“Bagaimanakah cara untuk saya memberitahu ibu bapa saya?”, anak muda itu mula membicarakan resah di hatinya.
“Saudara boleh memberitahu mereka apabila sudah bersedia dan ada kekuatan.”
Saya mengerti dilema dan tekanan itu.
Bagi kebanyakan hamba Allah SWT yang baru beriman, memaklumkan pengislaman kepada keluarga antara cabaran yang paling besar.
Bukan sahaja menukar agama, tetapi majoriti keluarga mereka akan terkejut kerana anak kesayangan mereka turut menukar nama diri, keluarga dan bapa.
Sedangkan, tiada rekod yang menceritakan mana-mana sahabat Nabi SAW dan Arab Badwi menukar nama setelah memeluk Islam, jika nama mereka tiada unsur kesyirikan.
Bukan sahaja menukar agama, tetapi majoriti keluarga mereka akan terkejut kerana anak kesayangan mereka turut menukar nama diri, keluarga dan bapa.
Sedangkan, tiada rekod yang menceritakan mana-mana sahabat Nabi SAW dan Arab Badwi menukar nama setelah memeluk Islam, jika nama mereka tiada unsur kesyirikan.
“Saya takut menjadi anak derhaka.”, anak muda itu masih tidak berpuas hati dengan jawapan saya.
“Mengapa pula?”
“Kerana saya masuk Islam tanpa memberitahu mereka.”, katanya.
Saya tersenyum pahit mendengarnya. Anak muda yang saya kenal itu tidak mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya semenjak menjejakkan kaki ke kampus.
“Perbuatan saudara selama ini seperti balik setahun sekali, tidak mengirim berita dan tidak suka pada mereka ialah bentuk kederhakaan. Saudara sudah lama ‘derhaka’ sebelum saudara menjadi Muslim.”
Saya jenis orang yang berterus-terang.
Dia terdiam.
“Meninggalkan agama keluarga yang mensyirikkan Allah SWT bukanlah satu penderhakaan, berahsia tentang pengislaman kita daripada ibu bapa bukannya menderhaka. Tetapi, meninggalkan keluarga tanpa didakwahi ialah suatu bentu penderhakaan..”, saya menjelaskan.
Setelah itu, kisah sahabat RA saya kongsikan dengannya.
Berkongsi Kisah Sahabat RA
Kisah Mus’ab bin Umar RA adalah sebaik-baik kisah penyegar jiwa buat semua hamba Allah SWT yang baru beriman kepada Allah SWT. Sewaktu Mus’ab memeluk Islam di Makkah, beliau berhadapan dengan tekanan, ugutan dan sekatan daripada ibunya.
Walaupun beliau seorang anak hartawan, berstatus dan bergaya, Mus’ab tetap memilih Islam, yang ketika itu sinonim dengan kesusahan, penderitaan dan kemiskinan.
Walaupun beliau seorang anak hartawan, berstatus dan bergaya, Mus’ab tetap memilih Islam, yang ketika itu sinonim dengan kesusahan, penderitaan dan kemiskinan.
Anak mana yang tidak rasa bersalah apabila ibunya mogok lapar kerana pilihannya. Anak mana yang tidak rasa pilu apabila ibunya memutuskan ikatan kasih hanya kerana agama pilihannya.
Namun, jiwa kental Mus’ab tidak goyah. Imannya tetap utuh walaupun ibunya mengurung dan mengikatnya di rumah.
Namun, jiwa kental Mus’ab tidak goyah. Imannya tetap utuh walaupun ibunya mengurung dan mengikatnya di rumah.
Tekanan, ugutan dan sekatan bukan penjara untuk orang beriman.
Mus’ab memilih kehidupan yang sukar, beliau berhijrah dua kali ke bumi tandus Habsyah (Ethiopia).
Tanpa sebarang harta, Mus’ab positif bertindak dengan iman di hatinya sehingga beliau menjadi orang yang dihantar oleh Rasulullah SAW untuk mengajar al-Quran kepada masyarakat Islam Madinah sebelum Baginda SAW berhijrah bersama-sama 12 orang sahabat besar yang lain.
Tanpa sebarang harta, Mus’ab positif bertindak dengan iman di hatinya sehingga beliau menjadi orang yang dihantar oleh Rasulullah SAW untuk mengajar al-Quran kepada masyarakat Islam Madinah sebelum Baginda SAW berhijrah bersama-sama 12 orang sahabat besar yang lain.
Mus’ab menjadi pendakwah dan pengajar ilmu Islam kepada komuniti lain.
Perjuangan Mus’ab terus membakar. Uhud menjadi medan pertarungan antara iman dan kekufuran. Mus’ab menjadi antara orang yang memegang panji tentera Muslim yang menjadi penentu jatuh bangun atau kalah menang sesebuah perjuangan.
Mus’ab akhirnya tumbang dan dianugerahkan syahid oleh Allah SWT. Namun, keadaan dirinya begitu menyedihkan Baginda Rasulullah SAW apabila seorang anak muda yang dahulunya kaya raya dan bergaya, matinya tanpa pakaian yang cukup untuk menutupi tubuhnya.
Mus’ab akhirnya tumbang dan dianugerahkan syahid oleh Allah SWT. Namun, keadaan dirinya begitu menyedihkan Baginda Rasulullah SAW apabila seorang anak muda yang dahulunya kaya raya dan bergaya, matinya tanpa pakaian yang cukup untuk menutupi tubuhnya.
Seorang anak yang teguh berdiri dengan imannya, walaupn ibunya membantah dan membenci agamanya.
Dakwah adalah Obor Iman
Kisah Mus’ab menggambarkan dua hikmah kebijaksanaan.
Pertama, tentang bagaimana berhadapan dengan keluarga yang belum lagi beriman.
Kedua, dakwah ialah medan untuk mengekalkan momentum kemanisan iman. Perkara inilah yang saya bincangkan dengan anak muda itu tadi.
“Pulanglah kepada ibu bapa saudara. Jika selama ini saudara menjauhkan diri daripada mereka, Islam meminta saudara mencintai mereka berdua semula. Islam mengajar kita menjadi anak yang baik walaupun mereka masih belum beriman kepada Allah SWT.”, saya membutirkan nasihat.
Banyak ayat al-Quran yang menyuruh orang yang beriman agar berbuat baik kepada ibu bapa, biarpun ibu bapa itu belum beriman.
“Mungkin, setelah melihat kebaikan saudara terhadap mereka lebih daripada biasa, mereka akan menerima dakwah saudara pada suatu masa nanti.”, saya menyambung.
Konfrontasi dengan ahli keluarga bukan jalan yang baik dalam usaha dakwah kepada mereka.
Keluarga adalah lingkungan pengaruh yang dimiliki oleh setiap manusia. Para Nabi dan Rasul memulakan dakwah dalam lingkungan pengaruh ini.
Orang yag baru beriman kepada Allah SWT perlu memandang ahli keluarga mereka sebagai prospek dakwah yang utama dan pertama.
Orang yag baru beriman kepada Allah SWT perlu memandang ahli keluarga mereka sebagai prospek dakwah yang utama dan pertama.
Dakwah mempunyai perkara keutamaan. Jika dilihat kepada dakwah para Rasul, mereka mengajak kepada dua perkara iaitu beriman kepada Allah SWT dan mengikuti para Rasul.
Surah as-Syu'ara' merakamkan lapan ayat yang berulang tentang intipati dakwah para Rasul ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepada-Ku.”Surah as-Syu'ara' 26:108, 110, 126, 131, 144, 150, 163, 179
Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini sebagai:-
“Beribadatlah kepada Tuhan kalian dan taatlah kepada Rasul kalian.”
Ibn Kathir menambah bahawa seruan ini bermaksud:-
“Terimalah apa-apa yang manfaatnya dapat kembali kepada kalian di dunia dan akhirat dengan beribadah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan dan memberikan rezeki kepada kalian agar kalian beribadah mengesakan-Nya dan bertasbh kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim
Cabaran dalam Berdakwah
Usaha dakwah tetap akan menerima cabaran, walaupun subjek dakwah terdiri daripada mereka yang berada bawah lingkungan pengaruh kita.
Itu sunnatullah dunia dakwah.
Al-Quran merakamkan perjuangan para Rasul yang tidak sunyi daripada ugutan daripada masyarakatnya, malahan daripada keluarga mereka sendiri. Ancaman bukan sekadar terhadap ‘survival’ dakwah tauhid itu sahaja, tetapi turut melibatkan nyawa mereka.
Jika para Rasul diuji sedemikian rupa, apakah kita boleh mengharapkan hamparan karpet merah dalam usaha dakwah?
Nabi Nuh AS ialah Rasul pertama yang diuji dengan ugutan.
Kerja dakwahnya mahu dihentikan oleh masyarakatnya. Mereka mengugut untuk merejam Baginda AS, suatu hukuman yang bertujuan untuk menghina penerimanya. Allah SWT memetik kata-kata kaumnya yang bermaksud:-
Kerja dakwahnya mahu dihentikan oleh masyarakatnya. Mereka mengugut untuk merejam Baginda AS, suatu hukuman yang bertujuan untuk menghina penerimanya. Allah SWT memetik kata-kata kaumnya yang bermaksud:-
“Mereka berkata:-
‘Sungguh jika kamu tidak mahu berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan termasuk dalam kalangan orang yang direjam.”
Surah as-Syu'ara' 26:116
Ugutan itu bukan datang daripada masyarakat biasa, tetapi daripada golongan sasaran utama dakwah Baginda AS iaitu para pemimpin masyarakat. Orang yang mempunyai kuasa pelaksana bagi hukuman tersebut.
Nabi Ibrahim AS mengalami ugutan yang lebih pedih. Baginda AS diancam oleh ayahnya sendiri; seorang pembuat berhala.
Ia diceritakan oleh Allah SWT dalam ayat berikut yang bermaksud:-
Ia diceritakan oleh Allah SWT dalam ayat berikut yang bermaksud:-
“Bapanya berkata:-
‘Bencikah kamu kepada Tuhan-Tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka kamu akan ku rejam. Dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama.’”
Surah Maryam 19:46
Nabi Lut AS diancam buang negeri. Kota Sadum itu sendiri bukan wilayah kelahirannya. Baginda AS pendatang yang mengkritik agama dan nilai masyarakat di kota itu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Mereka menjawab:-
‘Wahai Lut, sesunggunya jika kamu tidak berhenti, kamu akan termasuk dalam kalangan orang yang diusir.’”
Surah as-Syu'ara' 26:167
Semua itu tidak benar melemahkan jiwa para Rasul. Mereka yakin bahawa hanya Allah SWT yang boleh memberi kesan kepada mereka. Keyakinan mereka didasari tujuan hidup dan mesej dakwah yang jelas.
Mereka tidak menimbang-nimbang risiko yang akan datang.
Nabi Muhammad SAW pula menerima tindakan selepas ugutan yang mereka lakukan tidak berkesan. Baginda SAW hampir sahaja dibunuh, diboikot sehingga kelaparan, diusir dari tempat kelahiran, direjam dengan batu, dikhianati perjanjiannya, difitnah ahli keluarganya, disihir dan juga diracun.
Semuanya atas satu ujuan; agar dakwah tauhid tidak lagi diteruskan terhadap orang Musyrikin dan ahli Kitab.
Semuanya atas satu ujuan; agar dakwah tauhid tidak lagi diteruskan terhadap orang Musyrikin dan ahli Kitab.
Namun, Rasulullah SAW memandang kepahitan pengalaman dakwah itu dengan positif. Ada peluang dakwah di sebalik setiap tekanan. Malahan, Rasulullah SAW tidak jemu berdoa agar mereka diberi hidayah, sebagaimana para Rasul yang lain.
Mahalnya sebuah Hijrah
“Bagaimana jika keluarga tidak menerima saya?”, soal anak muda itu.
Satu persoalan yang sebenarnya telah lama dideritai oleh jutaan hamba Allah SWT yang memenangkan iman atas kekufuran.
Al-Quran mengkhabarkan kepada kita bahawa Nabi Ibrahim AS ialah Rasul yang dibuang jauh oleh bapanya. Bapanya tidak mahu bertemu lagi dengannya. Dengan pedih Nabi Ibrahim AS menerimanya demi keimanan. Kemudian, Allah SWT menggantikan keluarganya dengan yang lebih baik, iaitu anak cucunya yang diangkat menjadi Nabi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu seru selain Allah. Dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.
Maka, ketika Nabi Ibrahim sudah menjauhkan diri daripada mereka dan dari apa-apa yang mereka sembah selain Allah, kami anugerahkan kepadanya Ishak dan Ya’qub.
Dan masing-masing kami angkat menjadi Nabi.”
Surah Maryam 19:48-49
Jika keluarga yang masih belum beriman menyisihkan dan menjauhkan diri, sentiasalah berusaha mendekati, mendoakan dan berdakwah kepada mereka. Namun, jika kebencian mereka membahayakan diri, berhijrahlah kerana Allah dan Rasul.
Betapa luasnya bumi Allah SWT ini. Berhijrah daripada sebuah keluarga yang kecil kepada sebuah keluarga Muslim yang besar. Inilah persaudaraan yang diikat atas dasar iman kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, pasti mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah.”
Surah an-Nisa' 4:100
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment