Allah SWT sangat baik kepada kita. Terlalu banyak bukti cinta-Nya. Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi.
Bahkan, hadiah yang paling mahal di dunia berupa iman dan Islam turut sudi diberikan-Nya. Dialah sebaik-baik Kekasih yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.
“I love You, Allah...”
Bagaimana pula cara kita mengekspresikan cinta kepada Allah SWT agar terbukti kita juga membalas cinta-Nya?
Bahkan, kita ingin menyatakan bahawa kita bergantung hidup dan mati hanya pada-Nya. Biarpun kebesaran-Nya tidak terjejas teruk tanpa cinta kita, namun kemuliaan kita terjejas teruk tanpa cinta-Nya.
Cintailah Allah SWT agar Dia bertambah cinta kepada kita dengan tip-tip berikut:-
1. Mengenali Allah SWT
Bagaimana mengenali Allah SWT?
Allah SWT telah memperkenalkan diri-Nya kepada kita dengan al-Asma' al-Husna dan tindakan-tindakan-Nya.
Dia mempunyai kesempurnaan mutlak, tiada cacat cela, tiada kekurangan, tidak sakit dan tidak mati.
Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apa pun tidak terjangkau akal kita.
Dia mempunyai kesempurnaan mutlak, tiada cacat cela, tiada kekurangan, tidak sakit dan tidak mati.
Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apa pun tidak terjangkau akal kita.
Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk patung, berhujahlah dengan yakin:-
“Itu patung! Bukan Allah!”
Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk manusia, katakanlah:-
“Itu manusia! Bukan Allah!”
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Tiada sesuatu pun yang seumpama dengan-Nya.
Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
Surah as-Syura 42:11
Kenalilah Allah SWT melalui petunjuk Rasul-Nya. Nabi Muhammad SAW lebih mengenali Allah SWT berbanding kita semua.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Aku ialah orang yang paling mengenali Allah berbanding kalian.
Maka, aku ialah orang yang paling takut kepada Allah berbanding kalian.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Allah SWT sangat akrab dan dekat dengan diri kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Dia berpesan kepada Rasul-Nya dalam al-Quran:-
“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah:
‘Aku dekat.’”
Surah al-Baqarah 2:186
Meskipun Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, namun Baginda SAW mewariskan para ulama' untuk menerangkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat 28 yang bermaksud:-
“Orang yang paling takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama'.”
Kenali dan cintai ulama', insya-Allah kita akan lebih mengenali dan mencintai Allah SWT.
Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama', insya-Allah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.
Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama', insya-Allah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.
2. Bersangka Baik Terhadap Allah SWT
Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah SWT sebagai ekspresi cinta kepada-Nya. Hadith Nabi SAW dalam satu hadith Qudsi yang bermaksud:-
“Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku.
Maka bersangkalah dengan Aku apa yang kehendaki.”
Hadith Riwayat Ahmad
Dalam riwayat lain menyebut:-
“Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun mengingatinya dalam diri-Ku.Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari.”
Hadith Riwayat al-Bukhari
Dia bersedia mengabulkannya asal sahaja kita mengikut kehendak-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apanila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka beroleh kebenaran.”
3. Mencintai Apa-Apa yang Dicintai oleh Allah SWT
Cara kita mencintai Allah SWT itu mestilah selari dengan apa yang Allah SWT kehendaki. Orang Yahudi dan Nasrani juga mengaku mereka mencintai Allah SWT.
Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT.
Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.
Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT.
Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Katakanlah (wahai Muhammad):
‘Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku (Muhammad), kamu akan dicintai Allah.Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu.’Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
Surah Ali Imran 3:31
Dalam buku Mahabbah Allah (Mencintai Allah), Ibn al-Qayyim menyusun tahap-tahap menuju cinta Allah SWT.
Cinta berkait dengan amal. Amal pula bergantung pada keikhlasan qalbu, di sanalah cinta Allah SWT bertamu. Cinta Allah SWT merupakan refleksi daripada disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah SWT.
Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah SWT sukai dengan mengikut petunjuk Rasulullah SAW.
Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah SWT sukai dengan mengikut petunjuk Rasulullah SAW.
4. Membenci Sesuatu yang Allah SWT Benci
Allah SWT benci akan kekafiran, maksiat dan kelalaian.
Mujarabkah ubat cinta Allah SWT yang kita teguk dengan menelan sekali racun kemurkaan-Nya?
Allah SWT berfirman, ertinya:-
“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).”Surah al-Anbiya' 21:1
Dalam menilai mana yang baik dan buruk, berpeganglah pada prinsip:-
“Yang baik itu, apa yang Allah SWT kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah SWT kata buruk.”
- Menduakan cinta Allah SWT dengan tandingan-tandingan lain
- Kufur, fasiq dan nifak
- Melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti zina, liwat, minum minuman keras dan sebagainya
- Mensia-siakan solat dan mempermudahkan waktu-waktunya, serta sengaja meninggalkan daripada mendirikannya secara berjemaah di masjid
- Sedikit mengingati Allah SWT
- Sedikit membaca al-Quran
- Meninggalkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT
- Mencintai dunia dan menyibukkan diri untuk mengumpulkannya
- Tashabbuh (menyerupai) dengan musuh-musuh Allah SWT, baik dalam hal pakaian yang tidak menutup aurat, cara hidup dan penampilan (punk, pondan dan lain-lain)
- Berkawan dengan orang yang jahat dan orang yang membawa kita lupa kepada Allah SWT
- Mensia-siakan waktu dalam hal yang bukan termasuk ketaatan kepada Allah SWT
- Terlalu banyak makan, minum, tidur dan membuang masa kerana itu semua boleh menyebabkan rosaknya hati dan malasnya anggota badan daripada melaksanakan ibadah
- Terlalu banyak mendengar lagu-lagu dan menonton siaran TV yang lagha
- Tidak berhati-hati dalam segala hal yang berkaitan dengan halal dan haram
- Melanggar perkara-perkara haram yang terang lagi jelas, seperti penyalahgunaan dadah, merokok, wanita mendedahkan aurat dan keluar dengan bersolek serta memakai wangi-wangian dan sebagainya
5. Memperkecilkan Cinta kepada Dunia
Memperkecilkan cinta pada dunia tidak bermaksud kita mesti menjadi orang miskin. Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap kecilkan cinta kepada dunia itu bererti menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi.
Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggungjawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.
Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggungjawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.
Rasulullah SAW menunjukkan qudwah yang multidimensi dalam hidupnya.
Ini termasuk Baginda SAW menjadi qudwah sebagai orang kaya dalam situasi tertentu, dan Baginda SAW juga menjadi qudwah sebagai orang miskin dalam situasi lain.
Jika Baginda SAW diuji miskin, Baginda SAW bersabar dan tekun berusaha.
Jika Baginda SAW mendapat kejayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.
Jika Baginda SAW diuji miskin, Baginda SAW bersabar dan tekun berusaha.
Jika Baginda SAW mendapat kejayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW dan para sahabat sangat dinamik.
Generasi terbaik itu menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam bekerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang.
Baginda SAW menunjukkan qudwah hubungan dengan Allah SWT, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan.
Baginda SAW menunjukkan qudwah hubungan dengan Allah SWT, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan.
Hidup Rasulullah SAW dan para sahabat seimbang (wasatiyyah) hinggakan dunia di jari, Allah SWT tetap berkuasa di hati.
Mari Berdoa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Allah Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku:-
‘Wahai Muhammad, katakanlah:‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.’”
Hadith Riwayat at-Tirmizi
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment