Tidak cukup dengan lima tahun pengajian, para doktor perlu menjalani latihan housemanship selama dua tahun di bawah seliaan pakar, bagi membolehkan mereka benar-benar menguasai ilmu perubatan.
Setelah berjaya menamatkannya, barulah mereka akan diserap sebagai pegawai perubatan.
Setelah berjaya menamatkannya, barulah mereka akan diserap sebagai pegawai perubatan.
Proses penimbaan ilmu tidak akan berhenti di situ.
Pada setiap minggu, mereka perlu menghadiri program pembelajaran Continues Medical Education (CME) bagi mengetahui perkembangan terbaru dalam dunia perubatan.
Untuk memanjat tangga kepakaran, para doktor perubatan perlu menambah pembelajaran empat tahun lagi. Pembelajaran ilmu dimatangkan dengan menelaah pelbagai laporan kajian dan juga pengalaman klinikal.

Kemudian, mereka akan menyambung sub-kepakaran jika mahu menjadi lebih pakar. Dalam proses itu, tidak sedikit buku yang dibaca dan penulisan ilmiah yang dihasilkan. Segalanya bagi memastikan kesihatan ummah terjaga dan pelbagai penyakit dapat dirawat.
Berdasarkan proses di atas, mari kita bandingkan dengan ilmuwan agama. Ini kerana tugasan dan peranan doktor sama nilaiannya dengan agamawan. Doktor merawat penyakit lahiriah manakala agamawan merawat penyakit rohaniah.
Namun, sejauh mana golongan agama mengalami proses pematangan ilmu sebagaimana doktor perubatan?
Sejauh mana golongan agama menelaah hasil kajian terbaharu tentang ilmu Islam setiap minggu?
Berapa ramaikah yang menyambung pengajian untuk lebih mendalami ilmu agama?
Berapa banyakkah buku turath (klasik) dan kontemporari yang dirujuk dalam usaha menjawab persoalan masyarakat sekitarnya?
Selanjutnya, bagaimanakah boleh seorang graduan pengajian Islam berasa cukup dengan ilmu yang ditimba selama tiga atau empat tahun dan kemudian terjun ke dalam masyarakat tanpa berusaha menambah ilmu di dada selepas konvokesyen?
Bagaimanakah mereka boleh menyelesaikan masalah umat jika tidak konsisten menelaah samudera khazanah ilmu Islam yang luas ini?
Sebenarnya, perkara yang sama perlu difikirkan oleh masyarakat awam.
Tanggungjawab mempelajari ilmu agama bukan terletak di bahu orang agama sahaja. Setiap Muslim perlu mempelajari agamanya agar keimanan benar-benar berada atas landasan kefahaman yang tepat.
Sekurang-kurangnya, semua ilmu agama yang berkaitan dengan aktiviti seharian dapat dipelajari dengan sebaik-baiknya. Kemudian, pembelajaran bolehlah dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama yang luas ini.

Pokoknya, setiap Muslim perlu berilmu dan terus segar mencari ilmu. Inilah tradisi para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan juga para ulama yang soleh. Dengan ilmu yang dimiliki, kita dituntut untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Tingkatkan Ilmu
Cabarannya pada dunia moden hari ini, ramai yang tidak dapat menyediakan masa untuk memantapkan kefahaman ilmu agama kerana komitmen kerjaya, keluarga dan masyarakat. Namun, mari renungi bersama.
Kita boleh menghadiri pelbagai kursus soft skill untuk meningkatkan kualiti kerja dan keupayaan diri, tetapi berkira-kira untuk menghadiri majlis ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman terhadap agama dan juga mengukuhkan iman kita.

Adakah kita lebih selesa melakukan ibadah seperti solat dengan berbekalkan ilmu yang diperoleh sewaktu sekolah rendah, sedangkan persoalan dan cabaran berkaitan solat kian berkembang seiring dengan usia kita?
Tip Daripada Sunnah
Kesempurnaan kehidupan beragama bermula dengan ilmu. Persoalannya kini, bagaimanakah untuk lebih efekif dalam mempelajari ilmu agama?
Beberapa panduan daripada sunnah boleh diteliti.
#1 Sinergi dengan rakan dalam perkongsian ilmu
Kehidupan hari ini mungkin menyukarkan kita untuk menghadiri majlis ilmu atas beberapa halangan dan komitmen lain. Bagi mengatasi masalah ini, Saidina Umar al-Khattab telah memberikan contoh yang baik.
Beliau bergilir-gilir dengan jirannya, seorang lelaki Ansar untuk menghadiri majlis ilmu Rasulullah SAW memandangkan beliau mempunyai komitmen dalam perniagaannya. Jika Umar yang menghadiri majlis ilmu Rasulullah SAW, dia akan menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada jirannya.
Begitulah juga sebaliknya.

(Rujukan: Hadith Riwayat al-Bukhari no. 89)
Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath-al-Bari mengulas hadith ini:-
“Seorang penuntut ilmu tidak boleh lalai dalam memerhatikan perkara yang terjadi dalam kehidupannya, dengan meminta bantuan orang lain untuk membantunya menuntut ilmu dan disertai dengan keinginan yang kuat untuk bertanya tentang ilmu yang diberikan sewaktu dia tidak dapat menghadiri majlis ilmu, sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar RA.
Beliau tidak mungkin menghadiri seluruh majlis ilmu Rasulullah SAW kerana beliau seorang pedagang.”
Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, jilid 1, halaman 86
Kehidupan para sahabat juga seperti manusia normal dan perlu bersikap realistik dan membahagikan komitmen antara mempelajari agama dan fokus kepada pekerjaan dengan sebaiknya.
Ini sebagaimana kenyataan Abu Hurairah berikut:-
Ini sebagaimana kenyataan Abu Hurairah berikut:-
“Sesungguhnya saudara kita daripada kalangan Muhajirin disibukkan dengan urusan perdagangan mereka di pasar dan saudara kita disibukkan dengan menguruskan harta.”Hadith Riwayat al-Bukhari no. 118
Saidina Umar al-Khattab sudah menunjukkan model cara untuk memanfaatkan peluang ilmu yang ada.
Tindakannya membuka jalan kepada orang yang tidak tahu meluangkan masa untuk ilmu agama.
Hadith di atas juga memberi pedoman kepada kita agar komunikasi sesama orang di sekeliling perlulah berbau ilmu dan tidak tertumpu kepada cerita kosong, lagha dan hal keduniaan sahaja.
Jika tidak mampu menyampaikan, maka manfaatkanlah kecanggihan teknologi rakaman audio dan video yang dapat merekodkan ilmu dengan lebih baik agar dapat dikongsi dengan orang lain.

#2 Menganjurkan majlis ilmu dalam lingkungan pengaruh yang dimiliki
Jika tidak dapat menghadiri majlis ilmu anjuran pihak lain, maka anjurkanlah majlis ilmu dalam lingkungan pengaruh kita. Setiap daripada kita mempunyai pengaruh, iaitu sekurang-kurangnya di peringkat keluarga.
Jemputlah guru yang boleh mengajar, membetulkan kefahaman dan menjernihkan kekeliruan. Perkara ini dilakukan oleh kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW.
Jemputlah guru yang boleh mengajar, membetulkan kefahaman dan menjernihkan kekeliruan. Perkara ini dilakukan oleh kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa wanita berkata kepada Nabi SAW:-
“Apabila engkau telah habis mengajar kaum lelaki, maka sediakanlah satu hari untuk mengajar kami.”
Maka Baginda SAW pun menetapkan satu hari untuk kaum wanita.
Pada hari tersebut Baginda SAW dapat menemui kaum wanita dan memberikan nasihat kepada mereka.
Hadith Riwayat al-Bukhari no. 101
Wanita Madinah bersemangat mempelajari masalah agama sehingga meminta Nabi SAW membuat jadual pengajian untuk mereka. Dalam teks hadith yang lain, Nabi SAW meminta wanita sahabat Nabi SAW itu berkumpul di sebuah rumah sebagai tempat pengajian di mana Baginda SAW datang dan mengajar di situ.
Makmurkan rumahtangga dengan perbincangan ilmu. Malahan, majlis ilmu di rumah ialah ruang untuk memberi sebarang teguran dan nasihat kepada ahli keluarga tentang beberapa isu yang mungkin sukar diluahkan pada waktu yang lain.
Konteks yang sama juga terpakai dalam organisasi.
Konteks yang sama juga terpakai dalam organisasi.
#3 Meruntuhkan benteng malu
Malu ialah penghalang ilmu untuk sampai ke dalam hati. Malu menyebabkan tiada soalan dapat dikemukakan kepada guru. Malu menyebabkan kekeliruan tentang agama tidak dapat dirungkaikan.
Masyarakat kita masih malu bertanya.
Hatta pelajar cemerlang yang dihantar ke luar negara untuk belajar di negara Arab dan Barat juga masih malu bertanya. Mungkin masyarakat Muslim di negara ini tidak berfikiran kritikal. Akibatnya, agama tidak dapat difahami dengan baik dan tepat.

Ini berbeza dengan wanita Ansar di Madinah.
Saidatina Aisyah RA berkata:-
Saidatina Aisyah RA berkata:-
“Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar, sebab rasa malu tidak menghalang mereka untuk mendalami ilmu agama.”Hadith Riwayat al-Bukhari, jilid 1, halaman 60
Islam meliputi setiap ruang kehidupan. Sudah pasti akan muncul pelbagai isu dan masalah yang memerlukan penjelasan. Contohnya, Ummu Salamah pernah bertanya tentang mimpi basah dalam kalangan kaum wanita kepada Rasulullah SAW.
Lebih menjadi masalah apabila guru agama sendiri malu-malu dalam menerangkan hukum-hakam yang dianggap tabu oleh masyarakat.
“Cakap berlapik” seringkali digunakan.
Akibatnya ia hanya mendatangkan kekeliruan dan salah faham.
Malahan, ada pula guru agama yang malu menerangkannya lalu tidak mengajarkan topik-topik berkaitan.
Sedangkan para ulama’ menulis tentang perkara tersebut dengan jelas dan terang dalam kitab-kitab mereka.

Ada pihak yang berhujah bahawa tidak boleh banyak bertanya dalam belajar agama.
Akibatnya, kelas pengajian agama menjadi pasif dan tidak membina kefahaman yang tepat. Jika diteliti, para sahabat dan isteri Rasulullah SAW banyak bertanya dalam memahami sesuatu ayat al-Quran atau sabda Baginda SAW sendiri.
Rasulullah SAW melayan dan menjawab setiap soalan mereka tanpa meminta mereka berhenti bertanya. Tegahan terhadap sikap banyak mempersoalkan itu adalah untuk golongan yang menolak kebenaran, iaitu golongan yang bertanya untuk mempertikaikan dan enggan mentaati.

Ini ditegaskan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari iaitu:-
“Dalil yang mencela orang yang mempersoalkan beberapa perkara yang tidak jelas adalah khusus ditujukan kepada orang yang melakukannya kerana ingin menolak kebenaran.”
Itulah maksud firman Allah SWT:-
“Adapun orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikut sebahagian ayat yang mutasyabihat (samar-samar) untuk menimbulkan fitnah.”Surah Ali ‘Imran 3:7
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menuntut ilmu dengan ikhlas ialah suatu ibadah yang disukai Allah SWT.
Alangkah ruginya jika kita hanya mampu menuntut ilmu kala usia tua setelah bersara, tetapi tidak memanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda.
Sedangkan sepanjang hidup ini, kita memerlukan panduan agama untuk memipin diri.

Jangan sampai rasa tersindir apabila orang terkejut apabila kita tidak tahu perkara asas dalam Islam.
Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri yang menegur kesalahan kita dalam beragama.
Belajarlah tentang agama sepanjang hayat kita.
Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri yang menegur kesalahan kita dalam beragama.
Belajarlah tentang agama sepanjang hayat kita.
Dengan mempelajari agama, kita akan dianugerahkan kefahaman dalam beragama. Kefahaman itu menjadi tiket untuk kita mendapat kebaikan daripada Allah SWT.
Bayangkan jika sepanjang hidup, kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah SWT.
Rasulullah SAW memaklumkan kepada kita mafhumnya:-
Bayangkan jika sepanjang hidup, kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah SWT.
Rasulullah SAW memaklumkan kepada kita mafhumnya:-
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.”Hadith Riwayat al-Bukhari
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment