Untuk mencapai kemenangan memang mudah, tetapi untuk mengisi kemenangan memang payah.
Hakikat ini nampaknya belum difahami oleh sesetengah pejuang Islam.
Mereka merasakan kemenangan adalah segala-galanya.
Lebih malang lagi apabila kemenangan itu disamaertikan dengan kemampuan mendapatkan kuasa.
Dengan kuasa, ramai menyangka seluruh sistem Islam dapat ditegakkan dengan mudah dan cepat.

Mendapat kuasa sahaja belum menjamin tertegaknya hukum Allah SWT secara menyeluruh.
Namun sifat amanah dan adil dapat menegakkan hukum Allah SWT. Seringkali kuasa disalahgunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi dan puak. Justeru, tidak hairanlah jika ada pejuang Islam yang berubah niat dan matlamat apabila mendapat kuasa.

Slogan dan semangat yang diwar-warkan dalam proses mendapatkan kuasa akan menjadi kurang penting apabila tiba fasa membangunkan Islam secara menyeluruh setelah mendapat kuasa.
Ertinya, kemampuan meruntuhkan belum menjamin keupayaan membina sekiranya tidak ada persediaan jiwa yang kukuh.

Justeru umat ini mesti dididik untuk menjadi bahu, bukan sahaja mata dan telinga dalam usaha menegakkan Islam. Rakyat tidak boleh hanya menjadi pemerhati, tetapi mesti bersama-sama berganding bahu untuk menegakkan da mempertahankan Islam.
Mereka perlu dididik secara serius untuk menegakkan Islam dalam diri dan keluarga terlebih dahulu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
"Wahai orang yang beriman, selamatkan diri dan keluargamu dari api neraka"Surah al-Tahrim, 66:6
Ini satu fasa perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kesungguhan.
Jika itu belum dapat dilaksanakan, adakah logik mereka mahu diajak untuk menegakkan Islam di peringkat yang lebih besar secara tiba-tiba?

Anak tangga dalam usaha menegakkan Islam mesti didaki secara bertahap dan sabar. Perlaksanaan Islam mesti bermula dengan menghidupkan di dalam diri, keluarga serta masyarakat.
Jika proses ini cuba dilakukan secara songsang, Islam tidak akan dapat ditegakkan dengan sempurna. Sebaliknya, akan timbul pelbagai kesan sampingan yang negatif.
Dan dibimbangi; yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Marilah membentuk majoriti takwa di kalangan rakyat. Majoriti takwa adalah faktor penting untuk menegakkan agama secara harmoni tanpa meninggalkan kesan sampingan yang merugikan.
Pembentukan majoriti takwa ini umpama aliran air yang mengalir atau bagai gerakan akar yang menjalar.
Walaupun kelihatan lambat, tetapi ia adalah jaminan tertegaknya Islam di semua peringkat. Islam yang ditegakkan di atas landasan ini tidak akan dapat dijatuhkan kerana dasar berakar umbi di dalam hati ummah.

Majoriti takwa tidak ditegakkan oleh peminat Islam, tetapi oleh penyokongnya. Jauh berbezanya antara peminat dengan penyokong.
Takwa adalah sifat mentaati perintah Allah SWT secara penuh dan menyeluruh, bukan sekadar bercakap semata-mata.
Sikap hanya dapat dibentuk dengan akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga perkara ini mesti dicapai melalui dua proses; dakwah dan tarbiah.
Dakwah untuk membangkitkan kesedaran, manakala tarbiah untuk memberi bimbingan dan pimpinan ke arah pengamalan yang istiqamah.

Tidak tertegak Islam dalam sesebuah negara selagi tidak tertegaknya Islam dalam keluarga dan masyarakat.
Walaupun ramai pengkritik menganggap kaedah ini lambat dan menjemukan, tetapi inilah jalan yang paling tepat.
Dan jalan yang paling tepat itulah yang paling cepat dan selamat.
Apa gunanya berjalan cepat jika tidak selamat dan terpaksa berundur semula?

Mudah-mudahan, pejuang Islam sentiasa fokus dan serius dengan dakwah dan tarbiah kerana sesungguhnya ia umpama akar kepada pohon Islam yang merangkumi soal siasah, muamalat, ibadat, jinayat dan lain-lain.
Insya-Allah.
Insya-Allah.
Wallahu'alam
Blogger Comment
Facebook Comment