Al-Quran al-Karim menjelaskan tentang kewajipan menyintai Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman Allah SWT:-
“Katakanlah (wahai Muhammad):-‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’”Surah Ali-‘Imran, 3:31
Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya, hendaklah menyintai Rasulullah SAW serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh Baginda SAW dengan sepenuhnya.
Jangan sekali-kali menidakkan ajaran Baginda SAW, baik yang berupa suruhan mahupun larangan.
Jangan sekali-kali menidakkan ajaran Baginda SAW, baik yang berupa suruhan mahupun larangan.
Jika hendak menyintai seseorang, hendaklah kita mengenali orang yang dicintai itu. Demikian juga dalam menyintai Nabi Muhammad SAW, maka hendaklah mengenali peribadi dan watak Rasulullah SAW terlebih dahulu.
Susuk Tubuh Rasulullah SAW
Rasulullah SAW termasuk di dalam golongan manusia yang paling hebat wajahnya.
Kata Saidina Ali bin Abi Talib RA:-
“Barangsiapa yang baru melihat Nabi SAW, nescaya akan timbul perasaan gentar kerana kehebatannya.Tetapi apabila sudah lama bergaul dengannya akan timbul perasaan kasih dan sayang kepadanya”.
Selain itu, Nabi SAW seorang yang kacak rupa parasnya. Kekacakan Baginda SAW kerana mengikut wajah datuknya Nabi Adam AS dan juga Nabi Ibrahim AS.
Hal ini diakui sendiri oleh Baginda SAW dalam sebuah hadith:-
“Aku sangat serupa dengan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim.Tetapi antara kedua-duanya agak jauh sedikit perbezaannya”.
Maksudnya, rupa paras Nabi SAW sangat mirip seperti Nabi Adam AS dan Nabi Ibrahim AS tetapi rupa paras Nabi Adam AS dan Nabi Ibrahim AS agak jauh berbeza antara keduanya.
Di kalangan sahabat yang mirip wajah Nabi SAW ialah Jaafar bin Abi Talib RA yang juga sepupu Baginda SAW, selain daripada Saidina Hassan bin Ali RA iaitu cucu Baginda SAW, anak kepada Saidatina Fatimah az-Zahrah RA.
Selain itu datuk kepada Imam as-Syafi’e RH yang bernama as-Saib bin Abu Yazid.
Selain itu datuk kepada Imam as-Syafi’e RH yang bernama as-Saib bin Abu Yazid.
Inilah antara insan-insan yang mempunyai wajah yang mirip dengan Rasulullah SAW.
Diriwayatkan bahawa bentuk wajah Nabi SAW berupa bujur sirih, kulit wajahnya putih berseri, licin, tiada sedikit pun berbintik-bintik apatah lagi jerawat. Barangsiapa melihat wajah Baginda SAW akan merasa terpesona dan merasa tidak puas.
Bentuk kepala Baginda SAW cukup menarik, seimbang dengan saiz wajahnya. Dahi Baginda SAW luas, melambangkan seorang yang bijak, luas fikiran dan tajam akalnya. Rambut Nabi SAW tidaklah lurus seperti rambut Nabi Isa AS dan tidak pula kerinting seperti rambut orang Habsyi.
Tetapi rambut Baginda SAW ikal berombak, hitam dan sangat lebat. Panjangnya sehingga ke paras bahu, manakala di sebelah sisi mencecah ke cuping telinga sahaja.
Tetapi rambut Baginda SAW ikal berombak, hitam dan sangat lebat. Panjangnya sehingga ke paras bahu, manakala di sebelah sisi mencecah ke cuping telinga sahaja.
Pada mulanya Nabi SAW menyikat rambutnya dari depan ke belakang. Tetapi kemudian Baginda SAW mengubah cara dengan menyikat di belah tengah kepalanya. Ketika usia Baginda SAW meningkat, Baginda SAW juga beruban tetapi tidaklah banyak.
Kata Anas bin Malik RA:-
“Aku tidak menghitung dari kepala Rasulullah dan janggutnya kecuali empat belas helai rambutnya yang berwarna putih”
Pernah seorang sahabat yakni tukang bekam Baginda SAW mahu mencabut uban di kepalanya, tetapi di larang oleh Baginda SAW sambil bersabda:-
“Barangsiapa yang tumbuh uban di kepalanya sedang dia dalam keadaan Islam maka baginya cahaya di hari kiamat”.
Kening Baginda SAW amat cantik dan berkeadaan melengkung serta hampir-hampir bersambung di tengah-tengahnya. Manakala bulu mata Baginda SAW tebal dan lentik, sangat menawan apabila dipandang. Telinga Nabi SAW tidak terlalu lebar dan dan tidak pula kecil.
Pendek kata, semua anggota wajah dan muka Nabi SAW sangat sempurna keindahannya.
Hidung Baginda SAW mancung dan mulutnya nipis, cantik dan menarik. Apabila Baginda SAW tersenyum terpapar wajah baginda yang indah, manis dan ceria. Pipi Baginda SAW lurus sahaja, tidak membonjol atau mencengkung.
Gigi Baginda SAW teratur rapi, putih dan bersih tetapi tidaklah terlalu rapat sehingga menyukarkan Baginda SAW membuang sisa makanan yang melekat.
Gigi Baginda SAW teratur rapi, putih dan bersih tetapi tidaklah terlalu rapat sehingga menyukarkan Baginda SAW membuang sisa makanan yang melekat.
Nabi SAW tidak suka misai yang terbiar sampai menutupi bibir. Misai yang menutupi bibir adalah amalan penganut agama Majusi.
Leher Baginda SAW jinjang sungguh menawan, kemas dan tegak. Dadanya luas dan lebar mempamerkan kesegakkan. Pada kedua-dua bahu Baginda SAW berotot gagah seperti seorang pembina badan.
Pinggang Baginda SAW ramping, punggungnya pula lebar dan berisi, dihiasi dengan tumit yang kecil serta telapak kaki yang melengkung.
Pinggang Baginda SAW ramping, punggungnya pula lebar dan berisi, dihiasi dengan tumit yang kecil serta telapak kaki yang melengkung.
Perut Baginda SAW rata, tidak buncit seperti perut orang yang banyak makan. Jari tangan dan kaki Baginda SAW panjang. Kulit badan Baginda SAW putih kemerah-merahan. Demikianlah keadaan fizikal Nabi SAW yang begitu sempurna.
Sifat dan Kelakuan Rasulullah SAW
Nabi SAW seorang yang pelembut, tetapi itu bukan bermakna Baginda SAW lemah dan lembik dalam membuat keputusan. Sifat pelembut Baginda SAW bagaikan daya penarik yang memikat orang ramai untuk mendekati Baginda SAW.
Apabila Baginda SAW berjalan, Baginda SAW tidak pernah berjalan mendada apatah lagi mendongak. Baginda SAW berjalan dengan tawaduk dan rendah diri sambil mata lebih banyak memandang ke bumi dari memandang ke hadapan.
Kebiasaannya kanak kanak akan mengelilingi Baginda SAW dan Baginda SAW akan melayani mereka dengan ramah dan penyayang sekali.
Kebiasaannya kanak kanak akan mengelilingi Baginda SAW dan Baginda SAW akan melayani mereka dengan ramah dan penyayang sekali.
Apabila berjumpa seseorang, Baginda SAW akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang memberi salam kepadanya dan disertakan dengan huluran tangan untuk berjabat salam. Baginda SAW tidak akan menarik tangannya sehingga orang yang dijabat itu menarik tangannya.
Rasulullah SAW melayani semua orang dengan baik tanpa membezakan yang miskin mahu pun kaya. Pernah Baginda SAW makan bersama seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor tanpa sedikitpun rasa canggung dan tidak selesa.
Baginda SAW sangat menghormati sesiapa yang mendatangi dan menjadi tetamunya sehingga kadang-kadang Baginda SAW sampai menghamparkan bajunya untuk dijadikan alas supaya tetamu duduk di atasnya.
Sering pula Baginda SAW memberikan bantal sandarannya kepada orang yang datang supaya mereka duduk dalam keadaan selesa.
Sering pula Baginda SAW memberikan bantal sandarannya kepada orang yang datang supaya mereka duduk dalam keadaan selesa.
Pakaian Rasulullah SAW
Adalah Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya sangat berminat dengan pakaian yang berwarna putih dan bersih kerana warna putih adalah asal segala warna-warna lain.
Saidatina Aisyah RA menceritakan:-
"Adalah Rasulullah SAW itu sangat gemar pakaian yang putih bersih dan benci pada pakaian yang kotor."
Dalam sebuah hadith yang lain Nabi SAW bersabda:-
"Pakaikanlah kain yang berwarna putih itu kepada orang-orang yang masih hidup dari kamu, dan kafankanlah dengan kain putih itu akan orang-orang yang sudah mati dari kamu."
Justeru adalah sunat bagi sekalian umatnya supaya berpakaian dengan pakaian yang putih dan bersih, terutamanya untuk hadir solat Jumaat atau berjemaah di masjid atau surau, dan juga pada tempat-tempat keramaian kerana mencontohi perbuatan Nabi SAW.
Makanan Kegemaran Rasulullah SAW
Adalah Nabi Muhammad SAW seorang insan yang tidak memilih makanan asalkan makanan itu halal. Nabi SAW suka makan roti dan buah-buahan. Dan buah-buahan yang paling Baginda SAW gemari ialah buah semangka (tembikai) dan buah anggur.
Ada pun makanan yang paling Nabi SAW gemari adalah daging, roti dan labu.
Sabda Baginda SAW:-
"Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahi-Nya."
Rasulullah SAW berpesan kepada Saidatina Aisyah RA mengenai labu:-
"Wahai Aishah apabila engkau memasak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA katanya:-
"Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah SAW untuk menghadiri suatu jamuan makan.Aku pergi bersama Rasulullah SAW menghadiri jamuan makan tersebut.Dia menghampiri Rasulullah SAW dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar.Aku melihat Rasulullah SAW mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang.Sejak hari itu, aku suka makan labu."
Kasih Sayang Rasulullah SAW kepada Binatang
Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang baik dalam menyantuni haiwan.
Ketika seorang sahabat mengambil telur seekor burung merpati, Baginda SAW memintanya memulangkannya kembali setelah melihat keadaan burung itu yang terganggu.
Ketika seorang sahabat mengambil telur seekor burung merpati, Baginda SAW memintanya memulangkannya kembali setelah melihat keadaan burung itu yang terganggu.
Rasulullah SAW melarang mengurung binatang untuk dibunuh termasuk binatang yang dibenarkan syariat untuk dibunuh seperti mengurung ular, kala jengking, tikus, anjing dan sebagainya.
Malah jika hendak membunuh sekali pun, maka hendaklah membunuhnya dengan serta merta dan jangan diseksanya terlebih dahulu sebelum membunuhnya.
Apabila menyembelih binatang yang halal, Baginda SAW berpesan pula agar menggunakan alat pemotong yang tajam agar tidak menyakiti haiwan tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:-
Apabila menyembelih binatang yang halal, Baginda SAW berpesan pula agar menggunakan alat pemotong yang tajam agar tidak menyakiti haiwan tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:-
"Jika kamu membunuh hendaklah memperelokkan pembunuhan itu, dan jika kamu menyembelih rehatkanlah binatang yang disembelihnya itu dan hendaklah dia menajamkan pisaunya dan memberi kesenangan bintang sembelihannya."Hadith Riwayat Muslim
Termasuk hal-hal yang dilarang ialah membunuh binatang tanpa tujuan sebagaimana sabda Baginda SAW:-
"Barangsiapa yang membunuh burung secara sia-sia, nanti burung itu akan mengadu kepada Allah di hari kiamat dengan mengatakan:-‘Wahai Tuhan orang ini telah membunuhku dengan cara sia-sia, dan tidak membunuhku untuk dimanfaatkan.'"Hadith Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i
Suatu ketika Baginda SAW melihat seekor unta yang seakan bergenang dengan air mata, lalu Baginda SAW mengusapnya dengan belas kasihan sehingga unta itu menjadi tenang dan berdiam diri.
Nabi SAW kemudiannya menegur pemilik unta agar takut kepada Allah SWT kerana tidak memberinya makanan yang cukup dan mengarahkannya bekerja sahaja.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment