Suatu yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kanak-kanak merupakan orang yang paling gembira apabila tiba Hari Raya. Benarlah, Hari Raya memang diiktiraf sebagai hari bergembira bukan sahaja bagi kanak-kanak bahkan bagi seluruh umat Islam.
Dalam hadith sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-
“Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan sewaktu bertemu dengan Tuhannya.”Hadith Riwayat Muslim, no. 2763, jilid 7, halaman 273
Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang berpuasa akan bergembira ketika waktu berbuka puasa.
Mana tidaknya, bermula daripada waktu pagi kita berpenat lelah menahan lapar dan dahaga. Apabila tiba waktu Maghrib, kita dibenarkan makan semula. Apatah lagi selepas selesai sebulan berpuasa, maka kita pun berhari raya.
Tambahan pula, makan pada 1 Syawal mendapat pahala dan berpuasa pada Hari Raya Pertama ini pula mendatangkan dosa.
Tambahan pula, makan pada 1 Syawal mendapat pahala dan berpuasa pada Hari Raya Pertama ini pula mendatangkan dosa.
Hari Raya Hari Gembira
Hari Raya merupakan hari yang diharuskan untuk kita bersuka ria dan menzahirkan kegembiraan.
Mengapa?
Kerana nikmat Allah SWT yang menyempurnakan puasa kita selama sebulan. Mudah-mudahan maqasid atau tujuan utama puasa tercapai iaitu menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Namun para ulama' sering mengingatkan ketika bergembira dan bersuka ria menyambutnya, perlu dikawal dan dijaga batasannya. Kadangkala, dek kerana terlalu ingin bersuka ria, maka pahala yang dikumpulkan sepanjang bulan Ramadhan boleh dirosakkan dengan dosa pada Hari Raya.
Memang Islam membenarkan kita bersuka ria, sebagai contoh dibenarkan nyanyian yang baik iaitu nyanyian yang tidak mendorong kepada fitnah akal dan akhlak.
Memang Islam membenarkan kita bersuka ria, sebagai contoh dibenarkan nyanyian yang baik iaitu nyanyian yang tidak mendorong kepada fitnah akal dan akhlak.
Nyanyian yang tidak wujud unsur-unsur pergaulan bebas, lucah atau mendorong nafsu. Nyanyian tersebut hendaklah berunsur ketuhanan, perjuangan Islam dan lain-lain hal yang dibenarkan syarak. Sebab itu, Nabi Muhammad SAW membenarkan Saidatina Aishah RA mendengar nyanyian pada Hari Raya.
Tatkala Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA cuba mengingkari perbuatan tersebut, Rasulullah SAW mejelaskan bahawa hari tersebut ialah Hari Raya dan setiap kaum mempunyai perayaannya tersendiri.
Dalam satu riwayat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Dalam satu riwayat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Supaya orang Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita adanya kelapangan.”Hadith Riwayat Ahmad
Ini menunjukkan kegembiraan yang berada dalam lingkungan batasan syarak, ia tidak dilarang, jika perilaku kita terkeluar daripada adab-adab murni Islam, maka inilah yang sangat dilarang dalam Islam.
(Rujukan: Fatawa al-Azhar, jilid 9, halaman 78)
Jangan Rosakkan Pahala Puasa dengan Dosa pada Hari Raya
Sebagaimana yang telah ditegaskan bahawa puasa disyariatkan untuk mencapai maqasid taqwa, jadi Hari Raya hendaklah menjadi penyempurna kepada matlamat tersebut. Apa yang menyedihkan kita ialah segelintir manusia melakukan banyak kesalahan pada Hari Raya.
Kesalahan tersebut menyebabkan maqasid puasa iaitu mencapai taqwa menjadi punah ranah.
Kesalahan tersebut menyebabkan maqasid puasa iaitu mencapai taqwa menjadi punah ranah.
Amalan yang dibenarkan dalam agama menjadi rosak kerana dosa yang dilakukan.
Sebagai contoh, menziarahi sanak saudara pada musim perayaan merupakan amalan yang digalakkan.
Namun ia kadangkala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwininya sekalipun wanita tersebut sepupunya atau iparnya.
Namun ia kadangkala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwininya sekalipun wanita tersebut sepupunya atau iparnya.
Contoh yang lain, takbir yang disunatkan pada Hari Raya digantikan dengan nyanyian dan tontonan hiburan melampaui batas dalam kaca televisyen.
Ke mana perginya sunnah takbir?
Kalau dahulu, takbir raya berkumandang di masjid-masjid pada malam raya, kini ramai daripada kalangan kita hanya menunggu takbir di celah-celah rancangan dan hiburan yang menjadi hidangan malam raya. Sepatutnya, takbir sentiasa berkumandang di rumah-rumah orang Islam.
Begitu juga, pada Hari Raya wanita keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya serta mendengar khutbah, namun terjebak dalam larangan tabarruj (berhias melampaui batas).
Ada yang memakai pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak kurang juga tidak sempurna penutupan aurat rambutnya.
Ada yang memakai pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak kurang juga tidak sempurna penutupan aurat rambutnya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat ke-33 yang bermaksud:-
“Dan hendaklah kamu sentiasa berada di rumah kamu serta janganlah kamu berhias diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliyah zaman dahulu.”
Justeru, menjadi tugas wajib buat ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak-anak gadis mereka tidak melanggar perintah Allah SWT pada Hari Raya.
Syawal Pelengkap Ramadhan
Jika kita bermuhasabah dan merenung sejenak, adakah kita dapat melihat manusia yang masih berpuasa selepas Ramadhan?
Adakah hanya pada bulan Ramadhan sahaja mereka berpuasa?
Apabila tiba Syawal, maka sebulan jugalah mereka enggan berpuasa.
Dalam sebuah hadith Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”Hadith Riwayat Ibn Hibban
Hadith ini jelas membuktikan bahawa Syawal yang datang bukan menjadikan ibadat kita berkurangan malah ia penyempurna kepada puasa yang telah dilakukan selama sebulan.
Sekiranya seseorang dapat berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, sama ada dilakukan pada 2 Syawal secara terus menerus atau tidak, maka kelebihannya, dia akan mendapat ganjaran pahala berpuasa setahun lamanya.
Sekiranya seseorang dapat berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, sama ada dilakukan pada 2 Syawal secara terus menerus atau tidak, maka kelebihannya, dia akan mendapat ganjaran pahala berpuasa setahun lamanya.
Inilah yang dikatakan pelengkap kepada Ramadhan.
Para ulama' menegaskan bahawa setiap orang Islam yang bersabar dan istiqamah mengekalkan amalan soleh selepas Ramadhan, membuktikan penerimaan Allah SWT terhadap amalannya.
Manakala, jika seseorang memilih jalan maksiat selepas Ramadhan, maka ia membuktikan kehinaan dan penolakan Allah SWT terhadap amalannya.
Manakala, jika seseorang memilih jalan maksiat selepas Ramadhan, maka ia membuktikan kehinaan dan penolakan Allah SWT terhadap amalannya.
Oleh sebab itu, seorang Muslim yang bertaqwa hendaklah sentiasa takut kepada Allah SWT dan sentiasa beristiqamah melaksanakan amalan soleh. Allah SWT berfirman dalam surah Fussilat ayat 30 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka tetap teguh atas jalan yang betul, maka akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):‘Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
Akhir sekali, saya menyeru kepada para pembaca dan diri saya sendiri, marilah kita sama-sama berusaha menjadi orang yang istiqamah dengan amalan soleh.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-
“Wahai sekalian manusia, hendaklah kamu beramal sekadar mampu, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu yang jemu.
Dan sesungguhnya sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah amalan yang konsisten sekalipun ia sedikit.”
Hadith Riwayat Muslim, no. 1863, jilid 5, halaman 182
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment