Makin hampir dengan penamatnya dan makin hampir Ramadhan ini melabuhkan tirainya. Sungguh benar ini bulan rahmat dan bulan penuh keberkatan. Namun secinta mana sekalipun kepada sesuatu, hakikat yang tidak dapat kita ubah adalah ianya tidak pernah kekal.
Dan waktu tidak pernah juga menanti kita.
Sama ada kita memanfaatkannya atau kita mensia-siakannya. Ia tetap akan pergi dan pasti akan pergi. Dan pasti juga datang kembali.
Namun persoalannya, adakah kita masih disini menanti kehadirannya?
Atau Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita?
Saya tidak pasti dari mana ucapan ini. Tetapi yang nyatanya, saya hanyalah mengambilnya dari seseorang yang lain.
Katanya:-
Katanya:-
“Salah satu dari tanda-tanda ibadah puasa kita diterima Allah SWT, adalah disiplin dan akhlak di bulan Ramadhan itu dapat diamalkan di dalam kehidupan kita walaupun selepas Ramadhan berlalu.
Dan salah satu dari tanda ibadah puasa kita tidak diterima Allah SWT pula adalah, akhlak dan disiplin di bulan Ramadhan itu tidak dapat kita bawa dan amalkan sebaik sahaja habis bulan Ramadhan.”
Di Manakah Letak dan Nilainya Ibadah Puasa?
Sesungguhnya orang yang melakukan pekerjaan yang sia-sia itu adalah orang yang mengerjakan ibadah, tetapi tidak mengerjakan dengan sebaik-baiknya dan gagal menghayati ibadah tersebut.
Malah mencampur adukkan di dalamnya dengan segala barang yang ditegah.
Perumpamaan seorang yang memikul beban yang sangat besar dan berat ke suatu tempat. Sedangkan dia tidak mengetahui apakah yang dipikulnya, lalu dia tidak mengusahakannya dengan sebaik mungkin sehingga berciciran di sana sini.
Apabila tiba ke destinasinya, tiadalah sedikit pun yang berbaki.
Apabila tiba ke destinasinya, tiadalah sedikit pun yang berbaki.
Sesungguhnya orang itu adalah orang yang mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
Bukanlah yang dimaksudkan ibadah puasa itu adalah ibadah yang sia-sia. Tetapi orang yang tidak mengerjakannya dengan sebaik-baiknya itulah yang dikatakan sia-sia.
Ibarat seperti seorang yang membuka sebuah gedung pakaian yang besar.
Namun tidak menjaganya dengan baik, tidak menyediakan sistem-sistem keselamatannya, dinding yang kukuh atau pintu yang berkunci ketika malam.
Maka bukankah akan habis sahaja diambil pencuri?
Atau tidak menyediakan pekerja-pekerja yang amanah bagi menyelengarakan perniagaannya. Bukankah untung dan modalnya akan diselewengkan oleh pekerja yang tidak amanah itu?
Pada dasarnya gedung pakaian itu sepatutnya menghasilkan penghasilan yang lumayan. Namun oleh kerana tidak diuruskan dengan cara yang baik maka ianya bakal mengalami kerugian yang sangat besar.
Malah lebih menggawatkan, sesuatu yang sepatutnya memberi keuntungan yang sangat banyak itu justeru menjadi beban kepada pemiliknya.
Inilah yang dikatakan dan dimaksudkan sia-sia bagi orang yang mengerjakan ibadah itu tadi.
Malah lebih menggawatkan, sesuatu yang sepatutnya memberi keuntungan yang sangat banyak itu justeru menjadi beban kepada pemiliknya.
Inilah yang dikatakan dan dimaksudkan sia-sia bagi orang yang mengerjakan ibadah itu tadi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”Surah al-Baqarah, 2:183
Ini menunjukkan yang ibadah puasa itu adalah ibadah yang boleh mendidik dan melatih serta mengubah manusia itu menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.
Jika Sebaliknya Berlaku?
Maka hakikatnya, kita masih lagilah belum berpuasa dalam erti kata yang sebenarnya. Hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum semata-mata.
“Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim.
Sesungguhnya kami sangat takut bila mengingati mati.
Tetapi tidak juga kami menghindarkan diri dari yang sia-sia.
Dan merapatkan diri kepada yang dikatakan saham-saham syurga.
Masih juga kami cintakan perkataan-perkataan manis dunia yang sementara.
Dan asyik dengan belaian-belaian fitnah yang indah pada kulitnya tetapi berulat di dalamnya.
Ya Allah, selamatkanlah kami.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi, ayat 103 hingga 105 yang bermaksud:-
“Katakanlah (wahai Muhammad):-
‘Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.’Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.”
Dan dari satu sudut yang lain pula.
Sejauh manakah kita dapat menghayati ibadah puasa ini dalam konteks mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada kita?
Dan sejauh manakah kita mengerti akan kesusahan mereka-mereka yang kurang bernasib baik dari segi material duniawinya?
Orang-orang fakir dan miskin, anak-anak yatim contohnya, sejauh manakah kita merasakan kehibaan mereka?
Dan jika sungguh kita kasihkan saudara kita, manakah bukti kepada kenyataan yang dilafazkan itu?
Sejauh manakah kita melakukan sesuatu demi kebaikan mereka?
Sedang zakat dan fitrah sahaja kita lewat-lewatkan. Yang mana duit tersebut adalah bagi keperluan untuk disalurkan kepada saudara-saudara kita untuk persediaan hari raya bagi mereka.
Sejauh manakah kita mengasihi saudara-saudara kita?
Dengan memenuhkan semua keinginan kita terlebih dahulu dan kemudian daripada itu (malah jauh terkemudian) barulah kita memikirkan mereka-mereka yang tidak bernasib baik ini?
Atau lebih menyedihkan kita tidak dapat mengerti maksud dan hikmah sebenar di sebalik zakat fitrah. Malah menganggap itu kewajipan yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam semata-mata.
Sedangkan setiap sesuatu yang diperintahkan di dalam Islam itu mempunyai maksud yang tersirat dan hikmah yang tersembunyi.
Sedangkan setiap sesuatu yang diperintahkan di dalam Islam itu mempunyai maksud yang tersirat dan hikmah yang tersembunyi.
Dan kebaikannya merata kepada semua.
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:-
"Siapa yang tidak menyayangi manusia maka tidak disayangi Allah 'azza wajalla"Hadith Riwayat Muslim, no. 4283
Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang lain, maksudnya:-
“Perumpamaan orang yang beriman yang saling mencintai dan saling menyayangi serta saling mengasihi bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota menderita sakit, maka yang lain ikut merasakan hingga tidak boleh tidur dan merasa demam.”Hadith Rriwayat al-Bukhari dan Muslim
Sesungguhnya Ramadhan itu memupuk rasa kasih di dalam hati orang-orang yang beriman. Supaya menjadi insan yang lebih prihatin kepada saudaranya.
Jika kita masih tidak menjumpai sifat-sifat tersebut di dalam diri kita sedangkan Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan kita masih jauh lagi dari ibadah puasa yang sebenar.
Jika kita masih tidak menjumpai sifat-sifat tersebut di dalam diri kita sedangkan Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan kita masih jauh lagi dari ibadah puasa yang sebenar.
Masih Terkapai-kapai Mencari Erti Ramadhan
Sedangkan bulan yang penuh keberkatan ini telah hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya kita bukanlah dari golongan yang berfikir.
Ayuh, bangkit, insaf.
Kerana masih belum terlewat untuk mengatur langkah kepada Allah SWT.
“Wahai Tuhan, tiada Penguasa selain Engkau, ya Allah. Pandangilah kami. Kasih dan kasihankanlah kami. Sesungguhnya kami orang-orang yang tertipu yang merasakan diri ini benar.
Lalu kami mohon Engkau tunjukilah kami.
Janganlah biarkan kami terus berada didalam kesesatan.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menzalimi diri sendiri. Ampunkanlah kami.
Dan janganlah Engkau biarkan kami.
Kerana jika demikian, akan gembiralah iblis laknatullah. Engkau turunkanlah taufiq dan hidayah kedalam hati kami. Sesungguhnya Engkau berkuasa diatas setiap sesuatu.
Dan tidak ada yang membatasi Kehendak Engkau yang Maha Berkehendak”
Aamiiin.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment