Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang dibekalkan Allah SWT sebuah kitab panduan terhebat dan teragung; al-Quran al-Karim.
Tiada alasan yang boleh dikemukakan oleh ummah ini untuk tidak menjadi golongan insan rabbani lagi mulia, jika dilihat kepada anugerah hidayah, iman dan taqwa yang dijanjikan Allah SWT kepada setiap manusia yang berusaha meraih keredhaan-Nya.
Namun, atas kelemahan diri dan kecundang kepada tipu daya syaitan laknatullah, ia menjadi sebab utama kegagalan manusia menemui jalan kembali kepada Allah SWT.
Lantas, ummah ini dianugerahkan kesempatan menebus dirinya dengan kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh setiap Mukmin yang cinta akan Allah SWT.
Ibarat sebuah oasis atau wadi di tengah gurun yang kering, kedatangan Ramadhan menyediakan sebuah sesi perkhemahan atau akademi ibadah yang menyembuhkan luka jiwa dan raga selama ini berjuang melawan arus kehidupan.

Bermula dari ayat 183 hingga ayat 188, surah al-Baqarah, ibadah puasa yang dikhususkan sepanjang bulan Ramadhan, diperjelaskan maksud dan tujuan serta saranan-saranan yang seharusnya diikuti bagi meraih semaksimum boleh iktibar dan hikmah di sebalik ibadah yang menjadi rukun Islam yang ketiga itu.
Latihan Mengawal Nafsu
Dalam artikel ini, saya ingin menarik perhatian pembaca sekalian kepada sebahagian ayat ke-187 dalam surah al-Baqarah yang membawa mafhum:-
“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan perempuan (isteri) kamu.
Mereka ialah pakaian bagimu, dan kamu ialah pakaian bagi mereka.Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu dan memaafkan kamu.Maka, sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang ditetapkan Allah bagimu.”
Secara umumnya, ibadah puasa sering dianggap sebagai satu sesi latihan intensif mengawal nafsu dan syahwat, mengekang keinginan dan kebiasaan demi mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Bermula dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari, orang yang berpuasa ditegah daripada melakukan perbuatan rutin yang sudah sebati dengan runtunan hawa nafsu dan kehidupannya seperti makan dan minum, bersetubuh, bercakap kosong, membuang masa dan lain-lain.

Logik akal manusia yang dangkal ini mungkin sekali menyimpulkan, sekiranya ada individu yang mahu mendapatkan ganjaran maksimum pada bulan Ramadhan yang mulia ini, seseorang itu harus berpuasa selama mungkin, tidak makan, minum apatah lagi bersetubuh dengan suami isteri sepanjang tempoh sebulan ini.
Tentulah juga janggal apabila membaca ayat 187 yang diperturunkan mafhumnya seperti di atas tadi, berada di celah ayat-ayat yang menghuraikan mengenai perintah ibadah puasa.
Mungkin kita bertanya-tanya, mengapa Allah SWT menyelitkan aspek hubungan kelamin dalam segmen ini, malahan memberikan huraian lanjut perihal bandingan suami dan isteri ibarat pakaian yang menyelimuti tubuh badan masing-masing.

Pakaian Terindah Buat Pasangan
Ulama' tersohor Nusantara, Almarhum Profesor Dr. Hamka menulis dalam Tafsir al-Azhar nukilannya, mengenai kisah yang berlaku sebelum turunnya ayat 187 ini.
Pada peringkat awal perintah puasa dilaksanakan, ramai para sahabat Rasulullah SAW yang beranggapan puasa itu mesti diteruskan pada waktu malam dengan tidak boleh menyetubuhi isteri masing-masing. Malahan ada juga yang mencuba berpuasa terus-menerus tanpa berbuka dan bersahur.
Saidina Umar al-Khattab RA, sebagai seorang yang berfikiran kritis merasakan tidak mungkin Islam sebagai agama rahmat begitu memberati, keras dan rigid terhadap manusia sedemikian rupa, sehingga nafsu kelamin juga mesti dikekang pada malam hari sepanjang bulan puasa.
Maka pada suatu malam, beliau mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dan pergi menemui Rasulullah SAW pada waktu siangnya untuk bertanyakan kemusykilan mengenai perkara tersebut.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir Abi Hatim daripada Ibn Abbas, apabila Saidina Umar al-Khattab RA datang meminta penjelasan daripada Rasulullah SAW, maka turunlah permulaan ayat 187, surah al-Baqarah tersebut.

Tidak cukup dengan penjelasan bahawa hubungan kelamin dihalalkan pada waktu malam bulan puasa, ayat 187 surah al-Baqarah ini juga mengandungi perumpamaan yang amat indah dalam menggambarkan peranan seorang suami atau isteri terhadap pasangan masing-masing.
Profesor Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya, Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (Fatwa-Fatwa tentang Wanita Muslimah) menghuraikan beberapa makna “libasa” dalam ayat tersebut sebagai penutup, pemelihara, pemanas, pembalut, perhiasan dan kecantikan.
Sehubungan dengan ini, jelas bahawa lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah yang mencerminkan imej, identiti dan citra pasangan masing-masing.

Tentu sekali tidak masa yang paling sesuai untuk membuktikan kebenaran perumpamaan tersebut melainkan dalam sesi “perkhemahan” ibadah selama sebulan dalam bulan Ramadhan ini, seolah-olah Ramadhan bukan hanya menjadi oasis tempat seseorang individu Muslim mendapatkan seteguk air minuman yang nyaman dan penghilang dahaga selepas lama bermusafir di gurun kehidupan yang gersang.
Malahan Ramadhan juga berfungsi sebagai “bengkel” atau workshop yang memperbaiki hubungan suami isteri, agar suasana rumah tangga kembali hangat dengan kemesraan, kasih sayang, keamanan, kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan.
Program Perkhemahan Sepanjang Ramadhan
Saya yakin, bagi sesiapa yang berazam untuk menghayati bulan Ramadhan, akan merasakan serba sedikit kelainan sebaik sahaja bulan mulia itu menjengahkan wajahnya. Dalam sebulan tumpuan umat Islam lebih kepada aktiviti ibadah dan kekeluargaan.
Seawal pagi, suami mengejutkan isteri untuk bangun menyediakan makanan sahur.
Anak-anak dibangunkan daripada tidur, dengan seribu satu kerenah yang sering menguji kesabaran ibu bapa. Selepas azan Subuh berkumandang, sang suami dan isteri beriringan ke masjid atau surau menunaikan solat Subuh berjemaah. Tadarus al-Quran dilakukan bersama-sama, sebelum bersiap untuk pergi bekerja.
Di pejabat, mereka tekun bekerja melaksanakan amanah dan tanggungjawab, waktu rehat sebentar digunakan untuk solat Zuhur. Bermula jam 4.30 petang, ramai yang bergegas pulang awal, menyediakan diri untuk berbuka bersama keluarga.
Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, seisi keluarga sudah berkumpul di keliling meja, menjamah rezeki berbuka yang diperuntukkan Allah SWT buat mereka, selepas doa memohon keberkatan dan rahmat dipanjatkan bersama.
Juadah disantap penuh kesyukuran, senda gurau dan gelak ketawa.
Alangkah bahagianya keluarga Muslim yang sedang membaja iman dan menyemai taqwa sepanjang bulan yang mulia ini. Cinta kembali segar berputik, dilimpahi sejuta kesyukuran atas nikmat iman dan Islam.
Lenyaplah perasaan bosan dan jemu mungkin telah mula bersarang, dek kelainan aktiviti keluarga yang dijalankan sepanjang Ramadhan. Ditambah dengan rahmat yang diturunkan Allah SWT atas setiap umat Islam yang berusaha mentaati perintah-Nya.

Kembali Kepada Fitrah Berkasih Sayang
Tidak mustahil sama sekali, perasaan cinta yang kembali segar juga mewujudkan bibit kemesraan antara pasangan suami isteri yang telah sekian lama melayari bahtera rumah tangga.
Berpandukan iman yang menebal, kedua-dua belah pihak mengambil kesempatan Ramadhan untuk memperbaiki akhlak dan perlakuan yang terpuji sebagaimana yang disarankan oleh Allah SWT dalam bulan bonus ini.
Prasangka buruk dan sakit hati ditangani sebijak mungkin, seolah-olah Ramadhan menjadi bulan “gencatan senjata” bagi pasangan yang selalu berkonflik, berselisih faham dan bertelingkah.

Tidak hairan juga sekiranya kedua-dua suami isteri benar-benar menghayati pengertian dalam ayat 183-188 dalam surah al-Baqarah, mereka pasti mampu menterjemahkan perbandingan “libasa” dengan penuh keinsafan dan azam.
Natijahnya, semakin indah hubungan kasih sayang berdasarkan iman dan taqwa yang diharapkan mampu meraih redha Allah SWT, dan dijanjikan kehidupan bersama lagi sebagai pasangan di jannah Allah SWT nanti.
Betapa bijak-Nya Allah SWT mengatur kehidupan manusia yang merupakan makhluk ciptaan-Nya yang unik.

Ambillah peluang kehadiran Ramadhan ini untuk kembali kepada fitrah berkasih sayang, berkorban dan mengotakan segala janji kepada Ilahi.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment