"Hari
yang menggemparkan. Apakah dia hari yang menggemparkan itu? Dan apakah jalannya
engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparka itu? (Hari itu ialah
Hari Kiamat) hari manusia mejadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran. Dan
gunung-ganang menjadi seperti bulu dibusar berterbangan.
Setelah
berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempat menurut amal
masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka dia berada
dalam kehidupan yang senang lenang.
Sebaliknya
orang yang ringan timbangan amal kebaikannya. Maka tempat kembalinya ialah
"hawiyah". Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia
"hawiyah"? (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar."
(surah
al-Qariah, 1-11:101)
Surah
ini merupakan surah Makkiyah yang menduduki tempat ke-101 dalam susunan
surah-surah al-Quran dan diturunkan selepas surah Quraisy. Nama diambil
daripada perkataan "al-Qariah" yang terdapat dalam ayat pertama yang
bermaksud ketukan yang amat keras. Walaubagaimanapun, maknanya dipakai dalam konteks
lain yang lebih luas iaitu merujuk kepada hari Kiamat.
Keseluruhan
firman Allah SWT dalam sebelas ayat ini menjelaskan tentang kiamat. Ia
merangkumi gambaran fenomena kedahsyatan hari Kiamat yang diingkari oleh
golongan Musyrikin. Allah SWT menggambarkannya sebagai sesuatu yang amat
menakutkan dan mengerikan. Manusia yang selama ini ketika berada di dunia
sentiasa dimuliakan akan berada dalam keadaan tidak dihargai sehingga ditiup
berterbangan laksanan belalang yang melayang-layang dalam tiupan angin kencang
yang tidak dapat dikawal oleh sesiapun melainkan Allah SWT.
Gunung-ganang
yang amat kukuh menjadi seperti bulu yang berterbangan ke sana-sini. Keadaannya
tidak jauh berbeza berbanding batu-batu kerikil kecil yang dilontar. Kemudian
manusia akan dihimpunkan d hadapan Allah SWT untuk dihisab dan menerima balasan
atas segala tindak-tanduknya di dunia.
Timbangan:
Berat atau Ringan
Firman
Allah SWT seterusnya dalam ayat 6 hingga 9, maksudnya:-
“Setelah
berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal
masing-masing). Adapun orang yang berat timbangan amal kebaikannya, maka dia
berada dalam kehidupan yang senang-lenang. Sebaliknya orang yang ringan
timbangan amal kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah ‘hawiyah’.”
Manusia
akan dihadapkan di mahkamah Allah SWT utnuk dikira amalannya di dunia.
Berkaitan dengan timbangan ini, Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan daripada
Saidatina Aishah RA, isteri Nabi SAW, ia berkata:-
“Suatu
hari aku teringat akan kedahsyatan neraka sehingga membuatkanku menangis.
Rasulullah SAW lalu bertanya kepadaku,”Apa yang membuatkanmu menangis?”
Aku
menjawab,”Aku teringat akan neraka, lalu aku menangis. Apakah Rasulullah akan
ingat keluarga Rasullullah nanti pada hari kiamat?”
Rasulullah
SAW menjawab yang bermaksud:-
”Kelak
pada tiga keadaan, maka tidak ada seorang pun yang akan mengingati orang lain;
iaitu (pertama) pada saat timbangan (amal) sehingga ia tahu timbangan
kebaikannya lebih berat atau lebih ringan, (kedua) pada saat buku-buku catatan
amalan berterbangan sehingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya, tangan
kiri atau dari belakangnya, dan (ketiga) pada saat melintasi titian (sirat)
yang terletak di atas punggung neraka sehingga ia melaluinya.”
Hakim
Yang Maha Adil
Berbagai-bagai
hadith Nabi SAW menyebut tentang imbangan ini antaranya adalah sebuah riwayat
daripada Ibn al-Mubarak daripada Salman al-Farisi dalam al-Zuhd katanya:-
“Diletakkan
timbangan pada hari kiamat. Andai langit dan bumi diletakkan di atasnya nescaya
ia cukup luas untuk keduanya. Para malaikat bertanya,”Wahai Tuhan, untuk siapa
timbangan ini?”. Allah SWT menjawab,”Untuk makhluk yang Aku kehendaki.” Para
malaikat berkata, “Maha Suci Engkau, kami belum menyembah-Mu dengan
sebenar-benar ibadah.”
Hadith
ini diriwayatkan oleh al-Hakim dengan marfu’, namun Ibn Rajab dalam Jami’
al-‘Ulum wa al-Hikam berkata:-
“Riwayat
mauquf lebih mashyur.”
Kesimpulan
daripada pelbagai ayat dan hadith yang bercerita tentang timbangan ini, ia
memberikan gambaran bahawa timbangan (mizan) ini ialah suatu alat yang akan
dibawa ke hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat nanti, kemudian digunakan
untuk menimbang secara amat teliti sekecil apa pun perbuatan baik atau buruk
yang dilakukan seseorang. Alat ini memiliki dua bahagia; satu bahagian untuk
diletakkan amal kebaikan dan bahagian lain untuk diletakkan amal keburukan.
Mana-mana bahagian yang lebih berat, maka itulah yang akan menentukan nasib
seseorang.
Inilah
aqidah pegangan majoriti Ahli Sunnah sejak zaman sahabat dan tabi’in. Para
ulama’ menjelaskan bahawa salah satu tujuan didatangkan timbangan tersebut
adalah untuk memperlhatkan kepada manusia keadilan Allah SWT yang sangat tinggi
dan tidak dapat dipertikaikan dalam membalas setiap amal perbuatan mereka di
dunia.
Api
Yang Panas
Allah
SWT meggambarkan dalam ayat ke-9 bahawa tempat kembali para penderhaka ialah
‘hawiyah’. Dalam tafsir al-Alsar, pengarang menyatakan penggunaan neraka juga
dikaitkan sebagai ‘ibu’ kerana para penderhaka akan kembali ke pangkuannya
sebagaimana anak kembali ke pangkuan ibunya.
Dalam
ayat ke-10 pula, uslub istifham (ayat tanya) didatangkan bagi meningkatkan
kesedaran tentang bahayanya api neraka. Firman-Nya yang bermaksud:-
“Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia hawiyah itu?”
Akhirnya
dalam penutup surah ini Allah SWT sendiri menjawab persoalan itu dengan mafhum
firmah-Nya:-
“(Hawiyah
itu ialah) api yang panas membakar.”
Allah
SWT menghendaki daripada manusia agar lebih faham bahawa tiada bahaya yang
lebih memudaratkan berbanding kesengsaraan menjadi ahli dan penghuni neraka.
Semoga
Allah SWT dengan kasih sayang-Nya melindungi dan menyelamatkan kita daripada
kemurkaan-Nya. Berusahalah menyelamatkan dan menjauhkan diri dan ahli keluarga
daripada disentu dan dijamah api neraka.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud:-
“Wahai
orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang
bahan bakarnya ialah manusia” (surah al-Tahrim 66:6)
Wallahu’alam.
Blogger Comment
Facebook Comment