Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Isra’ 17:1
Antara Keimanan Dan Keraguan
Setelah Rasulullah SAW melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj, pada pagi tersebut Baginda SAW menceritakan perkara yang dilaluinya kepada Ummu Hani.
Keesokannya Ummu Hani menceritakan peristiwa tersebut pada pertemuan Quraisy. Apabila mendengar cerita Ummu Hani, mereka bertambah tidak percaya dan semakin menyakiti Baginda SAW.
Berita dan peristiwa ini juga dianggap mustahil oleh para pembesar Quraisy dan mula tersebar melalui mulut ke mulut.

Saidina Abu Bakar RA telah membenarkan berita yang disampaikan oleh Baginda SAW itu tatkala orang lain tidak mempercayainya. Maka sebab itulah beliau digelar dengan gelaran “as-Siddiq”.
Hakikat Kebenaran Rasulullah SAW
Walaupun peristiwa tersebut dianggap satu mimpi dan fantasi oleh kaum Quraisy, Baginda SAW telah membuktikan dakwaannya itu adalah benar:-
- Tatkala Baginda SAW diminta oleh kaumnya untuk menerangkan bentuk Baitulmuqaddis, Baginda SAW dapat menerangkannya dengan tepat dan terperinci sehingga mereka tidak dapat menyangkal kebenaran yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.
- Baginda SAW juga menceritakan kepada mereka berkenaan rombongan dagang yang ditemuinya semasa Baginda SAW pergi dan balik. Baginda SAW malah memberitahu masa rombongan tersebut sampai.
Kebenaran yang diceritakan oleh Baginda SAW itu bagaimanapun tidak membawa apa-apa erti kepada kaum Quraisy yang masih menidakkan kebenaran yang dibawa oleh Baginda SAW.
Mereka inilah golongan yang jahil dan kufur terhadap kebenaran Islam dan Rasul-Nya.
Mereka inilah golongan yang jahil dan kufur terhadap kebenaran Islam dan Rasul-Nya.
Realiti vs Fantasi
Isra’ Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW.
Oleh sebab itu, perjalanannya tidak sama dengan perjalanan menaiki kapal terbang dari Makkah ke Palestin kerana ia merupakan satu perjalanan di luar dimensi.ruang dan waktu.
Oleh sebab itu, perjalanannya tidak sama dengan perjalanan menaiki kapal terbang dari Makkah ke Palestin kerana ia merupakan satu perjalanan di luar dimensi.ruang dan waktu.
Dalam peristiwa ini, Baginda SAW telah dibawa dalam satu perjalanan keluar dari ruang dan waktu dan bukannya perjalanan biasa.
Bagaimanakah caranya Rasulullah SAW keluar dari ruang dan waktu?
Bagaimanakah peristiwa ini dapat difahami dengan jelas?
Bagaimanakah caranya Rasulullah SAW keluar dari ruang dan waktu?
Bagaimanakah peristiwa ini dapat difahami dengan jelas?
Kehidupan normal manusia dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu. Oleh sebab itu, setiap kali ita bercerita mengenai perjalanan ke luar negara, kita selalu akan memikirkan soal jarak dan waktu.
Apabila ada seseorang memberitahu kita bahawa dia telah pergi ke London dari Malaysia dengan hanya mengambil masa satu jam, kita akan mula meragui kenyataannya kerana perjalanan yang biasa kita lalui terbatas dengan jarak dan tempoh masa tertentu.

Situasi yang kita fahami adalah berbeza dengan kisah Isra’ dan Mikraj apabila Rasulullah SAW bersama-sama malaikat Jibril AS dengan menunggang buraq keluar dari dimensi ruang dan sampai ke Masjid al-Aqsa pada masa yang singkat.
Rasulullah SAW tidak bermimpi kerana Baginda SAW dapat menjelaskan dengan terperinci Masjid al-Aqsa dan kafilah yang sedang dalam perjalanan. Baginda SAW dapat melihat rombongan dagang kafilah Makkah itu semasa pergi dan balik, malah dapat memberitahu mengenai seekor unta mereka yang tersesat.
Baginda SAW kemudiannya minum air dari bekas mereka yang tertutup, ketika mereka sedang tidur. Perkara ini menjadi bukti bahawa Rasulullah SAW benar-benar melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj di alam nyata, bukannya mimpi.

Keluar Dari Dimensi Waktu
Rasulullah SAW juga keluar daripada dimensi waktu sehingga dapat menembusi masa, tatkala pabila bertemu dengan beberapa orang Nabi ketika berada di langit pertama hingga ke tujuh.
- Langit Pertama : Nabi Adam AS
- Langit Kedua : Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS
- Langit Ketiga : Nabi Yusuf AS
- Langit Keempat : Nabi Idris AS
- Langit Kelima : Nabi Harun AS
- Langit Keenam : Nabi Musa AS
- Langit Ketujuh : Nabi Ibrahim AS
Selain itu Baginda SAW juga ditunjukkan syurga dan neraka yang merupakan satu alam ghaib yang telah wujud pada masa kini sehinggalah tiba hari kiamat nanti.
Perjalanan Di Luar Dimensi
Bayangkan suatu dimensi alam yang mempunyai bentuk ‘U’ (rujuk gambar). Apabila seseorang berada di alam ‘U’ ini, untuk berjalan dari satu hujung ke hujung yang lain perlu menempuh perjalanan yang jauh.
Namun, apabila seseorang dapat merentas atau keluar daripada dimensi tersebut, maka dia dapat sampai ke destinasi dengan lebih pantas kerana tidak perlu mengelilingi lengkungan ‘U’.
Namun, apabila seseorang dapat merentas atau keluar daripada dimensi tersebut, maka dia dapat sampai ke destinasi dengan lebih pantas kerana tidak perlu mengelilingi lengkungan ‘U’.
Alam Malaikat dan Jin
Alam malaikat dan jin berbeza daripada alam manusia kerana dimensi alam mereka lebih tinggi. Oleh sebab itulah mereka dapat melihat manusia sedangkan manusia tidak dapat melihat mereka, kecuali dengan izin Allah SWT.
Malaikat dan jin juga boleh berada di pelbagai tempat dalam masa yang singkat kerana mereka tidak dibatasi ruang dan masa seperti alam manusia.
Malaikat dan jin juga boleh berada di pelbagai tempat dalam masa yang singkat kerana mereka tidak dibatasi ruang dan masa seperti alam manusia.
Ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj, Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril AS dijemput memasuki dimensi malaikat sehingga Baginda SAW dapat melihat malaikat Jibril AS dalam bentuknya yang asal.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:-
Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:-
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang sebenar) pada waktu yang lain. (Iaitu) di Sidratul Muntaha.”Surah al-Najm 53:13-14
Oleh sebab itu Baginda SAW sudah memasuki dimensi yang lebih tinggi, maka pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain tidak lagi terikat dengan ruang mahupun waktu dari dimensi alam manusia.
Kewajipan Menyakini
Sebagai Muslim, kewajipan kita ialah untuk menyakini peristiwa hebat yang dialami oleh Baginda SAW ini. Ia merupakan satu ujian yang besar bagi umat Islam untuk mempercayai sesuatu yang jauh daripada logik akal jika berfikir sekadar menggunakan satu sudut pemikiran sahaja.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj ini juga menguji kesempurnaan enam rukun Iman yang dipercayai dan amalkan selama ini.
Akhirnya, lihatlah dengan mata hati agar kita dapat melihat sesuatu yang lebih bermanfaat dan bermakna.
Akhirnya, lihatlah dengan mata hati agar kita dapat melihat sesuatu yang lebih bermanfaat dan bermakna.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment