Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!
Selamat bertemu kembali dengan bulan rahmat, maghfirah dan keberkatan!
Bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan al-Quran kerana dalamnya pernah berlaku peristiwa Nuzul al-Quran. Ramadhan juga disebut khemah latihan taqwa kerana objektif puasa itu sendiri adalah untuk mendidik ketaqwaan dalam diri Mukminin.
Ramadhan juga masyhur dengan panggilan bulan puasa kerana sepanjang bulan ini kita diwajibkan berpuasa. Jadi Ramadhan iaitu bulan puasa, bulan al-Quran dan bulan taqwa.
Apakah rahsia hubungkait ketiga-tiga perkara ini dengan Ramadhan?
Apakah rahsia hubungkait ketiga-tiga perkara ini dengan Ramadhan?
Apakah hikmahnya?
Puasa Dan Taqwa
Mari kita mulakan dengan kaitan pertama; puasa dan taqwa. Ia berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 183 dan 184 yang bermaksud:-
“Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa, iaitu berpuasa pada hari-hari yang ditentukan (yakni pada bulan Ramadhan).”
Ayat ini secara jelas dan tegas menuntut kita berpuasa dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai darjat taqwa. Puasa ialah jalan menuju taqwa. Puasa yang sempurna akan melahirkan buah taqwa.
Orang Mukmin berpuasa kerana ingin mengecap nikmat taqwa. Taqwa ialah kemuncak pencapaian bagi mereka yang berpuasa. Mukmin yang berpuasa, janjinya ialah anugerah taqwa daripada Allah SWT.
Orang Mukmin berpuasa kerana ingin mengecap nikmat taqwa. Taqwa ialah kemuncak pencapaian bagi mereka yang berpuasa. Mukmin yang berpuasa, janjinya ialah anugerah taqwa daripada Allah SWT.
Bilakah latihan puasa ini akan membuahkan taqwa?
Jawabnya adalah apabila berpuasa pada bulan Ramadhan. Puasa pada bulan Ramadhan ibarat kursus wajib yang perlu dilalui oleh semua Mukmin yang ingin mendapat taqwa. Ramadhan bulan istimewa kerana satu-satunya bulan dalam setahun yang kita wajib berpuasa.
Pada bulan ini, segala pintu kebajikan dan amalan terbentang luas untuk kita lalui menuju jalan taqwa. Amat rugi mereka yang terlepas peluang meraih taqwa pada bulan yang mulia ini.
Pada bulan ini, segala pintu kebajikan dan amalan terbentang luas untuk kita lalui menuju jalan taqwa. Amat rugi mereka yang terlepas peluang meraih taqwa pada bulan yang mulia ini.
Untuk apa semua ini?
Kenapa kita perlu mengejar taqwa pada bulan Ramadhan?
Apakah keutamaan taqwa dalam kehidupan seorang Muslim?
Jawapannya ada pada kaitan kedua, taqwa dan al-Quran.
Taqwa Dan al-Quran
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat kedua yang bermaksud:-
“Kitab (al-Quran) itu, tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk (huda) kepada orang yang bertaqwa.”
Kita fahami daripada ayat ini, secara mudah Allah SWT menjelaskan bahawa al-Quran itu adalah huda atau petunjuk kepada orang bertaqwa. Al-Quran akan berkesan kepada jiwa yang bertaqwa. Ayat-ayat al-Quran akan berperanan menggetarkan hati yang bertaqwa.
Suruhan dan larangan dalam al-Quran hanya akan mampu dilaksanakan oleh mereka yang bertaqwa. Petunjuk daripada al-Quran hanya akan dihargai oleh mereka yang memiliki ketaqwaan.
Taqwa ialah pra-syarat untuk mendapat hidayah dan petunjuk al-Quran.
Hati yang kering daripada sifat taqwa tidak akan berinteraksi dengan al-Quran. Orang yang berdosa sukar merasai sentuhan al-Quran. Keindahan, kehebatan dan mukjizat al-Quran adalah rahsia yang akan tersingkap kepada para muttaqin.

Jika kita terasa masih jauh dengan al-Quran, mungkin kerana sifat taqwa belum benar-benar subur dalam jiwa kita. Masyarakat yang gersang daripada ketaqwaan tidak akan mahu melaksanakan perintah dan hukum al-Quran.
Bacalah al-Quran sebanyak mana pun, buatlah program tilawah dan seumpamanya yang berkaitan dengan al-Quran, itu tidak akan mengubah masyarakat, kecuali jika dikembalikan terlebih dahulu masyarakat kepada didikan taqwa.
Kerana ini adalah apa yang Allah SWT isyaratkan dalam ayat kedua dalam surah al-Baqarah tersebut.

Kembali Kepada al-Quran
Jadi, jika dipanjangkan sedikit perkaitan tersebut (puasa–taqwa–al-Quran), kita akan mendapat satu kefahaman yang baru. Puasa sebenarnya satu proses persediaan untuk kita kembali kepada al-Quran.
Al-Quran ialah petunjuk kepada mereka yang bertaqwa, maka puasa ialah latihan taqwa sebagai persediaan untuk menerima al-Quran. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan, berpeluang mendidik jiwanya untuk mendekati al-Quran.
Orang yang berpuasa lazimnya berasa lebih dekat dan gembira dengan al-Quran.
Orang yang berpuasa lazimnya berasa lebih dekat dan gembira dengan al-Quran.
Bukankah pada bulan Ramadhan banyak diadakan program tadarus dan khatam al-Quran?
Kenapa?
Kerana pada bulan ini, kita berpuasa dan apabila berpuasa, jiwa taqwa kita meningkat dan apabila jiwa taqwa meningkat, maka hati kita akan mudah terkesan dengan al-Quran. Anggota bdan kita juga terasa lebih ringan untuk berinteraksi dengan al-Quran.
Maka kerana itu, kaitan seterusnya ialah Ramadhan dan al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:-
“Bulan Ramadhan ialah bulan yang diturunkan padanya al-Quran, menjadi petunjuk kepada manusia.”
Ramadhan Dimuliakan Dengan Penurunan al-Quran
Ini adalah antara rahsia Allah SWT. Kenapa Allah SWT tanzilkan (turunkan) al-Quran pada bulan Ramadhan?
Kenapa Nuzul Quran disambut pada bulan Ramadhan?
Kenapa Lailatulqadar (malam diturunkan al-Quran) berlaku pada bulan Ramadhan?
Semua ini rahsia Allah SWT.
Namun berdasarkan perkaitan yang kita cuba fahami di atas, Ramadhan dipilih sebagai bulan al-Quran kerana pada bulan ini, hamba-hamba Allah SWT sedang berpuasa. Orang yang berpuasa mempunyai jiwa taqwa yang tinggi.
Persediaan taqwa ini amat penting untuk menerima dan menyambut turunnya al-Quran. Maka benarlah Ramadhan ialah bulan al-Quran kerana pada bulan ini para Mukmin berada pada kemuncak persediaan untuk menerima al-Quran sebagai petunjuk.

Inilah putaran hikmah yang berlaku pada bulan Ramadhan.
Setiapkali munculnya Ramadhan, kita perlu menggerakkan putaran ini sekuat mungkin; iaitu puasa–taqwa–al-Quran pada bulan Ramadhan. Jangan biarkan bulan Ramadhan berlalu tanpa kita berpuasa. Jangan biarkan puasa berlalu tanpa kita beroleh taqwa.
Taqwa seharusnya membawa kita lebih hampir dengan al-Quran. Justeru itu, penuhilah detik-detik indah bulan Ramadhan ini dengan ibadah puasa dan mendampingi al-Quran.
Taqwa seharusnya membawa kita lebih hampir dengan al-Quran. Justeru itu, penuhilah detik-detik indah bulan Ramadhan ini dengan ibadah puasa dan mendampingi al-Quran.
Rutin Ramadhan Salafussoleh
Para salafussoleh apabila tiba bulan Ramadhan, rutin mereka segera berubah. Siang mereka dipenuhi dengan ibadah puasa dan tilawah. Malamnya dihidupkan dengan qiyamulail, tadarus dan Tarawih. Semuanya berkisar kepada menghayati al-Quran.
Ramadhan dihidupkan dengan al-Quran.
Kemeriahan Ramadhan pada banyaknya mereka mendampingi al-Quran. Gembiranya mereka dengan Ramadhan kerana padanya terkandung puasa dan al-Quran.
Bahkan di sana ada yang lebih menarik; hadiah istimewa daripada Allah SWT pada bulan Ramadhan, iaitu kelebihan Lailatulqadar atau malam yang penuh kehebatan (night of power)!
Inilah hadiah istimewa daripada Allah SWT kepada para pemburu taqwa pada bulan Ramadhan. Mereka yang benar-benar menghayati ibadah puasa dengan sasaran memperoleh taqwa dan memenuhi Ramadhan mereka dengan al-Quran, maka anugerah istimewa Allah SWT kepada mereka ialah ganjaran Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan.

Hakikatnya, Lailatulqadar itu sendiri ialah sambutan turunnya al-Quran. Sambutan itu bukan sekadar semalaman, tetapi wajar disambut sebulan penuh dengan berpuasa Ramadhan.
Jika kemerdekaan boleh disambut selama sebulan dengan pelbagai aktiviti bulan kemerdekaan, kenapa kita tidak menyambut turunnya al-Quran selama sebulan penuh pada bulan Ramadhan?
Al-Quran datang bagi memerdekakan manusia daripada perhambaan kepada makhluk agar hanya menjadi hamba Allah SWT. Maka marilah kita meraikan bulan kemerdekaan yang lebih hebat ini yakni bulan Ramadhan.
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment