Kehidupan harian manusia melibatkan hubungan dua hala yang tidak dapat dipisahkan kerana manusia ialah makhluk yang memerlukan kepada sosial.
Sifat bersosial ini merupakan aturan Allah SWT kepada manusia (sunatullah) kerana manusia dijadikan untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Terdapat satu hadith mengenai larangan Rasulullah SAW untuk orang yang memakan bawang agar tidak masuk ke masjid adalah berkenaan adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW terhadap tatacara berada di dalam masjid iaitu dengan memakai wangi-wangian dan mengelakkan diri daripada sebarang bau busuk yang tidak menyenangkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang makan bawang putih, bawang dan kurrath (sejenis makanan berbau), maka janganlah dia dekati masjid kamu kerana malaikat disakiti (sebab bau tersebut) sebagaimana manusia juga.”Hadith Riwayat Muslim
Menariknya, hadith berkenaan bawang ini boleh dipandang pada sisi yang lain di mana ia merupakan salah satu cara terpenting dalam memulakan sesuatu hubungan sesama manusia (hablum-minannas).
Justeru, keindahan Islam dalam hadith ini adalah untuk membina hubungan dengan menjaga sensitiviti orang lain dan menghormatinya. Maka dalam hadith itu disebut masjid, komuniti masjid, perihal makan bawang dan kesannya kepada manusia dan malaikat.

Mari kita cuba mengambil hikmah daripada kisah hadith tersebut dan cuba membina nilai positif dalam mencerminkan bahawa Islam merupakan satu cara hidup.
Kategori Kehidupan
Kehidupan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian:-
- Ruang bersosial
- Individu-individu di persekitaran
- Membuat pilihan dan kesannya
#1 Ruang bersosial
Manusia diberi ruang untuk bersosial, namun untuk memulakan hubungan memerlukan pendahuluan yang betul. Di sini Islam mengajar bahawa memakai wangian ialah pendahuluan yang baik
#2 Individu-individu di persekitaran
Terdapat ramai individu yang kita akan jumpa sepanjang aktiviti sosial yang dilakukan sama ada yang kita kenali ataupun tidak. Dalam Islam itu tidak penting kerana menghormati orang lain adalah perkara penting dan menjaga keharmonian suasana merupakan tanggungjawab bersama.
#3 Membuat pilihan dan kesannya
Sama untuk memakan bawang atau tidak merupakan pilihan.
Oleh sebab itu, Islam mengajar supaya membuat pilihan yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri malahan yang paling penting untuk orang lain. Kemungkinan ia mudah bagi kita seperti memakan bawang, namun perlu difikirkan adakah ia baik untuk mereka di sekeliling kita.
Contohnya, membawa ke pejabat makanan yang enak tetapi berbau kurang menyenangkan bagi sesetengah rakan sepejabat. Lantaran kerana perkara itu mudah dan kegemaran kita, maka kesan kepada rakan sepejabat lain langsung diabaikan.
Maka, pilihan kita mencerminkan sikap kita terhadap mereka yang berada di sekeliling kita sama ada kita benar-benar menghormati mereka ataupun tidak.

Rasulullah SAW menyebutkan dalam hadith tersebut bahawa malaikat juga terkesan dengan bau busuk sepertimana terkesannya manusia.
Renungilah!
Betapa kuatnya kesan menjaga kebersihan diri dan ditambah dengan wangian membentuk satu jaringan hubungan di langit dan di bumi.
Betapa kuatnya kesan menjaga kebersihan diri dan ditambah dengan wangian membentuk satu jaringan hubungan di langit dan di bumi.
Justeru, umat Islam yang memahami hadith ini dan mengamalkannya akan mampu menjadi individu terbaik di mana sahaja mereka berada dan dengan siapa sahaja mereka bersosial.
Keindahan Islam akan terzahir pada tingkah laku mereka yang begitu menghormati orang lain walaupun perkara itu kecil dan remeh temeh seperti sebiji bawang.
Keindahan Islam akan terzahir pada tingkah laku mereka yang begitu menghormati orang lain walaupun perkara itu kecil dan remeh temeh seperti sebiji bawang.
Nah, membina hubungan bukan semata-mata untuk diri anda, kadangkala memikirkan orang di sekeliling anda juga satu bentuk hubungan!
Ayuh cari redha di langit dan di bumi.
Kisah Pencuri Bawang
Menurut hikayatnya daripada Punjab, terdapat seorang pencuri yang telah berjaya mencuri 200 biji bawang, namun ditangkap oleh tuan ladang. Pencuri itu akhirnya dihantar ke mahkamah untuk ditentukan hukumannya.
Setelah dibicarakan, hakim menjatuhkan hukuman denda yang perlu dibayar adalah sebanyak 10 keping emas. Si pencuri bawang itu mengatakan denda tersebut amat tinggi. Lalu hakim memberikan kepadanya dua pilihan, sama ada makan bawang sebanyak 200 biji atau disebat 20 kali.
Akhirnya pencuri itu memilih untuk memakan 200 biji bawang tersebut.
Oleh kerana tidak tahan, maka dia memohon kepada hakim untuk dikenakan 20 kali sebatan pula. Baru sahaja sebatan yang ke 10, dia sudah tidak tahan dan meminta sebatan itu dihentikan.
Akhirnya pencuri itu tetap terpaksa membayar denda sebanyak 10 keping emas seperti yang dikenakan kepadanya sebelum ini.
Lalu, hakim mengatakan kepada pencuri itu:-
“Jika anda terus membayar denda sebanyak 10 keping emas sejak dari awal lagi, tidak anda terpaksa memakan 25 biji bawang dan disebat pula 10 kali.
Mengapa anda suka memilih jalan sukar, walhal apabila anda melakukan kesalahan, maka anda perlu bertanggungjawab terhadap tindakan anda sendiri dan segera meneruskan serta memperbetulkan kehidupan.”
Pengajaran yang dapat kita perolehi dari kisah ini adalah:-
“Hanya kerana bawang, pencuri itu hidup sengsara.
Buatlah pilhan yang bijak dan fikirkan kesan serta bertanggungjawablah terhadap kehidupan.”
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment