Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturahim dan dapat menghiburkan jiwa, tetapi jika tidak menjaga batasannya, gurauan boleh membawa bencana.
Kita senang bersama-sama denngan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda.
Jiwa yang tertekan boleh terhidur dengan gurauan bersahaja.
Gurauan melalui perbuatan, perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain.
Jiwa yang tertekan boleh terhidur dengan gurauan bersahaja.
Gurauan melalui perbuatan, perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain.
Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan.
Baginda Rasulullah SAW turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat. Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian, kegembiraan, belaian jiwa, keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
Suasana dan perhubungan akan lebih mesra dengan adanya gurau senda.
Suasana yang tegang boleh menjadi kendur, hubungan yang serius boleh menjadi mesra, fikiran yang kusut dapat diuraikan, masalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat dirapatkan.
Pendek kata, gurauan boleh menimbulkan kebaikan secara tidak formal dan bersahaja.
Had Batasan Bergurau Senda
Harus diingat, gurau senda itu ada batas-batasnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam, antaranya:-
#1 Tempat dan waktu yang sesuai
Kadangkala terdapat orang yang amat suka bergurau sehingga tidak mengira waktu dan tempat. Seeloknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada tempatnya.
Sebagai contoh, tidak wajar bergurau semasa berada bersama orang yang sedang sakit, ketika kematian atau dengan orang yang sedang dilanda musibah.
#2 Elakkan menggunakan perkataan yang buruk
Tabiat menggunakan perkataan buruk seperti mencarut dan lucah ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana ia dianggap sebagai hiburan dan gurauan. Perkataan kesat dan kasar telah menjadi budaya orang yang suka bergurau.
Kadangkala untuk menyeronokkan cerita, mereka sanggup menambah fakta palsu hanya supaya orang yang mendengar seronok dan ketawa.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:-
“Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah bagiya, maka celakalah baginya.”Hadith Riwayat Abu Daud
#3 Elakkan memperolok-olokkan agama
Aspek agama tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW, perbuatan yang memesongkan akidah, berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak.
Terkadang kita juga ada mendengar pelbagai gurauan yang memperolokkan agama dan sunnah seperti janggut Nabi SAW, jubah yang dipakai oleh Baginda SAW, amalan poligami Rasulullah SAW, hukum talak dan penceraian dan sebagainya.
#4 Utamakan menjaga perasaan
Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan orang lain, mengumpat, merendah-rendahkan individu tertentu, menyebut kekurangan, kecacatan dan seumpamanya.
Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain.
Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain.
Gurauan bertukar menjadi ejekan.
Akibatnya akan menimbulkan permusuhan, kecil hati, tuduh-menuduh, perkataan kotor dan pelbagai perkara negatif lain yang akan timbul.
#5 Sesuai dengan orangnya
Kita tidak boleh bergurau senda dengan semua orang.
Sebagai contoh, orang yang lebih tua dan orang alim kerana mereka mesti dihormati dan disegani. Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.
#6 Tidak ketawa yang berlebihan
Islam melarang kita terlampau banyak bergurau senda sehingga ketawa tanpa batasan. Ia boleh membentuk peribadi yang menjatuhkan harga diri.
Diceritaka bahawa Nabi Muhammad SAW duduk di dalam majlis bersama para sahabatnya. Mereka menceritakan sesuatu yang lucu dan Rasulullah SAW hanya tersenyum sahaja.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”Hadith Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi
Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana.
Oleh sebab itu, berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas.
Bersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik.
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.
Bersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik.
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment