Hasad Terhadap Kebenaran

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Takutlah kamu semua akan sifat hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” 
Hadith Riwayat Abu Daud

Al-Quran dan Sunnah berbicara tentang Hasad

Hasad merupakan satu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung dengan sewajarnya. Sifat hasad juga boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan prasangka buruk terhadap orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Adakah patut mereka hasad kepada manusia atas nikmat Allah SWT berikan kepada mereka daripada kurniaan-Nya?” 
Surah an-Nisa’ 4:54
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Janganlah kamu saling dengki-mendengki, tipu-menipu, benci-membenci, belakang-membelakangi antara satu sama lain. 


Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. 

Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara. 
Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim. 

Dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.” 

Hadith Riwayat Muslim
Hasad terhadap Kebenaran

a. Hasad dalam kalangan orang Yahudi

Pada zaman Rasulullah SAW, orang Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang suka menipu, mengkhianati, membelot serta menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam masyarakat.

Perbuatan buruk tersebut lahir daripada sikap hasad mereka apabila melihat kebenaran Islam semakin diterima oleh masyarakat.

Keadaan tersebut menyebabkan mereka berasa terancam dan tergugat, lalu mereka merancang pelbagai agenda jahat untuk menganggu dan menghancurkan Islam dan umatnya.

Antara perbuatan khianat yang dilakukan oleh orang Yahudi adalah:-

#1 Rancang pembunuhan - Rasulullah SAW diracun

Menurut Abu Hurairah RA, ketika Khaibar ditakluk, Rasulullah SAW telah dihadiahkan dengan seekor kambing biri-biri yang telah diletakkan racun.

Terdapat satu riwayat yang dinyatakan bahawa kambing itu telah dihadiahkan oleh seorang perempuan Yahudi yang bernama Zainab binti al-Harith yang telah bertanya tentang bahagian kambing yang lebih disukai oleh Rasulullah SAW.

Apabila diberitahu kepadanya, daging paha paling digemari oleh Rasulullah SAW, dia meletakkan banyak racun pada bahagian tersebut. Ketika Rasulullah SAW mengunyah daging tersebut pada suapan yang pertama,

Baginda SAW terhenti dan tidak menelannya.

(Rujukan: Kitab Bulugh al-Amani dengan Hashiyah al-Fath al-Rabbani, jilid 21, halaman 123)

#2 Gangguan terhadap Umat Islam - Kisah seorang perempuan Arab Muslimah dan Yahudi

Orang Yahudi sering menimbulkan kekacauan dan kebimbangan penduduk Madinah.

Mereka cuba menghapuskan penduduk Madinah dengan cara menyusahkan mereka.

Pada suatu hari, seorang Muslimah Arab pergi ke pasar Bani Qainuqa’ dengan membawa hasil tenusunya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas.

Kemudian datang beberapa orang Yahudi menganggu perempuan tersebut.

“Buka penutup mukamu.” kata orang Yahudi tersebut.

Perempuan itu lantas menjawab: “Tidak.”

Si tukang emas yang berada berdekatan secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu lalu disimpulkan hingga ke bahagian belakang badannya dalam keadaan perempuan itu tidak menyedarinya.

Apabila perempuan itu bangun, maka tersingkaplah pakaiannya dan terdedahlah auratnya. Orang Yahudi tersebut mentertawakannya. Lantas perempuan itu menjerit meminta tolong.

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim menyerbu tukang emas (seorang Yahudi) tersebut lalu membunuhnya. Melihat keadaan itu, orang Yahudi yang lain segera bertindak balas lalu membunuh lelaki Muslim tersebut.

Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit dan memanggil orang Islam untuk menghadapi orang Yahudi tersebut. Maka tercetuslah pergaduhan antara mereka dengan kaum Bani Qainuqa’.

b. Melakukan Provokasi dan Gangguan terhadap orang Islam

Orang Yahudi sangat benci kepada Islam. Mereka cuba memecahbelahkan perpaduan orang Islam melalui provokasi dan gangguan psikologi.

Orang Yahudi sangat cemburu apabila melihat kemesraan yang terjalin sesama Muslim, lalu mengatur strategi untuk memisahkan mereka.

Pada suatu hari, Shas bin Qays yang merupakan seorang lelaki Yahudi tua yang kufur dan sangat bencikan Islam terlihat sekumpulan sahabat Nabi SAW daripada kalangan Aus dan Khazraj yang sedang berkumpul dan berbual-bual dalam satu majlis.

Melihat kemesraan dan hubungan yang baik antara sahabat Nabi SAW itu, segera timbul kebencian di hatinya.

Lalu dia melakukan perkara berikut:-
  • Mengungkit kembali kisah permusuhan antara Aus dan Khazraj sebelum dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW
  • Menghantar seorang anak muda Yahudi ke majlis yang dihadiri oleh kaum Aus dan Khazraj untuk mengungkit kembali Peperangan Bu’ath dan kisah-kisah silam sebelumnya agar golongan Aus dan Khazraj kembali bersengketa dan bermusuhan.
c. Pakatan untuk Menghancurkan orang Islam

Yahudi Bani Nadhir yang telah diusir kerana kesalahan mereka sendiri terus berdendam dengan kaum Muslimin. Oleh itu, mereka telah bersepakat dengan Yahudi Bani Quraizah dengan memilih beberapa orang pemimpin mereka untuk menghasut orang Quraisy dan beberapa suku Arab yang lain.

Mereka berpakat untuk membentuk pasukan al-Ahzab iaitu pakatan ketenteraan antara pasukan Musyrik dan pasukan Yahudi. Maka tercetuslah peperangan al-Ahzab, di mana umat Islam di Madinah dikepung dari segenap penjuru.

Ia memberi ancaman yang besar terhadap umat Islam ketka itu, ditambah dengan tingkah laku golongan munafik yang cuba menggoyahkan pasukan Islam dari dalam.

Berkat kesabaran dan keteguhan iman orang Islam ketika itu, Allah SWT mengirimkan para malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin taufan dan petir yang memporak-perandakan pasukan al-Ahzab.

Mereka semua kemudiannya lari meninggalkan medan perang dengan membawa kekalahan.

Sikap Sebenar Yahudi

Begitulah antara sikap orang Yahudi yang sering hasad terhadap kebenaran yang telah dibawa oleh Islam.

Mereka telah mengetahui bahawa Islam adalah agama yang benar, namun kerana sifat hasad, mereka menafikan kebenaran itu dan berusaha untuk menghancurkan Islam dan penganutnya.


Bagaimana pula dengan kita sebagai Muslim?

Adakah kita mempunyai sifat hasad dalam diri?

Adakah perasaan hasad yang bersarang dalam diri akan membunuh jiwa atau memberikan semangat untuk kita lebih berusaha?

Hasad yang positif akan memberikan kebaikan kepada kita. Tetapi hasad yang negatif memberikan kesan buruk yang mendalam kepada jiwa seseorang.

Wallahua'lam

Share on Google Plus

About Mohd Shahrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment