Pembangunan teknologi yang berlaku sejak sekian lama telah terpahat dalam sejarah kehidupan manusia. Manusia dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT mampu meneroka pelbagai kaedah dan peralatan yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
Harga yang Perlu Dibayar
Akan tetapi, ‘keselesaan’ ini terpaksa dibayar dengan pelbagai masalah lain yang timbul akibat daripada teknik dan peralatan yang telah dicipta itu.
Contoh yang sering diperkatakan ialah kesan buruk pada alam sekitar akibat penggunaan teknologi seperti pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya. Rentetan keadaan ini, berlaku kebimbangan terhadap berkurangnya sumber alam untuk kegunaan manusia pada masa hadapan.
Contoh yang sering diperkatakan ialah kesan buruk pada alam sekitar akibat penggunaan teknologi seperti pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya. Rentetan keadaan ini, berlaku kebimbangan terhadap berkurangnya sumber alam untuk kegunaan manusia pada masa hadapan.
Kebimbangan ini menjadi lebih besar apabila melihat pelbagai masalah kesihatan yang wujud akibat pencemaran. Inilah yang sering disebut sebagai harga yang terpaksa dibayar demi sebuah kemajuan.
Lantaran manusia mula bertanya, perlukah kemajuan itu tercapai dengan cara sedemikian?
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah peranan manusia yang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan dan akibat yang timbul kemudiannya. Maka menjadi tugas manusia untuk menangani kemelut ini sebaik mungkin.
Melihat keadaan dunia hari ini, manusia mulai sedar bahawa kemajuan teknologi harus mengambilkira keperluan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerosakan terhadap alam sekitar.
Kesedaran ini dianggap sebagai jawapan bagi persoalan yang diutarakan di atas. Lalu wujudlah konsep dan kaedah ‘teknologi mesra alam’, ‘teknologi hijau’ dan seumpamanya yang kian mendapat perhatian para saintis, ilmuwan, penyelidik malah pihak-pihak yang berkuasa, sama ada peringkat nasional mahupun global.
Antara yang terhasil daripada konsep dan kaedah tersebut ialah produk-produk yang kurang kesan pencemarannya atau yang boleh dikitar semula, kaedah-kaedah penjimatan tenaga, malah undang-undang dan peraturan yang memberi penekanan supaya langkah-langkah tertentu diambil bagi menggalakkan pembangunan dan penggunaan teknologi yang mesra alam.
Ringkasnya, pelbagai langkah dibuat oleh manusia untuk mengekang kemusnahan yang terhasil daripada kemajuan teknologi zaman moden.
Ringkasnya, pelbagai langkah dibuat oleh manusia untuk mengekang kemusnahan yang terhasil daripada kemajuan teknologi zaman moden.
Teknologi Mesra Alam dalam Kehidupan
Persoalan yang boleh dilontarkan di sini ialah apa kaitannya teknologi mesra alam dengan kehidupan kita sebagai seorang Muslim dan kehidupan manusia seluruhnya?
Refleksi yang boleh dibuat daripada pandangan Islam tentang perkara ini akan kembali melihat kedudukan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Islam meletakkan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab atas kemakmuran dan pembangunan kehidupan di dunia yang sementara ini.
Untuk itu, Allah SWT menciptakan bagi manusia segala yang ada di muka bumi, angkasaraya, lembah, sungai dan lautan samudera untuk memenuhi keperluan hidupnya dan bagi menjalankan tugasnya sebagai khalifah.
Untuk itu, Allah SWT menciptakan bagi manusia segala yang ada di muka bumi, angkasaraya, lembah, sungai dan lautan samudera untuk memenuhi keperluan hidupnya dan bagi menjalankan tugasnya sebagai khalifah.
Ini dijelaskan dalam beberapa maksud ayat dalam al-Quran, antaranya:-
“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (pelbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”Surah al-A'raf 7:10
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti."
Surah al-Jathiyah 45:13
“Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi menghilangkan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu masin dan pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu); dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lebut dan segar, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air dan belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur.”
Surah Fatir 35:12
Kerosakan Atas Sebab Sendiri
Dengan kedudukan sebagai khalifah di bumi ini berserta alam raya yang diciptakan, manusia membina kehidupannya.
Antaranya dengan menjalankan usaha-usaha penerokaan dan pembangunan teknologi.
Akan tetapi, amat malang sekali apabila dalam proses pembinaan kehidupan itu, manusia juga mencipta kemusnahan hasil daripada apa yang diusahakannya, termasuklah pada usahanya dalam membangunkan teknologi.
Akibat daripada itu manusia berhadapan dengan pelbagai kemelut yang kembali melanda kehidupannya seperti yang diperkatakan di atas.
Allah SWT telah pun memberi amaran tentang perkara ini dalam ayat-Nya yang bermaksud:-
“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”Surah ar-Rom 30:41
Permasalahan yang dihadapi oleh manusia ‘hasil’ daripada ‘kemajuan’ yang dikecap itu akibat daripada apa yang dibangunkan oleh manusia sendiri. Lalu Allah SWT mengingatkan manusia supaya kembali menyedari hakikat tugas mereka sebagai khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini, di samping itu sebagai peringatan untuk mereka menginsafi tentang apa yang telah dilakukan.
Keinsafan itu terzahir kini, antara lain dengan kesedaran terhadap peri pentingnya membangunkan teknologi yang mesra alam.
Kesedaran Bersifat Islamik
Akan tetapi bagi para Muslimin, keinsafan itu hanya terbatas kepada usaha-usaha pembangunan teknologi yang bersifat lahiriah jika ia tidak disertakan kesedaran untuk kembali kepada Allah SWT.
Kehidupan di dunia ini ialah medan persinggahan untuk beramal dan mengabdikan diri kepada-Nya, kerana kita tahu bahawa perjalanan hidup akan diteruskan apabila tiba masanya kelak, dan segala yang diusahakan di dunia ini akan ditinggalkan buat selamanya.
Pengabdian tidak terbatas di atas sejadah dan sedekah sahaja, malah ia boleh terangkum dalam semua perkara mubah (harus) yang diusahakan oleh manusia, termasuklah dalam pembangunan teknologi.
Pengabdian tidak terbatas di atas sejadah dan sedekah sahaja, malah ia boleh terangkum dalam semua perkara mubah (harus) yang diusahakan oleh manusia, termasuklah dalam pembangunan teknologi.
Kemusnahan yang tercipta hasil daripada usaha tangan-tangan manusia merupakan satu bentuk bencana yang memberi kesan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada makhluk Allah SWT yang lain termasuklah umat manusia dan alam seluruhnya.
Peringatan tentang ganjaran dan pembalasan daripada Allah SWT harus sentiasa berada dalam benak sanubari kita.
Sebagai Muslim, kita mahu apa yang kita usahakan itu membentuk kesejahteraan di dunia yang akan membawa kepada kesejahteraan di akhirat kelak.
Keinsafan dan kesedaran inilah yang membezakan kemajuan teknologi yang dibina oleh umat yang beriman dengan kemajuan yang hanya berlandaskan kepentingan kebendaan dan keperluan fizikal semata-mata.
Kesimpulannya, penekanan terhadap kepentingan teknologi mesra alam dalam kehidupan kita masa kini seharusnya menjurus kepada kesedaran yang bersifat islamik.
Dengan kata lain, kesedaran terhadap teknologi mesra alam boleh membentuk manusia yang ‘mesra Islam’.
Dengan kata lain, kesedaran terhadap teknologi mesra alam boleh membentuk manusia yang ‘mesra Islam’.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment