Kata bijak pandai:-
“Jangan mencari kebahagiaan dalam tumahtangga mu, tetapi bawalah kebahagiaan itu ke dalamnya.”
Maksudnya, ita hendaklah berusaha membina kebahagiaan, jangan menunggu kebahagiaan itu berlaku secara automatik.
Jangan menanti untuk bahagia, tetapi cari bahagia itu dalam diri dan bawa ke dalam rumahtangga kita.
Jangan menanti untuk bahagia, tetapi cari bahagia itu dalam diri dan bawa ke dalam rumahtangga kita.
Membina kebahagiaan itu umpama menanam pokok, ia diperlukan benih, baja, air dan cahaya yang dipupuk dengan penuh kesabaran dan konsisten.
Jadi, sedarlah sekiranya rumahtangga dirasakan tidak bahagia lagi, jangan salahkan pasangan kita, tetapi salahkan diri sendiri.
Jadi, sedarlah sekiranya rumahtangga dirasakan tidak bahagia lagi, jangan salahkan pasangan kita, tetapi salahkan diri sendiri.
Kemungkinan besar kita sudah malas, jemu atau hilang minat untuk memupuknya.
Pupuk Bahagia dalam Rumahtangga
Salah satu cara memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga adalah dengan bersikap positif.
Apabila kita bersikap positif, maka air muka kita tenang, kata-kata dan tindakan kita juga akan positif. Hasilnya, insya-Allah kita akan mendapat respons yang positif juga daripada pasangan dan seluruh ahli keluarga kita. Ertinya, kita dahulu yang mesti memulakannya.

Jangan tunggu pasangan kita.
Sekiranya kita yang memulakan satu kebaikan, maka kita yang akan mendapat manfaatnya terlebih dahlu (walaupun kebaikan ditujukan kepada orang lain).
Itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Aid al-Qarni dalam bukunya yang terkenal, La Tahzan. Katanya, orang pertama mendapat kebaikan ialah orang yang melakukannya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Aid al-Qarni dalam bukunya yang terkenal, La Tahzan. Katanya, orang pertama mendapat kebaikan ialah orang yang melakukannya.
Maka begitulah dalam rumahtangga.
Tidak kira apa situasi dan mood yang sedang dihadapi oleh pasangan kita, tetapi yang utama kita mesti sentiasa positif. Mulakan interaksi dengan senyuman, bercakap yang baik-baik dan hasilkan tindakan yang baik-baik.
Jangan lokek memberi salam, walaupun kita serumah.
Jangan lokek memberi salam, walaupun kita serumah.
Apabila berpisah sahaja dalam dalam jangka masa yang agak lama – dia di dapur dan kita di ruang tamu, maka apabila bertemu semula di meja makan misalnya, berilah salam, hulurkan senyuman. Insya-Allah, kita akan mendapat reaksi yang baik.
Bagaimana aksi begitulah reaksi. Jika tindakan positif, respons pun akan positif.
Bagaimana aksi begitulah reaksi. Jika tindakan positif, respons pun akan positif.
Bagaimana kita boleh menilai diri sendiri?
Apakah kita dalam keadaan positif ataupun sebaliknya?
Berikut adalah antara tanda-tandanya:-
1. Melihat sisi positif pasangan
Ya, sebagai manusia biasa, pasangan kita mempunyai pelbagai kekurangan dan kelebihan. Itulah fitrah manusia. Namun, jika kita orang yang positif, kita akan sentiasa mampu melihat sisi positif pasangan kita mengatasi sisi negatifnya.
Sesetengah suami asyik merungut isterinya sudah kurang berhias, tetapi dia tidak sedar betapa isterinya telah bertungkus-lumus memasak, membasuh, menjaga anak dan membersihkan rumah.
Ya, memang tidak berhias diri itu satu kekurangan, tetapi suami perlu memandang kelebihan isteri yang begitu banyak dan telah memudahkan kehidupannya.
Begitu juga isteri yang mengeluh suaminya tidak romantis seperti mula-mula berkahwin dahulu.
Ya, itu satu kelemahan kerana suami seharusnya romantis sepanjang perkahwinan sepertimana Rasulullah SAW. Namun isteri yang positif seharusnya melihat kelebihan-kelebihan suaminya yang masih ada, malah semakin meningkat seperti makin kuat bekerja.
Contohilah Saidina Umar al-Khattab RA yang apabila dileteri isterinya, lalu berkata:-
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya.Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Lihat bagaimana positifnya Saidina Umar al-Khattab RA, yang mampu melihat banyak elemen positif pada isterinya berbanding leterannya.
Maka itulah panduan buat para suami (dan isteri) ketika menghadapi leteran atau bebelan pasangan masing-masing.
2. Fokus kepada penyelesaian, bukan permasalahan
Dalam rumahtangga pasti ada masalah.
Masalah ialah peluang untuk kita menjadi lebih akrab dan lebih cinta tetapi dengan syarat, setiap kita fokus pada cara untuk menyelesaikannya, bukan pada permasalahan itu.
Katakan kita menghadapi masalah akhlak anak-anak. Orang yang positif akan mencari apakah punca yang menyebabkan akhlak anak-anak merosot. Untuk mengetahui semua ini, suami isteri perlu duduk bersama, berbincang dan saling memberi penyelesaian.
Itu bukan sahaja menyelesaikan masalah anak-anak, tetapi mungkin juga menyelesaikan masalah perhubungan suami isteri yang sudah lama ‘suam-suam kuku’ lantaran kesibukan masing-masing.
Sebaliknya, cuba bayangkan kalau setiap kita hanya fokus pada permasalahan.
Kita akan merungut, membebel, marah-marah dan kecewa berpanjangan. Kita akan menyalahkan anak, pasangan kita (kononnya tidak mendidik anak) atau mungkin menyalahkan diri sendiri. Semua ini akan menyalahkan diri sendiri.
Semua ini akan menyebarkan ‘aura’ negatif atau racun dalam rumahtangga kita.
Semua ini akan menyebarkan ‘aura’ negatif atau racun dalam rumahtangga kita.
Bukan sahaja masalah anak tidak selesai, tetapi ini akan menyebabkan timbulnya masalah lain. Ingat, jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.
Semua orang boleh melihat masalah, tetapi hanya orang baik dan bijak sahaja mampu mencari jalan penyelesaiannya.
Semua orang boleh melihat masalah, tetapi hanya orang baik dan bijak sahaja mampu mencari jalan penyelesaiannya.
3. Dorongan yang tinggi untuk memberi
Orang yang memberi jarang mengalami sakit jiwa. Itulah hasil kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi.
Mengapa?
Ini kerana mereka berfikiran dan berjiwa positif. Mereka inilah orang baik yang tidak akan mendapat sakit mental. Ciri utama mereka adalah banyak memberi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”Hadith Riwayat al-Daraqutni
Orang yang positif sentiasa bersedia memberi kepada pasangannya. Mereka bukan sahaja sanggup memberi salam, senyuman, bantuan, perhatian dan kasih sayang, malah memberi maaf kepada pasangannya.
Memberi maaf adalah ‘hadiah’ yang paling diperlukan untuk mencapai kebahagiaan dalam berumahtangga. Orang yang berjiwa besar sahaja sanggup memberi maaf. Manakala orang yang berjiwa kecil akan mudah terasa, marah dan sukar memberi maaf.

Pokok yang tegap tidak akan tumbang dipukul ribut tetapi pokok yang reput akan roboh hanya ditiup oleh angin!
Jika pasangan anda bersalah dan meminta maaf, maka berilah maaf tanpa mengungkit-ungkit atau memendam dendam. Kenangkanlah, bukan mudah baginya untuk mengakui kesalahan, meluntur ego lalu datang ‘menghadap’ anda untuk memohon maaf.
Memaafkan dirinya bererti memaafkan diri kita sendiri kerana suami isteri itu hakikatnya adalah satu. Justeru, dalam ‘perbalahan’ antara suami isteri tidak ada seorang pemenang ataupun yang kalah.
Memaafkan dirinya bererti memaafkan diri kita sendiri kerana suami isteri itu hakikatnya adalah satu. Justeru, dalam ‘perbalahan’ antara suami isteri tidak ada seorang pemenang ataupun yang kalah.
Hanya, sama ada kedua-duanya menang ataupun kedua-duanya kalah.
Kita juga jangan lokek memberi masa, tenaga dan doa kepada pasangan kita. Jangan sekali-kali merasakan sudah tidak ada apa-apa yang boleh diberikan. Sikap memberi bukan ditentukan sama ada kita memiliki ataupun tidak, tetapi pada hati kita.
Apabila hati ingin memberi, maka kita sentiasa kreatif dan inovatif untuk melaksanakannya.
Apabila hati ingin memberi, maka kita sentiasa kreatif dan inovatif untuk melaksanakannya.
Apatah lagi dalam berumahtangga, dengan pasangan kita....terlalu banyak benda, perkara, tindakan dan kata-kata yang kita boleh berikan.
Ingatlah, memberi tidak akan pernah mengurangkan, malah akan menambahkan apa yang kita ada. Dengan menyalakan lilin orang lain, tidak akan mengurangkan cahaya lilin, tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Maka begitulah rumahtangga yang subur dengan sikap memberi, ia akan diserikan bukan sahaja oleh kasih sayang, tetapi juga oleh rezeki yang berkat.
Maka begitulah rumahtangga yang subur dengan sikap memberi, ia akan diserikan bukan sahaja oleh kasih sayang, tetapi juga oleh rezeki yang berkat.
Tanpa sikap memberi, rumahtangga akan pudar, hambar dan menanti masa sahaja untuk hancur berkecai.
4. Yakin terhadap diri sendiri
Orang yang positif mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Ciri utama orang yang yakin terhadap diri sendiri ialah dia sentiasa fokus dan mengoptimumkan kelebihan dirinya berbanding kekurangannya.
Ya, dia tahu dia ada kelemahan, namun dia akan memanfaatkan kekuatan dirinya.
Realitinya, keyakinan diri ini boleh ‘berjangkit’ maksudnya, orang yang mempunyai keyakinan orang lain terhadapnya, malah dia boleh membina keyakinan diri orang lain.
Seorang suami yang mempunyai keyakinan diri akan diyakini oleh isteri dan isterinya itu juga akan dapat membina keyakinan dirinya sendiri hasil pergaulan dan percakapan dengan suaminya.
Seorang suami yang mempunyai keyakinan diri akan diyakini oleh isteri dan isterinya itu juga akan dapat membina keyakinan dirinya sendiri hasil pergaulan dan percakapan dengan suaminya.
Keyakinan diri sangat penting bagi seorang kerana itu akan menolak sifat cemburu buta, takut dikhianati dan diceraikan oleh suaminya.
Hanya isteri yang berasa dirinya hina, lemah dan kekurangan sahaja bimbang hal-hal negatif yang belum pun berlaku; malah dalam banyak keadaan ia tidak pernah berlaku pun.
Hanya isteri yang berasa dirinya hina, lemah dan kekurangan sahaja bimbang hal-hal negatif yang belum pun berlaku; malah dalam banyak keadaan ia tidak pernah berlaku pun.
Kita boleh mengenali orang yang mempunyai keyakinan diri melalui cara mereka bercakap, memberi pandangan, berjalan dan bertindak.
Mereka bercakap dengan terus terang, jelas dan tepat pada maksud serta mengekalkan hubungan mata.
Mereka berjalan dengan langkah yang mantap dan terarah.
Mereka berjalan dengan langkah yang mantap dan terarah.
Apabila tersenyum, mereka tersenyum lebar tanpa dibuat-buat atau dilakonkan.
Mereka feel good dengan diri sendiri, sekalipun mereka tidak semestinya segak atau jelita.
Mereka feel good dengan diri sendiri, sekalipun mereka tidak semestinya segak atau jelita.
Berdiri di hadapan cermin, renunglah ajah diri dengan berani lalu ucapkanlah:-
“Ya Allah, Kau sempurnakanlah akhlakku seperti mana Kau telah sempurnakan wajahku.”
Bukankah doa itu mendidik kita untuk mempunyai keyakinan diri?
Ya, jika kita memiliki keempat-empat sifat ini, kita ialah insan positif yang telah bersedia untuk membawa kebahagiaan ke dalam rumahtangga kita.
Ingatlah, kebahagiaan itu datang dari dalam bukan dari luar, ia mesti disemai bukan menunggu dituai, ia dicari bukan dinanti.
Ingatlah, kebahagiaan itu datang dari dalam bukan dari luar, ia mesti disemai bukan menunggu dituai, ia dicari bukan dinanti.
Benarlah kata pujangga, bahagia itu hanya dapat dirasai apabila kita membahagiakan orang lain!
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment