Ibu bapa yang positif mesti menanam dan memiliki sifat-sifat sebagai persiapan diri untuk membentuk anak-anak yang positif. Ibu bapa harus menjadi contoh teladan untuk anak-anak.
Segala perkataan, perilaku, bahkan bahasa badan yang mereka pamerkan bakal dicontohi anak-anak.
Segala perkataan, perilaku, bahkan bahasa badan yang mereka pamerkan bakal dicontohi anak-anak.
Aspek-aspek positif tersebut seperti perubahan paradigma, kemampuan diri sendiri, kepimpinan, masalah dan mencari jalan penyelesaian, sikap orang lain, keadaan emosi, idea kreatif, kuasa membuat keputusan serta ketetapan qada dan qadar Allah SWT.
Dalam melahirkan anak menjadi seorang insan positif, ibu bapa mesti cemerlang.
Adakah anda ibu bapa yang cemerlang?
Apakah usaha ibu bapa ke arah menjadi seorang pendidik yang cemerlang kepada anak-anaknya?
Berbuat Baik Terhadap Ahli Keluarga
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Kaum lelaki (suami) ialah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan disebabkan para suami telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.Sebab itu, isteri yang solehah ialah isteri yang taat kepada Allah, dan memelihara diri ketika suaminya tiada di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka.”Surah an-Nisa' 4:34
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Orang yang cemerlang ialah orang yang berbuat baik kepada isteri dan anak-anaknya dan akulah orang yang paling baik terhadap ahlinya.”Hadith Riwayat at-Tirmizi, al-Baihaqi dan lain-lain
Berdasarkan dua sumber dalil di atas, jelas menunjukkan ibu bapa perlu menunjukkan kelakuan yang baik terhadap anak-anaknya, sama halnya anak-anak juga perlu berperangai baik terhadap kedua-dua orang tuanya.
Bertaubat
Hati merupakan anggota yang paling utama dalam tubuh manusia yang menentukan kesejahteraan seluruh anggota badan manusia.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Dalam jasad manusia terdapat segumpal darah.Apabila elok segumpal darah tersebut, maka eloklah seluruh badan.Segumpal darah tersebut ialah hati.”Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hati yang hitam ialah hati yang diselaputi dosa kerana setiap dosa yang dilakukan sama ada kecil ataupun besar akan meninggalkan satu titik hitam pada hati.
Bagaimanakah cara menghilangkan titik hitam ini?
Jawapannya cukup mudah – bertaubat.
Namun apabila tiba masa untuk melakukannya, ia tidak semudah mengungkapkannya dengan kata-kata.
Bertaubat tidak memadai dengan berkata:-
“Aku bertaubat, dah tak nak merokok lagi.”
“Aku dah menyesal.”
Oleh sebab itu, kita perlu tahu rukun-rukun taubat supaya kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
Berikut adalah cara-cara bertaubat:-
- Taubat bermula dengan rasa penyesalan. Penyesalan terbit dari hati, bukan setakat lahir dari lidah.
- Mengucapkan sekurang-kurangnya ‘astagfirullah al-‘Azim’ dengan penuh rasa penyesalan
- Menterjemahkan penyesalan dan keazaman dalam bentuk perbuatan
- Meminta ampun kepada Allah SWT jika kesalahan itu dengan Allah SWT
- Memohon maaf dengan manusia jika kesalahan itu sesama manusia
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Orang yang cemerlang apabila berbuat kesilapan akan terus bertaubat.”Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Suka Menuntut Ilmu
Selalunya ibu bapa yang suka menuntut ilmu, fikirannya lebih luas. Daya firasatnya tajam. Matlamat pendidikan anak-anak mereka jelas. Mereka sentiasa dahagakan ilmu Allah SWT yang sangat luas ini.
Sebanyak mana pun ilmu yang kita ada, jumlahnya masih sedikit. Umpama setitis air daripada air laut yang luas. Semakin banyak ilmu yang kita cari, semakin banyak ilmu yang kita tidak ketahui.
Menurut Imam al-Bukhari, ilmu tentang kewujudan Allah SWT lebih penting sebelum kita beriman kepada Allah SWT dan beramal dengan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Oleh sebab itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang yang beriman – lelaki dan perempuan.”Surah Muhammad 47:19
Uswah Buat Anak-Anak
Uswah atau teladan utama dan primer umat Islam tentunya Rasul junjungan kita Muhammad SAW. Siapa lagi kalau bukan penghulu dan penutup segala Nabi yang hadir berserta rahmat meliputi timur dan barat.
Macamana dengan anak-anak pula?
Siapa uswah dan qudwah (teladan) mereka?
Dari saat pertama mata melihat dunia, anak itu memang ibarat belangkas dengan ibunya.
Si ayah pula walaupun kebanyakan masa di luar mencari nafkah dan memainkan peranan sebagai khalifah, pasti masih punya masa terluang untuk mencium dan memeluk si anak.
Oleh sebab itu, siapa lagi yang lebih rapat dengan anak-anak kalau bukan ibu bapa itu sendiri.
Kesempatan masa yang ada bersama anak-anak harus digunakan sebaik mungkin untuk menampilkan akhlak islamiah terbaik.
Itulah acuan dan corak yang perlu diterapkan oleh ibu bapa. Setiap niat di hati, tuturkata sehinggalah setiap gerak-geri perlu berpandukan manual yang telah termaktub dalam al-Quran dan sunnah.
Berubah ke Arah yang Lebih Baik
Masyarakat hari ini yang hidup dalam era teknologi maklumat yang cukup prihatin terhadap penghasilan teknologi baru.
Contohnya, telefon bimbit. Semua orang sentiasa menukar telefon bimbit baharu yang lebih canggih dan mempunyai capaian yang lebih tinggi. Jadi telefon bimbit silih berganti.
Pantang tiba model telefon baru pasti akan ditukar.
Pantang tiba model telefon baru pasti akan ditukar.
Tetapi, kita sering lupa untuk update diri kita supaya hari ini lebih baik daripada sebelumnya. Hari ini kita lebih mulia berbanding semalam atau hari ini lebih bermanfaat dari semalam.
Jangan jadikan graf prestasi peribadi harian, mingguan, bulanan atau tahunan ada yang merudum atau sentiasa merudum.
Jangan jadikan graf prestasi peribadi harian, mingguan, bulanan atau tahunan ada yang merudum atau sentiasa merudum.
Untuk berubah ke arah yang lebih baik, kita memerlukan satu kesedaran untuk berubah dan melakukan yang terbaik, seterusnya merancang dan melakukannya.
Jangan sekadar merancang tanpa ada tindakbalas.
Jangan sekadar merancang tanpa ada tindakbalas.
Sentiasa Mengingati Mati
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Orang yang paling cerdik di sisi Allah ialah orang yang paling banyak mengingati mati.”Hadith Riwayat Ibn Majah
Allah SWT menyifatkan orang yang selalu mengingati mati sebagai orang yang paling cerdik. Ibu bapa yang paling cerdik semestinya boleh disifatkan sebagai ibu bapa yang cemerlang.
Apakah kaitan mengingati mati dengan menjadi ibu bapa yang cemerlang?
Apakah kaitan mengingati mati dengan menjadi ibu bapa yang cemerlang?
Hanya dua destinasi manusia sesudah mati iaitu sama ada syurga atau neraka. Jika tidak ke syurga, naudzubillah, nerakalah tempat kita.
Oleh sebab itu, sebagai Muslim yang sejati, setiap insan mengharapkan husn al-khatimah (pengakhiran yang baik).
Oleh sebab itu, sebagai Muslim yang sejati, setiap insan mengharapkan husn al-khatimah (pengakhiran yang baik).
Kita tidak tahu masa, tempat dan cara ajal menjemput kita.
Orang yang meninggal hari ini tidak akan sekali-kali menyangka itulah hari terakhirnya di dunia. Tika itu, semua pintu taubat ditutup untuknya.
Barulah dia rasa menyesal kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada si polan, tidak cukup amalan untuk bekalan di alam barzakh dan yang paling malang tidak sempat membuat pelaburan jangka panjang untuknya di sana nanti.
Orang yang meninggal hari ini tidak akan sekali-kali menyangka itulah hari terakhirnya di dunia. Tika itu, semua pintu taubat ditutup untuknya.
Barulah dia rasa menyesal kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada si polan, tidak cukup amalan untuk bekalan di alam barzakh dan yang paling malang tidak sempat membuat pelaburan jangka panjang untuknya di sana nanti.
Selama hidup, dia tidak tahu bahawa doa anak yang soleh adalah pelaburan yang paling menguntungkan selain amal jariah dan ilmu yang bermanfaat. Alangkah ruginya manusia yang pada masa hidupnya tidak mengingati mati.
Demi mengejar kepuasan dunia, diri leka hingga terlupa matlamat manusia dicipta.
Demi mengejar kepuasan dunia, diri leka hingga terlupa matlamat manusia dicipta.
Alangkah ruginya!
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment