Terdahulu telah dijelaskan bahawa Allah SWT menyuruh para malaikat sujud kepada Adam sebagai suatu penghormatan dan mereka memenuhi arahan tersebut.
Namun hanya iblis yang menolak untuk sujud.
Iblis dengki dan menanam benih permusuhan kepada Adam.
Akibat daripada perbuatannya itu, ia dihalau keluar dari syurga.
Namun hanya iblis yang menolak untuk sujud.
Iblis dengki dan menanam benih permusuhan kepada Adam.
Akibat daripada perbuatannya itu, ia dihalau keluar dari syurga.
Dalam sebuah hadith riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Apabila anak Adam membaca (ayat sajdah) lalu ia sujud, maka syaitan lari sambil menangis.
Dia berkata:
‘Sungguh celaka aku!Anak Adam diperintahkan untuk sujud, dia sujud maka baginya pahala syurga.Manakala ketika aku diperintahkan untuk sujud, aku menentang.Maka nerakalah habuanku’”
Adam AS diciptakan pada hari Jumaat dan dikeluarkan dari syurga pada hari Jumaat juga sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadith riwayat Muslim.
Namun ulama’ berbeza pandangan berkenaan masa di syurga sama ada seperti putaran hari-hari di dunia atau tidak.
Namun ulama’ berbeza pandangan berkenaan masa di syurga sama ada seperti putaran hari-hari di dunia atau tidak.
Jika disebut dalam hadith di atas bahawa Nabi Adam AS keluar dari syurga pada hari dia dimasukkan, maka menurut Imam Ibn Kathir dalam Qasas al-Anbiya’ bahawa perhitungan hari hanya ada tujuh sebagaimana sedia ada sekarang.
Ini bererti penciptaan Nabi Adam AS menggunakan perhitungan hari yang berlaku di dunia.
Ini bererti penciptaan Nabi Adam AS menggunakan perhitungan hari yang berlaku di dunia.
Ibn Jarir mengatakan bahawa Nabi Adam AS diciptakan pada akhir waktu hari Jumaat.
Satu masa di sana perhitungannya sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Sebelum ditiupkan roh ke dalam dirinya, dia dibiarkan dalam rupa tanah lumpur yang berbentuk selama 40 tahun. Nabi Adam AS tinggal di syurga (sebelum turun ke bumi) selama 43 tahun 4 bulan.
Wallahu a’lam.

Dikatakan bahawa Nabi Adam AS apabila menjejakkan kakinya ke bumi, kepalanya masih ada di langit, maka Allah SWT menurunkan ketinggiannya sehingga menjadi 60 hasta.
Namun kalau kita lihat hadith sahih, Allah SWT memang menciptakan Nabi Adam AS setinggi 60 hasta.
Hal ini sebagaimana yang disebut dalam hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Allah menciptakan Adam tingginya mencapai 60 hasta.
Sesudah itu penciptaan makhluk tidak henti-henti berkurangan tingginya hingga sekarang.”
Riwayat ini menunjukkan bahawa ketinggian Nabi Adam AS adalah seperti itu, tidak lebih 60 hasta, sedangkan anak cucunya mengalami penurunan ketinggian berterusan sehingga sekarang.
Adam dan Hawa Di Bumi
Disebutkan dalam Qasas al-Anbiya’, Ibn Jarir mengatakan satu riwayat yang diterima daripada Ibn Abbas bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Wahai Adam!
Sesungguhnya Aku memuliakan tempat yang berhadapan dengan Arasy-Ku.
Pergilah kamu dan bangunkanlah di sana sebuah bait (rumah).Bertawaflah kamu di sana sebagaimana para malaikat bertawaf pada Arasy-Ku.”
Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menunjukkan Nabi Adam AS tempat yang dimaksudkan. Baginda AS juga diajar cara-cara manasik (ibadat).
Diterangkan bahwa setiap langkah yang dilakukan Adam AS sesudah itu akan menjadi kaedah taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Diterangkan bahwa setiap langkah yang dilakukan Adam AS sesudah itu akan menjadi kaedah taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dan disebutkan lagi bahawa jenis makanan yang pertama sekali dimakan Nabi Adam AS di bumi adalah sejenis gandum yang dibawa oleh malaikat Jibril.
Baginda AS bertanya:-
Baginda AS bertanya:-
“Apakah ini?”
Malaikat Jibril menjawab:-
“Ini berasal daripada pepohon yang pernah dilarang untukmu, tetapi kamu memakannya.”
Nabi Adam AS bertanya kembali:-
“Apakah yang harus aku lakukan dengan bijirin ini?”
Malaikat Jibril menjawab:-
“Taburkan ia di bumi.”
Maka Nabi Adam AS mengikut petunjuk malaikat Jibril. Baginda AS menabur biji-biji gandum tersebut.
Setiap biji (benih) menghasilkan tangkai yang berisi lebih daripada 100 ribu biji. Setelah tumbuh dan berbuah, Nabi Adam AS menuainya. Kemudian digiling, dimasak dan diadun sehingga menjadi roti.
Setelah melalui proses yang panjang dengan kesulitan dan kesukaran, barulah Nabi Adam AS boleh memakannya.
Setelah melalui proses yang panjang dengan kesulitan dan kesukaran, barulah Nabi Adam AS boleh memakannya.
Berkenaan pakaian yang dipakai oleh Nabi Adam AS, mula-mula Baginda AS mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bulu biri-biri, kemudian berlaih menggunakan pakaian yang diperbuat daripada bulu kijang.
Baginda AS menenun bulu-bulu tersebut lalu dijadikan jubah.
Untuk Hawa, dibuat baju panjang dan kain penutup.
Baginda AS menenun bulu-bulu tersebut lalu dijadikan jubah.
Untuk Hawa, dibuat baju panjang dan kain penutup.
Para ahli sejarah berbeza pandangan mengenai anak yang dilahirkan mereka – adakah sewaktu di syurga mereka sudah melahirkan anak atau sebaliknya.
Ada yang berpandangan bahawa Nabi Adam AS dan Hawa tidak menghasilkan anak (keturunan) kecuali setelah berada di bumi. Adapun yang lain mengatakan, sewaktu berada di syurga, Nabi Adam AS dan Hawa sudah pun mempunyai anak.
Anak itu bernama Qabil dan saudara perempuannya.

Para ulama menyebut bahawa setiap kali Hawa hamil, maka anak yang lahir adalah kembar berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Nabi Adam AS diperintahkan supaya menikahkan anak secara bersilang.
Pasangan lahir pertama dengan pasangan lahir sesudahnya. Tidak halal menikahkan anaknya yang lahir sepasang (lelaki dan perempuan) dengan pasangan kembarnya.
Pasangan lahir pertama dengan pasangan lahir sesudahnya. Tidak halal menikahkan anaknya yang lahir sepasang (lelaki dan perempuan) dengan pasangan kembarnya.
Antara Gunung India Dan Makkah
Menurut Dr. Hamid Ahmad al-Tahir dalam kitab beliau Qasas al-Anbiya’ Li al-Atfal, ketika Nabi Adam AS turun ke bumi di atas kepalanya terdapat sebuah mahkota yang diperbuat daripada kayu sebuah pohon dari syurga, Baginda AS mendapati dirinya berada di puncak gunung (dipercayai lokasinya di India).
Baginda AS menoleh ke kanan dan ke kiri, melihat di sekeliling dan melepaskan pandangan ke arah ufuk, namun Baginda AS tidak menemui apa pun kecuali hamparan bumi dan langit sehingga Baginda AS merasa ketakutan.
Baginda AS mengingat kembali akan syurga, tempat yang sangat bahagia, namun sekarang telah dikeluarkan dari syurga itu dan tidak tahu apa yang patut dibuat.
Baginda AS mengingat kembali akan syurga, tempat yang sangat bahagia, namun sekarang telah dikeluarkan dari syurga itu dan tidak tahu apa yang patut dibuat.
Baginda AS lalu teringat akan Hawa. Di manakah dia sekarang?
Baginda AS rindu untuk bertemu Hawa. Harapan Baginda AS agar dapat bertemu Hawa kembali.
Nabi Adam AS mula turun ke puncak gunung dan terus berusaha mencari Hawa, namun Baginda AS tidak juga menemui jejak Hawa. Sebenarnya, Hawa berada di tempat yang jauh iaitu di Makkah.
Ia mendapati dirinya sangat kesunyian kerana tidak ada Nabi Adam AS untuk bercakap. Tidak ada manusia lagi di bumi selain Nabi Adam AS yang terpisah, kesunyian serta angkasa yang terbentang luas.
Ia mendapati dirinya sangat kesunyian kerana tidak ada Nabi Adam AS untuk bercakap. Tidak ada manusia lagi di bumi selain Nabi Adam AS yang terpisah, kesunyian serta angkasa yang terbentang luas.
Seruan Haji
Hawa berjalan ke sana dan ke mari mencari Nabi Adam AS, namun tidak juga bertemu. Kini tidurlah Hawa di Makkah dan Nabi Adam AS di India.
Waktu siang mula menggantikan malam.
Matahari di langit mula menampakkan cahayanya. Nabi Adam AS kemudian bangun dari tidurnya untuk menyaksikan subuh yang pertama kali dirasai di muka bumi. Baginda AS mengamati matahari yang sedang memancarkan sinarnya.
Adapun mahkota yang dipakai Baginda AS kini telah mejadi kering sehingga daunnya mulai berguguran. Dedaun yang menghiasi kepala Nabi Adam AS mula jatuh ke bumi sehingga tumbuhlah wewangian di bumi India.

Nabi Adam AS pergi menelusuri hamparan bumi yang amat luas dan Baginda AS tidak melihat selain daripada diri Baginda AS hinggalah Baginda AS berkata:-
“Wahai Tuhan, tidak adakah orang lain di bumi ini yang menyucikan-Mu dan memuji-Mu selain diriku?”
Lalu kedengaran suara berkata kepada Nabi Adam AS:-
“Aku akan menjadikan bumi ini anak-anakmu dan keturunanmu yang akan bertasbih dan menyucikan-Ku, dan Aku akan menjadikan rumah-rumah di mana orang beriman akan selalu mengingati-Ku.
Salah satunya, Aku akan menjadikan sebuah rumah yang akan Aku namakan dengan nama-Ku (Baitullah).Aku akan menjadikannya sebagai tanah suci yang aman.Aku akan menjadikannya sebagai rumah yang pertama kali dibangunkan untuk manusia, di mana mereka datang ke rumah tersebut dari berbagai-bagai tempat.Mereka semua bertasbih dengan memuji-Ku dan mereka mengucapkan kalimah sambutan (Labbaik Allahumma Labbaik).Sesiapa yang datang ke rumah itu dengan maksud untuk menunaikan haji, maka ia adalah tetamu-Ku, dan wajib bagi al-Karim (Zat Yang Mulia) untuk memuliakan tetamu-Nya.Engkau akan meramaikannya, wahai Adam AS.Begitu juga para Nabi dan umat setelahmu.”
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment