Dalam duduk bersendirian melayan mata yang belum mengantuk, hati saya berbisik sendiri. Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di Facebook, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.
Angan-angan saya, alangkah baiknya jika ada sebuah alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah sebuah benda, tetapi sebuah cinta.
‘Kalkulator cinta’
Saya cuba membayangkan aplikasinya. Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertakan ucapan, ‘I love you my dear’, maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka.
Ini kerana ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.
Ini kerana ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.
Suami (ucapan cinta dan romantik) + cinta = isteri gembira + rasa bahagia
Andai seorang suami menegur gaya pakaian isteri sebelum keluar membeli barangan di pasar tani dengan kata-kata, ‘Cantiknya awak hari ini! Macam nak pergi mengorat Mat Bangla’, maka aktiviti tolak akan berlaku dalam kalkulator cinta mereka.
Ini kerana kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar.
Ini kerana kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar.
Suami (sindir dan perli) – cinta = isteri terasa hati + masam mencuka wajahnya sehari
Hati Seorang Isteri
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujud atau tidak alat sedemikian.
Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.
Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.
Salah satu daripada yang diutarakan ialah:-
“Saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga.
Sudah hampir lima tahun berkahwin, suami tidak pernah memujuk, berbual dan berkomunikasi.Malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atau apa yang tidak disukai.Anak saya sudah tiga orang walaupun saya belum menjangkau 30 tahun.Saya sayang akan rumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih kerana berasa langsung tidak dihargai kecuali hanya apabila suami mahukan hubungan intim.Saya bukan wanita bekerja. Saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak. Apabila jadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa tidak berguna. Apa yang patut saya buat dan fikirkan?Banyak kali saya berbincang dengan suami, namun jawapan yang diberikan hanya satu, ‘Maaf, abang tak tahu nak cakap apa.’Saya kecewa. Saya tidak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan menyayangi saya.”Puan Lynn
Wanita dan Kata-Kata Cinta
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi oleh Puan Lynn. Saya akur, bukan semua wanita bertuah dapat menikahi jejaka yang ‘cukup’ serba-serbi.
Seorang suami yang soleh dan bertaqwa, pandai berlawak jenaka, mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambat sukma, juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri bawah seliaannya.
Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!
Kerana itu saya melontarkan satu persoalan:-
“Antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?”
If Man Could Talk
If Man Could Talk, demikian satu judul buku yang dikarang oleh Dr. Alon Gratch. Menurutnya, lelaki bukan tidak boleh berbicara, cuma mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza.
Tidak sebagaimana kaum perempuan yang lebih terbuka dengan perasaan mereka, sebaliknya kebanyakan lelaki berasa sukar ‘membuka’ diri untuk orang lain.
Tidak sebagaimana kaum perempuan yang lebih terbuka dengan perasaan mereka, sebaliknya kebanyakan lelaki berasa sukar ‘membuka’ diri untuk orang lain.
Kasih sayang seorang suami bukan boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata (verbal), bahkan lebih penting daripada itu. Ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkah laku (nonverbal).
Oleh sebab itu, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad.

Jadi saya berpandangan, seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri dari pelbagai sudut.
Kasih sayang yang boleh diimplementasikan dengan kalimah yang indah dan menyejukkan jiwa, boleh juga dijelmakan dalam bentuk perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, sentuhan dan belas ihsan.
Paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksanakan sebaik-baiknya.
Walau tanpa bicara, ia cuba menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakini.
Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai, lebih-lebih lagi dalam sebuah institusi keluarga.
Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai, lebih-lebih lagi dalam sebuah institusi keluarga.
Pandanglah keadaan ‘tanpa suaranya’ ini sebagai satu kelebihan kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini ialah seorang suami yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Di asebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam.
Isteri Proaktif
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama.
Bersikap proaktif dalam persoalan rumahtangga demi kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri.
Bersikap proaktif dalam persoalan rumahtangga demi kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri.
Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris:-
“What you give, you get back.”
Dengan senyuman manja, sentuhan yang lembut, diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.
Walaupun masa yang diambil mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana Allah SWT, pasti akan beroleh bantuan daripada-Nya.
Memang tidak mudah, tetapi berkat kesabaran dan mujahadah berserta penyerahan yang tuntas kepada Allah SWT, segala impian akan menjadi nyata, insya-Allah.

Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.
Kalkulator Cinta
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan sesiapa walaupun sedikit.
Dan jika (malan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya.Dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”
Surah al-Anbiya' 21:47
Dan Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:-
“Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya.
Dan Kami keluarkan kepadanya pada hari kiamat sebuah kitab (suratan amal) yang dijumpainya terbuka.Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini menjadi penghitung terhadap dirimu."
Surah al-Isra' 17:13-14
Saya mengakhiri coretan di ruangan Facebook dengan komen balas, berisi sedikit renungan:-
“Dalam mempersoalkan hak, adalah lebih baik kita (isteri) bertanyakan diri, tentang tanggungjawab yang telah kita telah, sedang dan akan diberikan buat yang berhak (suami).
Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai isteri daripada menumpukan kepada apa yang kita patut dapat daripada seorang suami.Bimbangnya andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini.”
Realitinya, kalkulator cinta suami isteri dalam Islam tidak berkisar sekadar luahan cinta dan kata-kata indah semata.
Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi Muhammad SAW yang diperakui Ilahi.
Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi Muhammad SAW yang diperakui Ilahi.
Keredhaan Allah SWT matlamat utama cinta mereka.
Walau sekecil mana pun usaha yang dilakukan demi menjamin agar ikatan sedia ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.
Walau sekecil mana pun usaha yang dilakukan demi menjamin agar ikatan sedia ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, untuk menunaikan ketaatan kepada-Mu, bersatu dan berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkan ya Allah ikatannya.
Kekalkan cintanya. Tunjukilah jalan-jalan-Mu. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar.Lapangkan dada-dada kami dengan limpahan keimanan dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.Aamiiin ya Rab al-alamiiin."
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment