Iktikaf – Galakan Sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan tiba lagi. Apabila memasuki bulan barakah ini, pasti diari Ramadhan seorang Muslim dan Muslimah sudah sarat dengan pelbagai agenda yang memberi makanan rohani kepada jiwa dan rohnya.

Fasa ketiga Ramadhan pastinya lebih meriah dengan Lailatulqadar


Jiwa yang rindukan bonus istimewa ini pasti sanggup mengetepikan segala susah payah untuk memburunya. Sanggup berjaga malam, masa tidak dibiarkan bersisa dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya. 

Bagi wanita, jangan lupa rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan sunat, antaranya beriktikaf di masjid-masjid.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Dan Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:-

‘Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud.’”
Surah al-Baqarah 2:125
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:-
“Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada sebahagian yang panjang pada malam hari.”
Surah al-Insan 76:26
Perbuatan duduk (berhenti) di dalam masjid ini dengan niat bermunajat kepada Allah SWT amat digalakkan (sunat mu’akkad) dalam Islam termasuk juga kepada kaum wanita. Tujuan hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub illah).


Saidatina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pada sepuluh malam terakhir Ramadhan akan mengejutkan seluruh ahli keluarga.

Orang yang beriktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria berikut:-
  • Muslim. Tidak sah iktikaf bagi orang kafir.
  • Berakal
  • Baligh
  • Suci daripada janabah, haid dan nifas

Rukun-Rukun Iktikaf


#1 Niat


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesungguhnya sesuatu amalan itu berdasarkan niat.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Berada di dalam masjid tanpa niat tidak mendapat pahala iktikaf, sebaliknya jika disertakan dengan niat akan akan mendapat pahala iktikaf.

#2 Berdiam diri di dalam masjid


Memandangkan maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid

Tujuan iktikaf ini untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah SWT dan taqarrub (berdamping) dengan Allah yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas. Allah SWT amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha taqarrub kepada-Nya.

Iktikaf di Mana?


Persoalannya, blehkah wanita beriktikaf di tempat-tempat selain masjid

Bolehkah wanita beriktikaf di rumahnya?

Persoalan ini mengundang perbezaan dalam pendapat ulama'. 

Menurut Imam as-Syafi'e, wanita tidak boleh beriktikaf di rumahnya kerana amalan iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid-masjid.

Disepakati oleh para ulama' bahawa tempat yang paling elok beriktikaf adalah di tiga buah masjid utama Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa

Seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat Jumaat

Imam Ibn Qudamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam as-Syafi'e. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan solat Jumaat.

Perkara yang Boleh Dilakukan oleh Orang yang Sedang Beriktikaf


#1 Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap isterinya Saidatina Safiyyah R.A 

(Rujukan: Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#2 Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh daripada kekotoran dan bau badan

#3 Keluar dari masjid bagi memenuhi keperluan-keperluan tertentu yang perlu dipenuhi seperti membuang air besar atau kecil, makan, minum atau apa-apa sahaja yang biasa dilakukan di dalam masjid, tetapi perlu harus segera kembali setelah selesai.

#4 Makan, minum, tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid

Perkara-Perkara yang Membatalkan Iktikaf


#1 Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan penting walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid

#2 Murtad (keluar dari agama Islam)

#3 Hilang akal kerana gila ataupun mabuk. Ini kerana antara rukun iktikaf ialah niat

#4 Haid atau nifas

#5 Berjimak (bersetubuh dengan isteri). Jika menyentuh isteri tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi SAW dengan isteri-isterinya.

Wallahua'lam

Share on Google Plus

About Mohd Shahrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment