Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Islam didirikan atas lima perkara;
penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”
Hadith Riwayat Ahmad, at-Tabrani, al-Baihaqi dan lain-lain
Allah SWT mensyariatkan lima perkara utama dalam Islam dan salah satu daripadanya ialah zakat. Zakat merupakan kewajipan atas setiap orang Islam dan ia perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diperintahkah oleh Allah SWT.
Sungguh, ada berkat dalam perlaksanaan zakat.
Harta Untuk Dikeluarkan Zakat
Dalam kehidupan dunia masakini, setiap orang mahukan kehidupan yang selesa.
Selain mendambakan ketenangan dan keamanan yang hadir dalam diri, setiap orang mahukan kewangan dan harta yang mencukupi untuk menampung keselesaan.
Keselesaan yang dimaksudkan sama ada memiliki sebuah rumah yang luas dan kenderaan yang dapat menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain, pakaian yang indah dan sebagainya.
Keselesaan yang dimaksudkan sama ada memiliki sebuah rumah yang luas dan kenderaan yang dapat menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain, pakaian yang indah dan sebagainya.
Seringkali kita berdoa agar Allah SWT mengurniakan nikmat kepada kita dan dimurahkan rezeki.
Doa yang tidak pernah putus ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT kerana kita percaya ar-Razzaq dan al-Wahhab itu selayaknya bagi Allah SWT.
Doa yang tidak pernah putus ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT kerana kita percaya ar-Razzaq dan al-Wahhab itu selayaknya bagi Allah SWT.
Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan Allah SWT dan keselesaan hidup di dunia ini dapat dicapai.
Harta dan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita ialah jalan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Kita sebagai manusia sering diingatkan supaya tidak lalai dan leka dengan harta yang dikurniakan.
Dalam sebuah hadith qudsi riwayat Ahmad dan at-Tabrani, Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Sesungguhnya kami menurunkan harta agar solat itu didirikan dan zakat dikeluarkan.
Seandainya seorang manusia memiliki sebuah lembah (harta), maka dia akan menginginkan untuk memiliki dua buah lembah.Jika dia mempunyai dua buah lembah, sudah pasti dia berhasrat memiliki tiga buah lembah.Tidak akan ada apa-apa yang d apat memenuhkan perut anak Adam itu selain tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir apabila mati).Allah menerima taubat bagi sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.”
Kisah Tha’labah seharusnya memberi pengajaran kepada kita.
Apabila berada dalam keadaan miskin dan susah, Tha'labah berharap agar Allah SWT mengurniakan kepadanya kemewahan, dia merayu beberapa kali kepada Rasulullah SAW untuk berdoa supaya Allah SWT memberikannya harta untuk kesenangan dan keselesaan hidup di dunia. Tha'labah juga berjanji untuk membantu orang miskin jika dia memperoleh harta dan nikmat itu.
Sayang sekali, Tha'labah tidak menunaikan janjinya dan hanyut dalam kesenangan yang Allah SWT kurniakan.
Dia memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengeluarkan zakat apabila diperintahkan. Natijahnya, dia mendapat seburuk-buruk balasan kerana zakatnya tidak diterima Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Dia memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengeluarkan zakat apabila diperintahkan. Natijahnya, dia mendapat seburuk-buruk balasan kerana zakatnya tidak diterima Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Tha'labah mati begitu sahaja.
Penyucian Jiwa dan Harta
Sesungguhnya, apabila harta yang kita miliki itu diletakkan pada hak yang sebenar; iaitu apabila zakat dikeluarkan, kita akan mendapat dua lagi keberkatan daripada Allah SWT.
Keberkatan pertama ialah penyucian harta. Harta yang dimiliki menjadi harta bersih kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Manakala keberkatan kedua, penyucian jiwa kerana secara tidak langsung kita dapat membuang sifat tamak dengan harta yang ada. Selain terhindar daripada sifat tamak, jiwa kita sentiasa tenang dan memupuk sifat syukur atas segala kurniaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk) serta doakanlah untuk mereka.
(Ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka.(Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah at Taubah 9:103
Tidak Rasa Takut dan Sedih
Selain itu, keberkatan mengeluarkan zakat ini menghindarkan seseorang daripada perasaan takut dan sedih.
Analogi mudah, seseorang yang mempunyai wang dan harta yang banyak membeli rumah besar yang cantik dan dipenuhi di dalamnya pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya, tetapi tetap berasa takut dan terancam.
Dia menjadi takut apabila ada ‘orang luar’ berhasrat memecah masuk ke dalam rumahnya dan harta yang dimilikinya akan hilang dan berkurang.
Analogi mudah, seseorang yang mempunyai wang dan harta yang banyak membeli rumah besar yang cantik dan dipenuhi di dalamnya pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya, tetapi tetap berasa takut dan terancam.
Dia menjadi takut apabila ada ‘orang luar’ berhasrat memecah masuk ke dalam rumahnya dan harta yang dimilikinya akan hilang dan berkurang.
Seharusnya, dia perlu mengkoreksi perjalanan harta yang dimilikinya. Pastikan harta tersebut dari sumber yang halal dan diyakini. Paling utama, keluarkan zakat jika telah sampai haulnya.
Begitu juga keberkatan dihindarkan daripada perasaan sedih.
Menunaikan kewajipan zakat ini dapat menggembirakan diri seseorang kerana telah perintah Allah SWT. Seseorang itu tidak akan bersedih apabila sebahagian hartanya telah dizakatkan kerana harta tersebut telah melalui jalan yang benar.
Ini dapat dibuktikan berdasarkan ayat Allah SWT yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh serta mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka serta mereka tidak akan berdukacita.”Surah al-Baqarah 2:277
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment