Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerapkali hanya akan membawa kerugian.
Logiknya mudah sahaja.
Cuba menikmati buah-buahan yang belum masak, bukan hanya tidak mendapat kenikmatan memakannya, malah akan membawa kepada pembaziran.
Cuba menikmati buah-buahan yang belum masak, bukan hanya tidak mendapat kenikmatan memakannya, malah akan membawa kepada pembaziran.
Logik ini bukan sahaja diterima akal biasa, malah bertepatan dengan satu kaedah fiqah yang disepakati iaitu:-
“Sesiapa yang tergesa-gesa dalam mendapatkan sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus daripada mendapatkannya.”
(Rujukan: al-Ashbah wa al-Naza’ir, halaman 95)
Para ulama' fiqah pada kebiasaannya akan memberikan contoh seorang waris atau anak yang tidak sabar untuk mewarisi harta bapanya, lalu bertindak membunuhnya.
Apabila itu berlaku dan disabitkan bersalah oleh hakim, si anak tadi secara automatik terkeluar daripada senarai penerima pusaka bapanya.
Apabila itu berlaku dan disabitkan bersalah oleh hakim, si anak tadi secara automatik terkeluar daripada senarai penerima pusaka bapanya.
Ia berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:-
“Yang membunuh itu tidak boleh mewarisi.”Hadith Riwayat at-Tirmizi. Sahih menurut al-Albani
Hasilnya, hampir semua mazhab bersepakat, malah dikatakan telah ijmak dalam kalangan ulama' bahawa pembunuh tidak akan mewarisi harta mangsa yang dibunuh, khususnya bagi pembunuhan dengan niat dan disengajakan.
Demikian ijtihad Imam as-Syafi'e, Abu Hanifah, Malik dan lain-lain.
(Rujukan: al-Hawi al-Kabir oleh al-Mawardi, jilid 13, halaman 70)
Manakala ada sedikit perbezaan pandangan dalam kes pembunuhan yang tidak disengajakan.
Apa pun, itulah akibat tidak sabar. Akhirnya tersekat terus daripada mendapat harta warisan yang digilai.
Kaedah ini sebenarnya bukan hanya terpakai dalam kes di atas, malah dalam pelbagai aspek kehidupan pembangunan manusiawi dan pembinaan hukum Islam.
Kaedah ini sebenarnya bukan hanya terpakai dalam kes di atas, malah dalam pelbagai aspek kehidupan pembangunan manusiawi dan pembinaan hukum Islam.
Sistem Pendidikan
Mendesak pelajar seawal usia tadika dan sekolah rendah untuk bergelumang dengan stres belajar yang berlebihan, kerja sekolah yang menggunung serta terlalu keras dalam penekanan pada peperiksaan hanya akan menghalang sebahagian pelajar pada usia ‘bermain’ itu mengembangkan akalnya dengan sempurna.
Kesan negatif ini sering menimpa kanak-kanak lelaki kerana cara mereka belajar perlu bersifat santai dan tidak terlalu fokus berbanding kanak-kanak perempuan. Mungkin itulah salah satu faktor mengapa ramai lelaki gagal ke universiti.
Selain itu, muncul pelajar yang benci akan sekolah dan pelajaran akibat terlalu tertekan dengan peperiksaan di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah.
Jika berjaya pun, lahir pelajar yang ‘kaki’ menghafal tetapi tidak faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisien dalam dunia kerjaya.
Hasilnya, Malaysia berterusan menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang; sama ada agama, sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya.
Jika berjaya pun, lahir pelajar yang ‘kaki’ menghafal tetapi tidak faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisien dalam dunia kerjaya.
Hasilnya, Malaysia berterusan menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang; sama ada agama, sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya.
Saya tidak menafikan ramai juga telah berjaya melalui sistem ini, namun jika sistem pendidikan sedia ada dikaji semula dan diubah, statistik kejayaan itu mungkin lebih besar.
Undang-Undang Jenayah
Dalam bab undang-undang Islam, tergesa-gesa melaksanakan hukuman atau menganggap seseorang itu bersalah sebelum sampai waktu hakim memberikan kehakiman secara adil ialah satu kesalahan.
Malah dalam sesetengah tuduhan, mereka tidak sabar-sabar menuduh layak diberikan hukuman berat dari sudut spiritual (pada waktu ketiadaan hukuman sebegitu diperuntukkan) seperti qazaf bagi yang membuat tuduhan zina dan liwat.
Malah dalam sesetengah tuduhan, mereka tidak sabar-sabar menuduh layak diberikan hukuman berat dari sudut spiritual (pada waktu ketiadaan hukuman sebegitu diperuntukkan) seperti qazaf bagi yang membuat tuduhan zina dan liwat.
Malah ramai juga yang tidak sabar-sabar mensabitkan kesalahan atas seseorang sehingga ia menjadi fitnah serta penyebaran pembohongan.
Akibatnya, masyarakat yang gopoh ini akan sentiasa hidup dalam stres, bersangka buruk dan kurang harmoni.
Masakan tidak, apabila dengan sendirinya mensabitkan kesalahan atas seseorang sebelum proses pengadilan tamat, individu yang sepatutnya bebas itu, sudah mula dirasakan beban dalam komuniti setempatnya yang jahil itu.
Contoh lain ialah kewajipan kadi atau hakim untuk menahan diri daripada memberikan sebarang keputusan tergesa-gesa sebelum sampai waktu yang sesuai, iaitu sehinggalah dia mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan menerusi sabdanya yang bermaksud:-
“Apabila kamu ingin menjatuhkan hukuman kepada orang yang pertama (selepas mendengar katanya), sebelum kamu mendengar penjelasan pihak yang satu lagi.Ketika itu, barulah kamu akan tahu bagaimana untuk menetapkan hukuman.”Hadith Riwayat at-Tirmizi, hadith hasan
Disiplin ini sebenarnya bukan sahaja mesti diguna oleh hakim dan kadi di mahkamah biasa, malah mesti diaplikasikan oleh individu dalam masyarakat.
Apabila mendengar suatu khabar dan tuduhan buruk atas rakan-rakan Mukmin dan Muslim, ada yang segera mempercayai khabar berita tersebut sebelum mendapatkan penjelasan daripada orang yang dituduh.
Ini boleh menjatuhkan seseorang dalam dosa fitnah.
Pengurusan Kewangan
Beberapa minggu lepas sahabat saya bertemu dengan seorang CEO sebuah bank Islam tanah air.
Katanya, CEO tersebut meluahkan rasa hati dan dilemanya ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.
Dilema pertembungan berlaku antara pemilihan fatwa yang strict (tegas) iaitu pembinaan produk kewangan Islam yang halal dan memenuhi tuntutan pelanggan yang kerapkali menginginkan sesuatu yang adakalanya tidak begitu sihat untuk diri mereka sendiri, seperti kemudahan kad kredit secara jelas menggalakkan berhutang lebih daripada kemampuan bulanan.
Dilema pertembungan berlaku antara pemilihan fatwa yang strict (tegas) iaitu pembinaan produk kewangan Islam yang halal dan memenuhi tuntutan pelanggan yang kerapkali menginginkan sesuatu yang adakalanya tidak begitu sihat untuk diri mereka sendiri, seperti kemudahan kad kredit secara jelas menggalakkan berhutang lebih daripada kemampuan bulanan.
CEO tersebut juga berkata:-
“Kita memang boleh berpegang kepada pandangan fiqah yang lebih tegas, tetapi hasilnya dalam suasana masyarakat Malaysia yang belum cukup ilmu, perniagaan kewangan halal ini terpaksa ditutup.Atas dasar itu, pandangan fiqah yang sedikit longgar adakalanya mungkin perlu dipertimbangkan oleh para ulama'.Ia adalah untuk kemaslahatan masa hadapan perbankan halal ini juga.”
Pandangan itu memang boleh diterima agar perbankan Islam dan halal boleh terus berkembang dan harapannya selepas itu, mampu mengubah sikap negatif masyarakat dalam pengurusan kewangan peribadi juga.
Sikap majoriti masyarakat yang suka meminjam, berhuang dan kerap terlupa, lalai dan liat membayar semula hutang ialah satu fenomena biasa yang tidak sihat.
Namun untuk terus menghentikan semua produk pembiayaan halal berdasarkan hutang (debt-based financing) serta-merta ialah tindakan yang kurang tepat dan belum sampai waktu yang sesuai.
Namun untuk terus menghentikan semua produk pembiayaan halal berdasarkan hutang (debt-based financing) serta-merta ialah tindakan yang kurang tepat dan belum sampai waktu yang sesuai.
Ini selari dengan kaedah fiqhiyyah di atas, kerana tindakan terbabit hanya akan meranapkan semua institusi kewangan halal daripada terus bersaing dan berkembang dalam pasaran semasa.
Apa yang patut dilakukan adalah dengan mengetatkan lagi kriteria permohonan pembiayaan agar latar belakang mereka benar-benar daripada kalangan individu yang mampu melunaskan hutang mereka.
Itu amat penting agar tidak ‘melayan’ nafsu berbelanja yang sukar dikekang minda yang waras.
Itu amat penting agar tidak ‘melayan’ nafsu berbelanja yang sukar dikekang minda yang waras.
Mengharapkan perbankan Islam di Malaysia melaksanakan ijtihad fiqah yang tegas dalam semua produknya tanpa bersama menyemai kefahaman kepada rakyat berkenaan kepentingan hukum juga hanya akan mengakibatkan seluruh industri perbankan Islam akan rugi dan akhirnya ditutup.
Sekali lagi kaedah tersebut boleh diaplikasikan dalam hal ini.
Pelaburan
Saya kerap bertemu dengan pelabur Muslim yang inginkan jaminan keuntungan dan modal selamat tetapi mahukan kontrak pelaburan yang dimeterai menurut hukum Islam. Sedarilah bahawa permintaan itu tidak dapat ditepati dalam kontrak pelaburan Islam yang hakiki.
Jika didesak juga, seolah-olah cuba mencari jalan untuk menghalalkan yang haram.
Selain itu, ramai yang menuntut sesuatu yang bercanggah dengan sifat perniagaan dan hukum akal apabila meminta perbankan Islam menyediakan produk pelaburan yang bersifat ‘low risk with high return’.
Sunnatullah atau hukum normal alam ini menyebut bahawa sifat normal dalam sesebuah pelaburan adalah ‘high risk, high potential return’ dan ‘low risk, low return’. Namun kini, ramai yang tergesa-gesa ingin kaya tetapi tidak mahu menanggung risiko.
Mereka mahu bercanggah dengan hukum tabiat biasa pelaburan.
Hasilnya, mereka terjebak dalam skim cepat kaya yang kononnya mampu menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah. Akhirnya mereka ditipu dan hilanglah semua wang mereka, maka membenarkan kaedah tadi.
Apabila keuntungan ingin dicapai sebelum waktunya dan tanpa mengikut norma, akibatnya semua akan terhalang.
Apabila keuntungan ingin dicapai sebelum waktunya dan tanpa mengikut norma, akibatnya semua akan terhalang.
Mereka tertipu dan mengalami kerugian.
Perkahwinan
Ramai juga yang berkahwin sebelum memahami tanggungjawab berat selaku suami isteri. Mereka sebelum itu gagal memahami tuntutan dan amanah agama atas ikatan suci. Akibat tergesa-gesa mengikut runtunan emosi dan rasa, mereka disatukan tanpa ilmu yang matang.
“Kurus perkahwinan sekadar mengandungi ‘lucu-lucu lucah’”, kata sebahagian mereka mengkritik pembentangan penceramah jemputan.
Akhirnya, perkahwinan tergesa-gesa sebelum penyediaan tapak yang kukuh hanya akan mengakibatkan tersekatnya kenikmatan dan keharmonian rumahtangga. Justeru, penceraian demi penceraian menghiasi tuntutan di mahkamah serta dada-dada akhbar.
Peraturan Pentadbiran dan Siasah Islam
Dalam hal pentadbiran, perundangan dan proses penyediaan tapak perlu dibuat secara tersusun bagi memastikan setiap pembaharuan positif dalam bab pentadbiran dan politik mampu dihadam oleh masyarakat dengan baik.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah didesak oleh anaknya untuk mengubah serta-merta unsur-unsur yang buruk dalam pemerintahan sebelum beliau menjawat jawatan selaku khalifah.
Beliau segera menasihati anaknya:-
“Janganlah tergesa-gesa wahai anakku!Sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-Quran itu dua kali dan hanya mengharamkannya pada kali ketiga.Aku bimbang jika aku bawakan kebenaran itu kepada manusia sekaligus, mereka tidak dapat menerima dan menolak bulat-bulat sehinggalah terjadilah fitnah.”
(Rujukan: al-Muwafaqat oleh al-Shatibi, jiliid 2, halaman 148)
Itulah suatu hikmah, mengelakkan ketergesaan dan memahami sejauh mana kesediaan minda dan ilmu masyarakat.
Namun jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk terus tidak melaksanakan sesuatu yang baik. Apa yang perlu adalah segera merangka ‘blueprint’ dan proses ke hadapan dengan jelas dan bukan hanya memberi alasan ketidaksediaan masyarakat.
Fatwa dan Pemberian Hukum
Ini satu lagi kes yang lebih berat.
Ramai yang ilmu usul fiqahnya tiada, kontang ilmu kefahaman dalam bahasa Arab, apatah lagi usul tafsir dan hadith, tetapi berlagak seperti alim besar memberi fatwa hukum berkenaan halal dan haram dalam urusan kewangan, jenayah atau ibadah dan sebagainya.
Lebih berbahaya sehingga ada yang cuba menafikan kewibawaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kesatuan Ulama' Fiqah Antarabangsa.
Ini sangat tepat dengan kaedah yang menjadi fokus kita juga, iaitu apabila orang yang bukan ahli cuba mencampuri urusan yang tidak berkelayakan dengannya. Akibat daripada itu, dia akan tersekat daripada kebenaran serta jatuh dalam kesesatan.
Lebih teruk, apabila dia merasakan pandangannya paling tepat berbanding semua ulama' besar di dunia.
Kesimpulan
Daripada penulisan di atas, diharapkan kita semua lebih cermat dan bijaksana dalam menilai sama ada ‘masa’ yang sesuai telah tiba untuk berbuat sesuatu tindakan atau belum.
Jika belum tiba waktu yang sesuai itu, berusahalah mewujudkannya agar tindakan yang dilakukan dipasak oleh asas yang kukuh dan kuat.
Jika belum tiba waktu yang sesuai itu, berusahalah mewujudkannya agar tindakan yang dilakukan dipasak oleh asas yang kukuh dan kuat.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:-
“Ketelitian itu datang daripada Allah dan tergesa-gesa itu adalah daripada syaitan.”Hadith Riwayat at-Tirmizi, al-Baihaqi, at-Tabrani, Abu Yu’la dengan pelbagai sanad. Ada yang daif dan hasan serta sahih. Al-Albani menyimpulkannya sebagai sahih
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment