-Baqarah 2:168
Makanan yang halal dan baik akan memberi kesan yang baik kepada keturunan dan generasi akan datang termasuk anak-anak kita.
Oleh sebab itu, apa yang perlu dititikberatkan dalam soal pemakanan anak-anak setiap masa ialah beberapa aspek berikut:-
Oleh sebab itu, apa yang perlu dititikberatkan dalam soal pemakanan anak-anak setiap masa ialah beberapa aspek berikut:-
#1 Halal
Makanan yang dimasak ataupun dimakan itu mesti halal dan tidak meragukan. Misalnya daging atau ayam, seharusnya dibeli di pasar-pasar pemilik dan penjualnya terdiri daripada orang Islam.
Begitu juga selain halal kita juga sedapat mungkin pastikan ia bersih di sudut syariat.
Contohnya ayam sekalipun disembelih cara halal, tetapi ada juga kes cara membasuh dan membersihkannya tidak menurut syariat.
Contohnya ayam sekalipun disembelih cara halal, tetapi ada juga kes cara membasuh dan membersihkannya tidak menurut syariat.
Sumber wang atau pendapatan yang diperolehi ibu bapa setiap bulan juga mestilah halal.
Wang itulah kelak yang akan dibelanjakan untuk segala urusan rumah termasuklah perbelanjaan makanan.
Maksud halal di sini ialah pendapatan ibu dan bapa hendaklah tidak bercampur dengan unsur-unsur yang haram.
Misalnya pendapatan bukannya daripada hasil rasuah, menipu atau mengambil hak orang lain.

Ibu bapa yang bekerja perlu amanah dan jujur dalam kerjaya mereka. Jauhi budaya “curi tulang” ketika bekerja dengan berbual kosong atau melayari internet tanpa tujuan.
Dikhuatiri hasil pendapatan yang diperolehi telah bercampur dengan syubhah. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti.
Dengan wang tersebutlah kita memberi makan dan membesarkan anak-anak.

Bagaimana jika makanan yang diberikan itu tidak halal di sisi syariat?
Sumber pendapatan yang tidak halal membawa kepada tiada keberkatan dalam hidup kita. Ia akan memberi kesan negatif dalam banyak perkara misalnya kepada jiwa iaitu rasa tidak bahagia, selalu resah, rasa tidak cukup dengan rezeki dan pelbagai masalah sering melanda.
Sebaliknya jika sumber itu halal, makanan halal itu membantu anak-anak tetap dalam berbuat makruf selama mereka hidup, serta berjaya di dunia akhirat.
Doa juga terhalang apabila harta dan makanan tidak halal.
Ini pernah berlaku pada zaman Nabi Musa AS, ada seorang lelaki telah berdoa dengan bersungguh-sungguh. Namun doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Nabi Musa AS menjadi hairan mengapa terjadi demikian.
Baginda AS pun bertanya kepada Allah SWT sebab doa lelaki tersebut tidak diterima. Allah SWT menjawab bahawa di dalam perut, rumah serta pakaiannya terdapat sumber-sumber yang haram.
Inilah antara penyebab dia tidak diterima. Bukan setakat tidak diterima, makanan haram juga oleh menyebabkan kita dan anak-anak terseksa di neraka.
Naudzubillah.
#2 Baik (Tayyibah)
Ibu bapa perlu mengetahui asas-asas makanan yang baik untuk penyediaan makanan harian.
Bukan sekadar lazat, tetapi hendaklah berzat dan baik untuk kesihatan.
Mereka perlu mengetahui kandungan karbohidrat dan protein yang perlu ada dalam pemakanan anak-anak.
Mereka perlu mendisiplinkan pengambilan gula dan lemak supaya anak-anak tidak mengambilnya secara berlebihan.
Cara pemakanan yang diamalkan secara sihat setiap hari akan diwarisi oleh cucu-cicit kita kelak.

Erti kata tayyibah juga perlu merangkumi bahan makanan, cara memasak, cara menjual dan menghidangkannya.
Apakah bahan-bahan mentah dicuci dengan laluan air bersih atau sekadar direndam sahaja?
Kita sering mendengar keluhan ibu bapa tentang anak-anak yang tidak mendengar nasihat, cepat panas baran, degil dan sebagainya. Sebenarnya moral anak-anak juga dipengaruhi jenis makanan yang kita sajikan setiap hari.
Mungkin salah satu sebabnya kerana makanan yang disediakan tidak halal dan tidak baik.
Mungkin salah satu sebabnya kerana makanan yang disediakan tidak halal dan tidak baik.
Alangkah baiknya ketika mengadun kuih atau mengacau gulai, dimulai dengan bacaan basmalah serta diiringi dengan selawat atau zikir-zikir. Doakan semoga makanan tersebut memberikan kebaikan kepada tubuh anak-anak untuk rajin beribadah serta mendapat keberkatan dalam hidup.
Antara contoh penjagaan di sudut kesihatan pula, sebaik-baik cara memasak yang disarankan oleh pakar pemasakan ialah memasak cara direbus, dibakar atau kukus.
Makanan yang disediakan cara sebegini lebih segar dan dapat dikurangkan daripada penggunaan bahan yang tinggi kolestrol dan sebagainya.
Makanan yang disediakan cara sebegini lebih segar dan dapat dikurangkan daripada penggunaan bahan yang tinggi kolestrol dan sebagainya.
#3 Kreativiti
Ibu bapa mesti rajin memasak untuk anak-anaknya. Sama ada sedap atau tidak, usaha untuk memberikan kegembiraan atau kasih sayang melalui masakan kepada anak-anak tidak ternilai harganya.
“Paling sedap ialah masakan emak.”
“Teringat masakan emak.”
Walaupun masakan si ibu itu biasa-biasa sahaja, namun ia terasa enak apabila dihidangkan dengan penuh kasih sayang.
Oleh sebab itu, anak-anak yang selalu memakan masakan ibu pasti selalu mengingatinya.
Oleh sebab itu, anak-anak yang selalu memakan masakan ibu pasti selalu mengingatinya.
Ibu bapa juga perlu kreatif dalam menyediakan hidangan. Ini kerana ada antara anak-anak yang memilih-milih makanan yang mereka tidak suka seperti sayuran ataupun ikan. Mereka lebih menyukai hidangan ayam.
Ibu boleh menyediakan sup dengan bebola ikan yang dibuat sendiri.
Ibu boleh menyediakan sup dengan bebola ikan yang dibuat sendiri.
Jika tidak suka makan sayur, buatlah sayur berinti ayam atau krim yang lazat dan sebagainya. Ia lebih berkhasiat dan tiada bahan pengawet. Boleh juga dihidangkan dengan hiasan dan jus buah-buahan.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment