Tubuh manusia ibarat sebuah mesin atau enjin yang sempurna. Manusia diumpamakan sedemikian kerana ia memerlukan ‘bahan-bahan pembakar’ untuk tugasan harian. Bahan-bahan yang dimaksudkan itu makanan.
Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:-
“Wahai anak Adam!Pakailah pakaian kamu yang indah pada setiapkali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumkan dan jangan kamu melampau-lampau.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”
Manakala dalam sebuah hadith riwayat Ibn Majah dan an-Nasa'i, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Makanlah serta minumlah, bersedekah dan pakailah; asalkan jangan bermegah-megah dan menyombong serta jangan pula melampau-lampau kerana Allah suka melihat kesan nikmat-Nya kepada hamba-Nya.”
Makanan ialah apa-apa sahaja yang boleh dimakan yang masuk ke dalam tubuh dan akan dihancurkan melalui proses pencernaan. Makanan yang diproses di dalam badan itu akan bertukar menjadi tenaga bagi menggalakkan pembaharuan sel dan perkembangan tubuh.
Oleh sebab itu, makanan dapat membantu memanaskan dan menggerakkan tubuh.
Oleh sebab itu, makanan dapat membantu memanaskan dan menggerakkan tubuh.
Jika makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia itu cukup jumlah dan gizi atau nutriennya (iaitu makanan berzat dan berkhasiat) bagi memenuhi keperluan tenaga dan pertumbuhan, maka fungsi tubuh tidak akan terganggu.
Namun demikian, jika tidak mencukupi, tenaga yang disimpan dalam badan itu sendiri akan digunakan bagi mencukupkan keperluan makanan dalam menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian.
Namun demikian, jika tidak mencukupi, tenaga yang disimpan dalam badan itu sendiri akan digunakan bagi mencukupkan keperluan makanan dalam menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian.
Dalam keadaan ini, berat badan akan menurun.
Islam sangat mengambil berat tentang kesihatan manusia sehingga cara pemakanan seseorang turut dijelaskan. Contohnya; kita hendaklah makan apabila berasa lapar dan jangan makan sehingga terlalu kenyang atau secara berlebihan.
Dalam sebuah hadith riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisi oleh anak Adam selain perut.Cukuplah bagi anak Adam beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya.Sekiranya dia terpaksa melakukan juga, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk nafasnya.”
Sesiapa yang memerhatikan petunjuk kesihatan Nabi Muhammad SAW, maka dia akan mendapati bahawa petunjuk Baginda SAW adalah sebaik-baik cara untuk memelihara kesihatan.
Antara sebab kesihatan seseorang itu terpelihara meliputi cara-cara mengatur makan dan minum, pakaian, tempat tinggal, udara, tidur dan berjaga, diam dan bergerak serta hubungan seks (jimak).
Jika semua perkara ini dilakukan dengan tepat dan sesuai dengan keadaan badan, umur dan kebiasaan, maka kesihatannya akan lebih terjamin.

Dalam satu hadith riwayat at-Tirmizi dari Ubaidillah bin Muhsin al-Ansari, beliau berkata:-
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-‘Sesiapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam kehidupannya dan dia memiliki makanan harian yang cukup, maka seolah-olah dunia ini adalah miliknya.’”
Begitu juga dalam hadith yang lain, riwayat at-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Pertanyaan pertama yang akan diajukan kepada seorang hamba pada hari kiamat kelak ialah tentang nikmat.Dikatakan kepadanya:-“Bukankah Kami telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkannya dengan air yang dingin?”
Sesungguhnya nikmat sihat merupakan nikmat besar yang akan ditanya Allah SWT sebagaimana ayat-Nya dalam surah at-Takathur ayat 8 yang bermaksud:-
“Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan.”
Menurut ulama', nikmat yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah nikmat sihat. Baginda SAW makan makanan sebagaimana kebiasaan makanan kaumnya iaitu daging, buah-buahan, roti, kurma dan lain-lain.
Jika antara makanan itu ada yang perlu diseimbangkan, maka Baginda SAW mengimbanginya dengan lawannya. Misalnya, mengimbangi panas kurma dengan dingin semangka (tembikai).
Jika tidak mendapati keadaan yang sedemikian, maka Baginda SAW makan mengikut seleranya tanpa berlebih-lebihan. Jika Baginda SAW tidak berselera terhadap sesuatu makanan, Baginda SAW tidak memakannya dan tidak memaksa diri untuk memakannya.
Ini adalah cara utama untuk memelihara kesihatan, kerana apabila seseorang memakan makanan yang tidak disukainya, mudaratnya adalah lebih besar daripada manfaatnya.

Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi, daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:-
“Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan, jika berselera, Baginda memakannya dan jika tidak, Baginda meninggalkannya.”
Makanlah Makanan yang Baik
Rasulullah SAW sangat menyukai makanan yang manis seperti madu. Kadangkala, Baginda SAW akan memakan roti dengan lauk.
Adakalanya lauk ialah daging. Dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Adakalanya lauk ialah daging. Dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Daging adalah penghulu makanan penduduk dunia dan akhirat (syurga).”
Adakalanya Baginda SAW memakannya dengan semangka dan kadang-kadang dengan kurma kering. Baginda SAW pernah meletakkan kurma kering di atas roti lalu berkata:-
"Haza idaamu haza"(maksudnya ‘ini lauk’ atau ‘ini lauknya’)
Selain itu, Baginda SAW memakan buah-buahan di negerinya apabila tiba musimnya, Baginda SAW tidak berpantang memakan buah-buahan tersebut. Ini juga termasuk cara utama untuk memelihara kesihatan.
Inilah hikmah Allah SWT menjadikan setiap negeri itu terdapat buah-buahan yang dapat memberi manfaat kepada penduduk pada waktunya. Buah-buahan itu menjadi sumber kesihatan dan kesejahteraan mereka sehingga tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

Seringakali orang yang tidak mahu makan buah-buahan kerana takut sakit itulah yang menyebabkan badannya sakit serta jauh daripada kekuatan dan kesihatan yang baik.
Adab Ketika Makan
Posisi badan Baginda SAW ketika makan adalah sebagaimana yang dsebut dalam kitab Zad al-Ma’ad oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam bab Petunjuk Nabi SAW untuk Memelihara Kesihatan:-
“Baginda SAW duduk untuk makan dengan keadaan mutawarrikan iaitu meletakkan punggung atas kedua-dua tumitnya dan telapak kaki kiri di atas belakang kaki kanannya.”
Dalam hadith lain antaranya, riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Saya makan sepertimana hamba sahaya makan.”
Duduk sedemikian sebagai tanda tawaduk terhadap Tuhan dan tanda adab di hadapan-Nya serta sebagai penghormatan terhadap makanan dan teman-teman makan yang lain. Cara duduk demikian adalah cara duduk terbaik dan utama.
Baginda SAW juga melarang makan sambil bersandar sebagaimana riwayat al-Bukhari. Daripada Abi Juhaifah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Aku tidak makan sambil bersandar.”
Dalam hadith lain riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Aku makan sebagaimana seorang hamba makan dan aku duduk sebagaimana seorang hamba duduk.”
Jika yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu adalah bersandar pada bantal-bantal, maka ini bermakna:-
“Sesungguhnya aku duduk untuk makan, maka aku tidak akan duduk bersandar pada bantal sebagaimana duduknya para penguasa yang sombong atau orang yang makan melampaui batas, namun aku duduk sebagaimana seorang hamba.”
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment