Soalan:-
Saya telah berkahwin dengan seorang gadis warga asing pada awal tahun 2011.
Kehidupan kami bahagia tanpa sebarang konflik yang besar.
Kehidupan kami bahagia tanpa sebarang konflik yang besar.
Cuma situasinya sekarang, baru-baru ini saya baru mendapat tahu isteri saya itu sebenarnya berstatus janda dan ketika kami bernikah dahulu, rupa-rupanya dia masih dalam idah dengan suami pertamanya.
Saya agak tertekan sekarang memandangkan ada yang memberitahu bahawa pernikahan saya itu tidak sah di sisi syarak.
Saya sebenarnya tidak tahu langsung bahawa dia sedang dalam idah kerana selama ini dia mendakwa bahawa dia belum pernah berkahwin.
Saya sebenarnya tidak tahu langsung bahawa dia sedang dalam idah kerana selama ini dia mendakwa bahawa dia belum pernah berkahwin.
Jika pernikahan saya itu salah di sisi syarak, apa hukum persetubuhan yang berlaku antara kami selama ini?
Dari sudut prosedur undang-undang, apa yang perlu saya lakukan?
Insan Bingung
Jawapan:-
Ya, dukacita dimaklumkan bahawa perkahwinan dengan perempuan yang masih dalam idah termasuk dalam kategori perkahwinan yang tidak sah, sama ada idah tersebut disebabkan kematian ataupun idah talak rajil.
Ya, dukacita dimaklumkan bahawa perkahwinan dengan perempuan yang masih dalam idah termasuk dalam kategori perkahwinan yang tidak sah, sama ada idah tersebut disebabkan kematian ataupun idah talak rajil.
Ini kerana bekas suami perempuan itu masih mempunyai hak untuk merujuk kembali dengan bekas isterinya itu.
(Rujukan: Abdul al-Rahman al-Adawi, al-Mufid fi al-Fiqh al-Islami: Ahkam al-Zawaj)
Larangan ini jelas dapat dilihat dalam ayat 24 daripada surah an-Nisa' yang bermaksud:-
“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.(Haram segala yang tersebut itu) sebagai suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu.”
Hikmah Larangan Allah SWT
Antara hikmah syarak melarang perkahwinan dengan perempuan yang berada dalam idah adalah bagi mengenalpasti adakah rahim perempuan itu benar-benar bersih daripada benih suami terdahulu.
Jika tidak dapat dipastikan rahimnya benar-benar bersih daripada benih suami terdahulu, kemudian berlaku pula perkahwinan yang kedua pula, ia akan menyebabkan percampuran benih dan keturunan.
Larangan berkahwin dengan perempuan yang masih berada dalam idah bertujuan menjaga hak suami yang terdahulu.
Larangan berkahwin dengan perempuan yang masih berada dalam idah bertujuan menjaga hak suami yang terdahulu.
(Rujukan: Abdul al-Karim Zaydan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslimin fi al-Shariah al-Islamiyyah, jilid 9, halaman 197)
Justeru, mana-mana lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang masih dalam idah suaminya, dalam keadaan dia mengetahui perempuan yang dikahwininya itu masih dalam idah, maka akad yang dilangsungkannya itu adalah batal.
Suaminya tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan yang dikahwininya itu.
Perempuan yang dikahwininya itu juga tidak berhak mendapat nafkah, mahar dan juga tidak wajib menjalani idah.
Selain itu, isteri tersebut juga tidak terlibat dengan pengharaman musaharah (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki daripada kalangan keluarga suami.
Perempuan yang dikahwininya itu juga tidak berhak mendapat nafkah, mahar dan juga tidak wajib menjalani idah.
Selain itu, isteri tersebut juga tidak terlibat dengan pengharaman musaharah (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki daripada kalangan keluarga suami.
Namun, dilihat dalam kes ini, saudara langsung tidak mengetahui isteri saudara seorang janda. Justeru, jika benar-benar saudara tidak mengetahuinya, maka saudara boleh dikira sebagai jahil.
Mana-mana orang yang melakukan pernikahan sebegini dalam keadaan jahil, maka akadnya adalah fasid (rosak).
Mana-mana orang yang melakukan pernikahan sebegini dalam keadaan jahil, maka akadnya adalah fasid (rosak).
Apabila Berlaku Persetubuhan
Menurut Imam Abu Hanifah, dua orang muridnya (iaitu Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan) dan juga Imam as-Syafi'e, apabila berlaku persetubuhan, maka pasangan tersebut wajib dipisahkan sehingga selesai idah perempuan itu dengan suami pertamanya terlebih dahulu.
Selepas itu, barulah halal berkahwin dengan lelaki yang baru tersebut.
Selepas itu, barulah halal berkahwin dengan lelaki yang baru tersebut.
(Rujukan: Muhammad Salam Madkur, al-Wajiz li Ahkam al-Usrah fi al-Islam)
Bagi majoriti ulama', persetubuhan yang telah berlaku itu tidak mempunyai apa-apa kesan dari segi mengharamkan semula perkahwinan dengan perempuan tersebut, setelah mereka dipisahkan dan setelah habis idah perempuan itu dengan suami pertamanya.
(Rujukan: Dr. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, halaman 147-148)
Ulama' mazhab Syafi'e (Muhammad al-Zuhayli, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi'e, jilid 4, halaman 260) menghukumkan bahawa wajib bagi seseorang perempuan menjalani idah apabila berlaku pembubaran perkahwinan jika dia telah disetubuhi sama ada:-
- Persetubuhan yang dilakukan sebelumnya melibatkan perkahwinan yang sah, fasid atau persetubuhan syubhah
- Persetubuhan itu berlaku pada masa yang halal iaitu suci atau haram iaitu ketika sedang haid dan berihram (haji atau umrah)
- Pembubaran itu berlaku dengan cara talak atau fasakh disebabkan kecacatan atau li’an
- Talak yang berlaku itu merupakan talak rajil mahupun bain
- Lelaki yang menyetubuhi itu sudah baligh ataupun belum, sihat ataupun gila, sukarela ataupun terpaksa, sekalipun melibatkan lelaki yang telah dikasi alat kelaminnya
- Perempuan yang disetubuhi itu hamil ataupun tidak
- Perempuan yang disetubuhi itu sudah dewasa ataupun masih kanak-kanak
Perkara ini bersesuaian dengan ayat 228 surah al-Baqarah dan juga dalam ayat 49 surah al-Ahzab.
Ayat-ayat ini menjelaskan mana-mana perempuan yang diceraikan dan mereka belum pernah disetubuhi, maka tidak perlu menjalani apa-apa idah.
Manakala bagi yang telah disetubuhi, maka hendaklah menjalani idah tanpa mengira apa bentuk pembubaran yang berlaku dalam perkahwinannya.
Ayat-ayat ini menjelaskan mana-mana perempuan yang diceraikan dan mereka belum pernah disetubuhi, maka tidak perlu menjalani apa-apa idah.
Manakala bagi yang telah disetubuhi, maka hendaklah menjalani idah tanpa mengira apa bentuk pembubaran yang berlaku dalam perkahwinannya.
Ulama' mazhab Syafi'e juga menghukumkan seorang perempuan perlu menjalani dua idah jika melibatkan dua bentuk perkahwinan fasid dan dalam setiap perkahwinan itu, pihak mahkamah telah memisahkannya daripada suaminya dan dalam setiap perkahwinan itu pula berlaku persetubuhan dengan suami.
(Rujukan: Abu Yahya Zakaria al-Ansari, Fath al-Wahhab bi Sharh Minhaj al-Tullab, jilid 2, halaman 106)
Kesimpulan dan Solusi
Islam menggalakkan perkahwinan namun bukan secara sewenang-wenangnya. Perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang masih berada dalam idah suaminya yang bukan talak bain kubra, ialah perkahwinan yang tidak sah.
Ia dikira sebagai perkahwinan yang fasid kerana calon isteri masih ada halangan untuk melangsungkan perkahwinan iaitu masih dalam idah perkahwinan terdahulu dan sepatutnya menghabiskan idah tersebut terlebih dahulu.
Pasangan tersebut mesti berpisah serta merta jika mereka mengetahuinya ataupun dibubarkan perkahwinan mereka oleh mahkamah jika mereka tidak mengetahuinya ataupun jika enggan berpisah.
Setelah berpisah, isteri dikehendaki menjalani idah sebanyak 3 kali suci jika telah berlaku persetubuhan dalam perkahwinan itu. Persetubuhan tersebut tidak dikira sebagai zina sebaliknya lebih berbentuk persetubuhan syubhah.
Jika berlaku dua kali perkahwinan fasid, dan dalam setiap perkahwinan itu isteri disetubuhi oleh suaminya, isteri wajib menjalani dua bentuk idah; iaitu idah suami yang pertama dan setelah selesai idah suami yang pertama, memulakan pula idah suami yang kedua.
Berdasarkan tatacara perundangan, kebiasaanya saudara perlu menjalani proses berikut:-
- Mendapatkan pengesahan terlebih dahulu dama ada perkahwinan terdahulu fasid ataupun tidak
- Jika perkahwinan tersebut adalah fasid, mahkamah akan memerintahkan pasangan terlibat berpisah serta merta
- Setelah itu mahkamah akan mengesahkan sama ada berlaku persetubuhan dalam perkahwinan itu ataupun tidak
- Jika berlaku persetubuhan, mahkamah akan memerintahkan pihak perempuan menjalani idah sebanyak 3 kali suci daripada tarikh sabitan kes tidak sah perkahwinan
- Mahkamah akan memerintahkan akad perkahwinan yang tidak sah itu dilaporkan kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Daerah yang berkenaan
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment