"Allah
hadirkan cinta, takkan tak boleh nak layan?"
"Kalau
tak bercinta, macamana nak kenal bakal pasangan nanti?"
Begitulah
antara keluhan remaja kita. Banyak persoalan di minda yang masih belum
terjawab.
Siapa
yang akan menjawabnya?
Adakah
pengalaman orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya?
Atau
logik minda mereka sendiri yang akan menjawab kesemua persoalan tersebut?
Atau
penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?
Beruntung
remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum
(terpelihara) iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, bukan mencari fatwa
dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dalam filem
dan televisyen ataupun perbincangan kosong di alam maya.
Beruntunglah
remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah
SAW. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya,
orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.
Al-Quran
dan sunnah Rasulullah SAW, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada
terhumban dalam kesesatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:-
"Aku
meninggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya sesiapa yang
berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya." (HR
Malik)
Jika
ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang
zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya?
Panduan
untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama fitrah mahu
membunuh fitrah. Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia,
terhormat dan bermaruah.
Bersama
redha Allah SWT semata-mata.
Nasihat
Buat Remaja
Adik-adik
remaja sekalian,
Belek-beleklah
kitab al-Quran dan hayatilah sunnah Rasulullah SAW. Alam remajamu akan menjadi
lebih indah dan terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan
terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan
lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan.
Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta yang Maha Gagah.
Itulah
hebatnya cinta Allah SWT.
Di
manakah harus dicari panduan-panduan yang praktikal agar cinta sesama manusia
akan dapat memancing cinta Allah SWT sekaligus?
Insya-Allah,
selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, dapatkan
nasihat dan pedoman yang ditemui dari bibir guru-guru yang beramal, orang
soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog
yang dipercayai, laman web para ulama' dan sebagainya.
Ini
ialah jalan-jalan untuk kita lebih memahami al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak, seribu daya; jika tak hendak, doa-doakan
biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerahlah kepada apa yang Allah SWT
kehendaki.
Syirik
Cinta
Selalu
kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan
Allah SWT. Menyembah selain Allah SWT. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa
besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah
SWT.
Mengambil
sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama
dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT
mendedahkan kepada kita dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:-
"Dan
antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Dan jika seandainya orang yan
berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (hari kiamat), bahawa
kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya
(nescaya mereka menyesal)." (surah al-Baqarah, 2:165)
Para
ulama' ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta
atau ia digelar sebagai syirik al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada
Allah SWT dengan makhluk seangkatan dengannya.
Bagaimana
dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk
kita lebih dekat kepada Allah SWT? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita
damba-dambakan sehingga melupakan Allah SWT? Semakin besar cinta kita kepada
Allah SWT, semakin kecil nilai makhluk di hati kita, apatah lagi untuk
menjadikannya tandingan kepada Allah SWT untuk diangau-angaukan.
Ketika
cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak
urusan tergendala. Apa yang dibuat menjadi serba tak kena. Merebak rasa malas.
Membarah rasa segan jika orang lain tahu indakan yang pernah dilakukan. Maksiat
demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan.
Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.
Aduhai
hati....takutlah pada syirik cinta!
Jangan
tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang
mati!
Menterjemahkan
Cinta dengan Jalan-Jalan "Taqrabu al-Zina"?
Ya
bukan Allah SWT tidak tahu hati kita cenderung kepada orang yang dicintai.
Bukan Allah SWT tidak memahami kita yang selalu merindui si-dia. Bukan Allah
SWT tidak mengerti bayangan si-dia yang sering singgah di minda kita. Semua itu
fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya.
Kenapa?
Supaya
fitrah yang dimiliki kita ini akan tersalur secara mulia dan diredhai Allah
SWT.
Bagaimana
menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat
barakah dari Allah SWT. Bagaimanakah caranya?
Diri
seorang remaja pasti sibuk bergelumang dengan pelajaran, bukan? Diri seorang
remaja pasti belum bersedia untuk berumahtangga, bukan?
Adakah
sudah dipersiapkan diri ini dengan persiapan yang sepatutnya? Adakah keutamaan
yang lebih penting dalam hidup seorang remaja ini sudah diambilkira?
Kalau
seseorang remaja berada di dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai
lubuk pahala apabila diperisaikan dengan mujahadah. Apabila "angau"
bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah SWT. Kita beristighfar
bukan kerana rindu itu satu dosa sebaliknya kerana bimbang akan "zina
hati" yang akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
membina.
Daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Setiap
Bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan
zinanya adalah dengan melihat. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah
dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati
itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. tetapi
kemaluanlah yang membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (HR Ahmad)
Gentarlah
pada firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan
janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang
keji. Dan suatu jalan yang buruk." (surah al-Isra', 17:32)
Para
ulama' menjelaskan bahawa firman Allah SWT "....janganlah kamu mendekati
zina...", maknanya lebih dalam daripada "janganlah kamu
berzina". Firman Allah SWT tersebut bermakna, "Dan janganlah kamu
mendekati sedikit pun juga daripada zina." (Rujukan: Tafsir al-Qurtubi Jil
10, 253)
"Yakni
janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan apa-apa yang
membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina." (Rujukan: Tafsir Ruh
al-Ma'ani Jil 15, 67-68, al-Imam al-Alusi al-Baghdadi, Tafsir Bahr al-Muhith
Jil 6, 33)
Setelah
islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan
yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. "Call" siang
malam tanpa urusan. "Chatting" kosong tanpa isi. "Dating" bertemankan
syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi.
Berbua-bual, berbincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.
Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang
angkat.
Dan
banyak lagi.
Inikah
Bukti Cintamu?
Adakah
kita ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta
yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idaman kita? Mampukah ia
membawa kepada syurga abadi milik Allah SWT di akhirat nanti?
Tepuk
dada, tanyalah Iman kita.
Wallahua'lam.
Blogger Comment
Facebook Comment