Soalan:-
Saya berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka. Dia bukanlah lelaki yang terlalu sempurna, namun saya tetap sayang akan dia. Entah di mana silapnya pada bulan Ogos 6 tahun yang lepas, dia tidak pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Mula-mula saya ingatkan dia keluar bermalam bersama rakan-rakannya, tetapi dia langsung tidak balik selama seminggu.
Apabila saya menghubungi teman-temannya, tiada seorang pun yang tahu ke mana dia pergi.
Polis juga tidak dapat mengesannya.
Pendek kata, dia hilang begitu sahaja.
Walaupun saya sudah lama tidak mendengar khabarnya, saya tetap menunggu dia dengan setia.
Tetapi kini, saya sudah mula berputus asa.
Ada kemungkinan yang dia sudah meninggal dunia.
Kebetulan pula, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang ingin mengahwini saya.
Berapa lama lagi saya mesti menunggu kepulangannya?
Bolehkah saya berkahwin lain?
Adakah perlu saya bercerai dengan suami saya?
Bagaimanakah boleh saya bercerai sedangkan suami saya tidak dapat ditemui?
Apakah yang berlaku jika tiba-tiba dia muncul kembali?
Suamiku Ghaib
Jawapan:-
Pertamanya, syabas saya ucapkan kerana puan mampu bersabar selama enam tahun lamanya menunggu kepulangan suami.
Sememangnya apabila tiada khabar dan berita daripada suami yang pergi dalam waktu sebegitu lama, pastinya boleh membuatkan mana-mana isteri terumbang-ambing tanpa nafkah zahir dan juga batin. Bukan hanya resah kerana alasan dan motifnya, bahkan turut membingungkan status puan sebagai isteri.
Dalam kes suami isteri ini, dari sudut perundangan ia boleh dibincangkan dalam bab suami yang mafqud. Perkataan mafqud (presumption of death) dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar fa-qa-da yang bererti hilang.
Majoriti fuqaha mentakrifkan al-mafqud sebagai satu istilah yang digunakan bagi seseorang yang telah ghaib atau pergi dari negeri dan keluarganya yang tidak diketahui tempatnya, telah terputus khabar berita, tidak diketahui sama ada dia masih hidup atau telah mati dalam keadaan itu berlalu setelah sekian lama.

(Rujukan: Fiqh al-Sunnah, jilid 14, halaman 281; Kashaf al-Qina’, jilid 2, halaman 590 dan al-Fatawa al-Hindiyyah, jilid 2, halaman 299)
Dr, Wahbah al-Zuhailli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (jilid 5, halaman 784) memberi makna al-mafqud sebagai:-
“Seseorang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempon yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui mengenainya. Dan diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.”
Menunggu Sampai Bila?
Fuqaha berselisih pendapat menentukan batasan waktu menunggu.
Diriwayatkan daripada Imam Malik RH, batas waktu mestilah dengan berlakunya tempoh masa empat tahun, berdasarkan athar sahabat.
Diriwayatkan daripada Imam Malik RH, batas waktu mestilah dengan berlakunya tempoh masa empat tahun, berdasarkan athar sahabat.
Saidina Umar al-Khattab RA pernah berkata:-
“Setiap isteri yang ditinggalkan suami, sedang dia tidak mengetahui di mana suaminya, maka dia hendaklah menunggu selama empat tahun, kemudian dia beridah selama empat bulan 10 hari kemudian bebaslah ia.”
(Rujukan: al-Bukhari dan as-Syafi'e)
Dalam kitab Mughni al-Muhtaj (jilid 3, halaman 26-27) dinyatakan:-
“Sesiapa yang telah pergi atau hilang serta terputus khabarnya dan ada baginya harta yang perlu diwarisi, maka hendaklah ditahan dahulu hartanya sehingga nyata bukti atas kematiannya.Sekiranya ada sebarang petanda lain dan telah berlalu masa yang lama berserta sangkaan yang yakin bahawa ia telah mati, maka penentuan itu (kematian) hendaklah didasarkan pada ijtihad hakim ketika itu dan dihukumkan dengan kematiannya.Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Syafi'e. Itulah juga pandangan yang mahsyur daripada Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf.”
Imam Ahmad pula melihatnya dalam dua keadaan:-
Keadaan Pertama
Jika hilang di tempat yang ada wabak penyakit, perang atau tempat yang tidak selamat (negara musuh), maka masanya dikira empat tahun, sebagaimana athar tadi.
Jika hilang di tempat yang ada wabak penyakit, perang atau tempat yang tidak selamat (negara musuh), maka masanya dikira empat tahun, sebagaimana athar tadi.
Keadaan Kedua
Jika di tempat sebaliknya, maka kehilangan itu boleh dihukumkan sebagai mati setelah berlalunya tempaoh masa yang ditetapkan dan berdasarkan ijtihad hakim setelah bukti-bukti sahih yang dikemukakan kepadanya.

(Rujukan: Kashaf al-Qina’, jilid 3, halaman 266)
Solusi dari Segi Perundangan
Secara prinsipnya menurut Seksyen 14 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, seorang perempuan yang sudah berkahwin tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain selagi mana perkahwinan itu masih berterusan.
Maka, memang secara prinsipnya puan hanya boleh berkahwin lain sekiranya puan sudah bercerai dengan suami atau suami telah benar-benar meninggal dunia.
Maka, memang secara prinsipnya puan hanya boleh berkahwin lain sekiranya puan sudah bercerai dengan suami atau suami telah benar-benar meninggal dunia.
Namun dalam situasi suami yang hilang sebegini, puan sebenarnya boleh membuat permohonan untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh di mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.
Ini kerana menurut Seksyen 52 (1) akta yang sama, terdapat 12 sebab dan alasan untuk puan membuat permohonan fasakh.
Ini kerana menurut Seksyen 52 (1) akta yang sama, terdapat 12 sebab dan alasan untuk puan membuat permohonan fasakh.
Antara sebab yang disenaraikan di bawah Seksyen berkenaan, puan boleh menggunakan alasan menurut Seksyen 52 (1) (a) akta yang sama, iaitu suami puan telah menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita selama lebih daripada satu tahun.
Dalam kes ini, suami puan telah pun menghilangkan diri hampir enam tahun lamanya.
Puan mempunyai sebab yang kukuh untuk memohon fasakh.
Permohonan puan boleh didengar tanpa kehadiram suami memandangkan dia langsung tidak meninggalkan jejak dan tidak dapat dikesan walaupun oleh pihak polis.
Selain itu, Seksyen 53 (1) akta yang sama mengatakan bahawa suami seorang wanita dianggap telah mati jika dia menghilangkan diri selama empat tahun atau lebih.
Menurut seksyen ini, mahkamah boleh mengeluarkan perintah bahawa suami yang menghilangkan diri bagi tempoh empat tahun atau lebih dianggap telah meninggal dunia.
Perintah ini dikenali sebagai perintah anggapan kematian.
Jika puan ingin mendapatkan perintah ini, puan perlu membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah. Setelah mendengar permohonan puan, pihak mahkamah akan membuat siasatan yang wajar untuk memastikan bahawa kedudukan suami puan sememangnya langsung tidak diketahui.
Selepas mendapat kepastian, barulah mahkamah akan mengeluarkan perintah tersebut.
Apabila perintah ini dikeluarkan, suami puan dianggap sebagai sudah meninggal dunia di bawah hukum syarak. Perintah anggap kematian yang diperoleh juga digunakan dalam membuat permohonan fasakh sejajar dengan Seksyen 52 akta yang sama.
Menurut Seksyen 53 (2) pula, perintah ini dianggap sebagai sijil mati suami puan jika puan mahu berkahwin lagi dan puan akan dianggap berstatus balu yang bercerai mati.
Menurut Seksyen 53 (2) pula, perintah ini dianggap sebagai sijil mati suami puan jika puan mahu berkahwin lagi dan puan akan dianggap berstatus balu yang bercerai mati.
Jika Suami Kembali
Berkenaan persoalan puan mengenai suami yang telah dihukum sebagai telah mati itu tiba-tiba muncul kembali, maka hendaklah ditilik. Jika puan masih belum berkahwin, maka puan masih menjadi haknya, serta tidak perlu kepada akad nikah yang baru.
Jika puan telah berkahwin, tetapi belum disetubuhi, maka puan dikira sebagai kepunyaan suami puan yang hilang itu.
Jika puan telah berkahwin, tetapi belum disetubuhi, maka puan dikira sebagai kepunyaan suami puan yang hilang itu.
(Rujukan: Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, jilid 12, halaman 616)
Jika puan telah disetubuhi oleh suami yang baru, maka suami puan yang mafqud itu diberi pilihan sama ada hendak kembali semula dengan puan atau memilih untuk mengambil balik maharnya yang telah diberikan.
Jika dia memilik untuk mengambil balik mahar, maka hak puan akan kembali kepada suami kedua.
Jika dia memilik untuk mengambil balik mahar, maka hak puan akan kembali kepada suami kedua.
Inilah pegangan para sahabat berdasarkan riwayat daripada Mu’ammar, daripada al-Zuhri sesungguhnya Umar dan Uthman kedua-duanya telah berkata:-
“Jika kembali suami yang pertama, maka beliau diberi pilihan sama ada mahu akan perempuan itu atau mahar yang telah diberikannya.”
Ibn Qudamah dalam al-Mughni menyatakan:-
“Dan tidak seorang pun diketahui mengingkari perkara tersebut pada zaman itu dan jadilah ia ijmak.”
(Rujukan: Al-Mufassal, jilid 8, halaman 458)
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment