Saidatina Aishah RA pernah ditanya seorang lelaki bernama Aswad mengenai apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di rumah.
Maka Saidatina Aishah RA menjawab:-
“Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah.Dan apabila sudah masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat.”Hadith Riwayat al-Bukhari
Setiap insan yang berkeluarga pasti menginginkan sebuah mahligai yang indah dan kehidupan yang bahagia.
Ada yang mengatakan bahawa kekayaan akan memberikan kebahagiaan.
Namun, saban hari kita melihat banyak kes penceraian serta penderaan isteri dan anak-anak yang melibatkan golongan kaya dan miskin.
Apakah masalah sebenar yang membelenggu keluarga dan masyarakat Islam pada hari ini?
Adakah rumahtangga yang dibina benar-benar berlandaskan ajaran Islam?
Kali ini, saya mengajak kita semua untuk bertanya, merenung dan berfikir:-
“Islamkah keluarga dan rumahtanggaku?”
Sempurnakah Mahligai yang Dibina?
Mahligai yang sempurna dilengkapi dengan segala kemudahan dan peralatan. Cuba bayangkan sebuah mahligai yang dari luar kelihatan tersergam indah, tetapi kosong di dalamnya.
Semestinya anda akan merasakan ada kekurangan pada rumah tersebut walaupun ia bernilai jutaan ringgit.
Semestinya anda akan merasakan ada kekurangan pada rumah tersebut walaupun ia bernilai jutaan ringgit.
Begitu juga keadaan rumahtangga yang dibina tanpa ‘roh’ (Islam). Dari luar kita merasakan ia sangat hebat,namun penghuninya merasakan kekurangan yang sangat nyata.
Islam Sebagai Solusi
Oleh sebab itu, Islam memberikan solusi tentang cara membina sebuah mahligai yang bernilai dan berharga (fizikal dan roh).
Salah satu caranya adalah dengan meneladani perilaku kehidupan rumahtangga Baginda SAW, sebagai role-model untuk kita membina rumahtangga yang bahagia di dunia dan akhirat di samping menguatkan kecintaan kita kepada Baginda SAW dan keluarganya.

10 Tip Membina Rumahtangga Bahagia
Seorang lelaki yang bergelar suami atau ayah perlu memainkan peranannya dalam membina sebuah mahligai yang dipenuhi dengan suasana Islam.
Menunjukkan akhlak dan teladan yang baik akan memberikan kesan yang positif terhadap jiwa isteri dan anak-anak kerana mereka sentiasa memerhatikan tingkahlaku ketua keluarga dan mengharapkan bimbingan daripadanya.

1. Menangani sikap isteri dengan bijak
Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti oleh para suami.
Baginda SAW tidak pernah memarahi cemburu yang ada pada para isterinya.
Ini kerana Baginda SAW memahami bahawa cemburu bukanlah satu sifat yang keji dan ia juga bukan sejenis penyakit, sebaliknya merupakan sifat normal yang ada pada wanita.

2. Berbincang mencari solusi
Di sebalik kejayaan seorang suami, ada seorang isteri yang sentiasa menyokong dan membantunya. Tanpa sokongan isteri, ada kemungkinan suami rebah di tengah jalan.
Oleh yang demikian, setiap suami dan isteri perlu sentiasa berbincang bagi membuat keputusan, mencari idea dan menyelesaikan masalah sama ada berkenaan perkara yang berkaitan dengan keluarga dan masyarakat.
Perbincangan yang dilakukan adalah untuk mencari kata sepakat agar kedua-dua pihak berpuas hati dengan keputusan yang diambil.

Ketika Perjanjian Hudaibiyah, terdapat sebilangan orang Islam yang mengangap perjanjian tersebut berat sebelah kerana ia terlihat seolah-olah menguntungkan kafir Quraisy.
Oleh sebab itu, apabila Rasulullah SAW memerintahkan orang Islam untuk menyembelih binatang, mereka enggan melakukannya.
Keengganan tersebut menyebabkan Rasulullah SAW agak kecewa lalu berjumpa isterinya, Ummu Salamah untuk meminta pandangan beliau.

Ummu Salamah berkata:-
“Wahai Nabi Allah, adakah tuan suka keadaan tersebut berterusan begitu?Keluarlah dan janganlah bercakap dengan sesiapa pun walaupun sepatah perkataan dan kemudian sembelihlah binatang yang dibawa tuan itu.Panggilah tukang cukur dan mintalah dia mencukur rambut tuan.”
Rasulullah SAW keluar dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Baginda SAW menyembelih binatang yang dibawa, memanggil tukang cukur dan mencukur rambutnya.
Melihat perbuatan Rasulullah SAW itu, kaum Muslimin mula menyembelih binatang yang mereka bawa dan bercukur rambut antara satu sama lain..
(Rujukan: HR al-Bukhari, no. 2529)
Berdasarkan hadith ini:-
- Rasulullah SAW turut melibatkan isterinya dalam perbincangan bagi menyelesaikan satu masalah negara yang besar
- Rasulullah SAW meraikan pandangan dan cadangan isterinya
3. Membimbing isteri dengan penuh kesabaran
Rasulullah SAW membimbing para isterinya dengan penuh ketenangan dan hikmah. Rasulullah SAW mengambil pendekatan berlemah lembut dalam menghadapi kesalahan isteri-isteri Baginda SAW.
Baginda SAW terlebih dahulu memahami punca kesalahan yang dilakukan oleh para isterinya sebelum suatu hukuman itu diambil.
Baginda SAW terlebih dahulu memahami punca kesalahan yang dilakukan oleh para isterinya sebelum suatu hukuman itu diambil.
4. Bersikap jujur dengan anak-anak
Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar sentiasa bersikap mulia dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:-
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa berkata kepada anaknya: ‘Ke marilah! (Nanti ku beri).’, tetapi tidak memberikannya, maka dia pembohong.”Hadith Riwayat Ahmad
5. Melakukan amal ibadah bersama-sama
Anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapanya. Sekiranya ibu bapa mereka melakukan sesuatu, mereka akan mengikut dan meniru perbuatan tersebut.
Begitu juga dengan amal ibadat.
Bapa atau ibu, ajarilah anak-anak untuk beribadah dengan menjadikan diri kita sebagai model untuk untuk diteladani kerana anak-anak melihat dan meniru apa-apa yang mereka lihat.
Menurut Ibn Abbas RA:-
“Aku bermalam di rumah Maimunah dan melihat Rasulullah SAW bangun malam.Apabila berada pada sepertiga malam, Baginda bangun dan berwuduk dengan air dari bekas kulit yang digantung di sebelah kiri katil Baginda.Selepas itu, Baginda pun mengerjakan solat malam.Aku ikut bangun dan berwuduk dari tempat air yang digunakan oleh Baginda.Kemudian aku melaksanakan solat di sebelah kiri Baginda, lalu Baginda memindahkan ku ke sebelah kanannya.”Hadith Riwayat al-Bukhari
6. Bersikap adil dan tidak pilih kasih
Sikap tidak adil dan pilih kasih ibu bapa terhadap anak-anak akan menimbulkan rasa cemburu dan iri hati dalam jiwa mereka kerana merasakan diri mereka disisihkan.
Oleh yang demikian Rasulullah SAW telah menasihati kita agar memperlakukan anak-anak dengan baik iaitu dengan perlakuan yang adil dan tidak memilih kasih.
Oleh yang demikian Rasulullah SAW telah menasihati kita agar memperlakukan anak-anak dengan baik iaitu dengan perlakuan yang adil dan tidak memilih kasih.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Bertaqwalah kepada Allah, bersikap adillah terhadap anak-anak kamu.”Hadith Riwayat al-Bukhari
7. Memenuhi hak-hak anak
Rasulullah SAW sentiasa memenuhi hak anak-anak kecil meskipun perlu mendahului orang tua.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Sahal bin Sa’ad bahawa Rasulullah SAW telah diberi air minuman.
Di sebelah kanan Baginda SAW terdapat seorang anak kecil yang bernama al-Fadhl bin al-Abbas dan di sebelah kiri Baginda SAW pula terdapat orang dewasa.

Setelah minum (sebagaimana lazimnya, giliran untuk minum haruslah diberikan kepada yang berada di sebelah kanan terelebih dahulu), Rasulullah SAW bertanya kepada anak kecil yang berada di sebelah kanan Baginda SAW (yang bermaksud):-
“Adakah engkau izinkan aku memberi minum kepada mereka (orang dewasa) terlebih dahulu?”
Jawab anak kecil itu:-
“Tidak Rasulullah. Aku tidak akan mengutamakan sesiapa pun setelah aku mendapatnya daripadamu.”
Rasulullah SAW pun memberikan air minuman tersebut kepadanya.
(Rujukan: Imam an-Nawawi dalam Riyad al-Salihin, bab al-Tanafus fi Umur al-Akhirah)
8. Mendoakan anak
Doa merupakan perisai utama yang harus diamalkan oleh setiap ibu bapa. Doa seorang bapa atau ibu kepada anak-anak akan menghangatkan dan memantapkan kasih sayang antara seorang ibu atau bapa dengan anaknya.
Rasulullah SAW pernah mendoakan seorang anak kecil agar tidak takut kepada ibunya yang beragama Nasrani.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Abdul Hamid al-Ansari bahawa ketika datuknya telah membawa isteri dan seorang anaknya yang belum baligh bertemu Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW memberikan pilihan kepada anak tersebut sama ada ingin memilih ayah atau ibunya, sambil berdoa:-

“Ya Allah, berilah hidayah kepadanya.”
Kemudian anak tersebut memilih ayahnya.
(Rujukan: Hadith Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i)
9. Mendidik secara praktikal
Mendidik dan mengasah ketajaman pancaindera anak-anak melalui latihan praktikal akan mengembangkan pemikiran dan akal mereka. Rasulullah SAW melatih anak dengan menunjukkan secara praktikal.
Suatu hari ketika sedang berjalan, Baginda SAW terlihat seorang anak muda sedang melapah kulit kambing dengan cara yang salah.
Kemudian Baginda SAW datang kepada anak muda tersebut dan menunjukkan cara melapah kambing yang betul.
Kemudian Baginda SAW datang kepada anak muda tersebut dan menunjukkan cara melapah kambing yang betul.
(Rujukan: Hadith Riwayat Abu Daud)
10. Memperbaiki kesalahan anak melalui teladan
Rasulullah SAW tidak segan-silu menunjukkan cara yang betul kepada anak-anak yang melakukan kesalahan.
Ketika melihat seorang anak sedang melapah seekor kambing dengan cara yang salah, Baginda SAW membimbingnya untuk menguruskan kambing tersebut.
Ketika melihat seorang anak sedang melapah seekor kambing dengan cara yang salah, Baginda SAW membimbingnya untuk menguruskan kambing tersebut.
“Tunggu sebentar! Saya akan tunjukkan cara-caranya.”, kata Baginda SAW.
Baginda SAW kemudian memasukkan tangannya di antara kulit dan daging kambing itu sambil ditekannya sampai ke bawah bahagian depan paha kambing tersebut.
(Rujukan: Hadith Riwayat Abu Daud)
Teladan Rasulullah SAW ini juga diikuti oleh para sahabat. Mereka memperbaiki kesalahan anak-anak dan membimbing mereka melakukan perkara yang betul.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment