Bersetubuh Dengan Binatang Lebih Keji Berbanding Binatang

Setelah dibincangkan berkenaan liwat dan lesbian, maka pada kali ini akan dibincangkan secara khusus berkenaan dengan bersetubuh dengan binatang pula.


Ini kerana kadang-kadang, ada segolongan manusia yang berada di luar norma kehidupan biasa yang mendatangi haiwan untuk melampiaskan nafsu syahwatnya. 

Justeru itu, perbincangan kali ini berkisar isu di atas.

Ancaman Persetubuhan dengan Binatang

Dalam buku ‘Uqubah al-I’dam menyebut:-
“Kadang-kadang, sebahagian daripada nafsu jahat yang menyimpang daripada norma kemanusiaan sanggup bersetubuh dengan binatang ternakan.”
Hal ini haram dengan ijmak ulama' seperti yang dinukilkan oleh al-Shawkani dalam Nail al-Awtar 

(Rujukan: 'Uqbah al-I'dam, jilid 7, halaman 134)

Berkenaan dengan pengharaman ini, telah dinyatakan dalam sunnah sebagaimana hadith Nabi SAW yang bermaksud:-
“Terdapat empat golongan yang sentiasa mendapat kemurkaan Allah pada waktu pagi atau petang. 

Salah satunya yang bersetubuh dengan binatang.” 

Hadith Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud:-
“Dilaknat sesiapa yang bersetubuh dengan binatang.” 
Hadith Riwayat at-Tabrani dalam al-Awsat
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan betapa berdosanya perlakuan tersebut.

Hukum

Saya mulakan perbincangan ini dengan menukilkan pendapat daripada buku Fiqh al-Manhaji antara lain menyebut:-
“Orang yang menyetubuhi haiwan akan dikenakan hukuman takzir dan bukan hudud berdasarkan pandangan yang kuat dalam mazhab. 


Ini kerana perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang mempunyai keinginan yang normal. 
Malah perbuatan ini ditolak oleh tabiat semulajadi manusia yang normal. 

Atas dasar ini, kesalahan ini tidak memerlukan hukuman yang berbentuk pencegahan. 
Ini kerana hudud ditetapkan sebagai suatu hukuman pencegahan supaya manusia tidak melakukan perbuatan yang disukainya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak.”
Takzir merupakan suatu hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini dijatuhkan oleh hakim yang beragama Islam dan adil, iaitu hukuman yang dirasakan boleh mencegah manusia daripada melakukan perbuatan keji ini.

Hukuman ini boleh dikenakan dalam bentuk sebatan, buang negeri, penjara atau kecaman.

Ini kerana perbuatan seperti ini ialah perbuatan maksiat yang tidak termasuk dalam kesalahan hudud dan tidak akan dikenakan kafarah. Apabila hudud tidak dikenakan, kesalahan ini perlu dikenakan hukuman takzir.


Daripada Ibn Abbas RA katanya yang bermaksud:-
“Tiada hukuman hudud bagi orang yang menyetubuhi haiwan.” 
Hadith Riwayat at-Tirmizi, no. 1455 dan Abu Daud, no. 4465
Penetapan Hukuman Takzir

Dalam hal menentukan hukuman takzir, ulama' fiqah berbeza pendapat. Ibn Qayyim mencatat dalam al-Da’wa al-Dawa’:-

Ada tiga pendapat mengenai seseorang yang menyetubuhi binatang:-

1. Hukuman Takzir

Menurut Imam as-Syafi'e, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah yang merupakan pendapat Ishak bahawa orang yang menyetubuhi binatang dihukum takzir supaya pelakunya serik. Pelakunya juga tidak dikenakan hukuman had.

Inilah pendapat jumhur ulama'.

Ibn Qudamah berkata:-
“Telah khilaf daripada riwayat Imam Ahmad berkenaan hukuman mendatangi binatang. 


Satu riwayat daripadanya dikenakan takzir tanpa had yang dipilih oleh al-Harqi dan Abu Bakar as-Siddiq RA. 

Riwayat seperti ini bersamaan dengan riwayat Ibn Abbas RA, ‘Ata’, al-Sya’bi, al-Nakhai’, al-Hakam dan lain-lain.”
2. Hukumannya seperti hukuman pelaku zina

Iaitu direjam jika telah berkahwin dan disebat jika belum berkahwin

Ini pendapat al-Hasan. Ia merupakan satu pendapat dalam mazhab Maliki seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Sha’ban dan satu pendapat dalam mazhab Syafi'e seperti yang dinyatakan oleh al-Khatib al-Sharbini.

3. Hukuman pelaku yang menyetubuhi binatang seperti hukuman pelaku liwat

Menurut pendapat Imam Ahmad menyebutkan dua riwayat yang menyatakan hukumannya ialah had tetapi yang menjadi permasalahan apakah pelakunya terus dibunuh dengan menghukum dengan cara hukuman zina

Ini juga pendapat Abu Salamah bin Abdul Rahman serta satu pendapat di sisi mazhab Syafi'e serta satu riwayat daripada mazhab Hanbali.

Menurut ulama' yang berpendapat bahawa hukumannya adalah had terus dibunuh, mereka bersandarkan pada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang menyetubuhi binatang maka bunuhlah dia dan bunuhlah binatang itu bersamanya.”
Menurut pendapat ulama' tersebut, orang itu melakukan persetubuhan yang tidak dihalalkan. Oleh itu hukumannya dibunuh sebagaimana hukuman liwat.

Sedangkan ulama' yang berpendapat hukumannya ialah had berpandangan hadith di atas tidak sahih kerana jika hadith tersebut sahih maka kami juga bersetuju hukuman orang yang menyetubuhi binatang itu adalah had dan kerana itu kami berbeza pendapat.


Ismail bin Sa’id al-Shalanji berkata:-
“Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad tentang hukuman orang yang menyetubuhi binatang. 


Akhirnya beliau diam dan tidak menjawab apa-apa dan beliau juga tidak bersandar pada hadith Amr Ibn Abi Amir.”
Al-Tahawi berkata:-
“Hadith di atas daif dan menurutnya hukuman bagi orang yang menyetubuhi binatang tidak sampai kepada hukuman had.”
Abu Daud berpendapat hadith yang diriwayatkan adalah daif.

Jelas, watak tercela bagi pelaku yang menyetubuhi binatang lebih keji jika dibandingkan dengan peliwat kerana kedua-duanya pada hakikat bukanlah kebiasaan yang normal bagi fitrah manusia.

Tarjih

Setelah meneliti segala hujah dan pendapat di atas, Dr. Sa’ad al-Ghamidi dalam bukunya ‘Uqubah al-I’dam menyebut:-
“Hendaklah dibunuh sama ada muhsan atau sebaliknya. Ini kerana beberapa alasan:-
  • Nas daripada Rasulullah SAW yang menunjukkan perintah bunuh adalah hadith sahih. Inilah yang disahihkan oleh al-Albani.
  • Riwayat Ibn Umar yang menyatakan: “Kalau aku mendapatinya, akanku bunuh.” (Rujukan: Al-Muhalla, jilid 13, halaman 455)
  • Walaupun hadith arahan bunuh bersifat ahad tetapi banyak hukum syarak sabit dengan khabar ahad. Justeru, tidaklah menjadi persoalan dan ini diterima oleh ramai ahli usul.”
Terapi Hati

Saya menutup perbincangan dengan mengemukakan pandangan Ibn Qayyim dalam terapi merawat isu yang berkaitan dengan syahwat ini. 

Antara lain katanya:-
“Hati yang kosong menyebabkan hal yang berbahaya meskipun kelihatan remeh, namun akibatnya akan menyebabkan masalah besar kerana semakin alam, semakin besar angan-angan ke arah hal yang negatif.”
Maksudnya, seseroang yang mempunyai hati yang kotor akan selalu berasa suka dengan keburukan dan berasa sedih dalam kebaikan dan berasa takut jika kehilangan sesuatu yang dicintainya.


Yang pasti, seseorang yang memiliki hati itu harus memiliki dua perkara kerana jika hanya memiliki satu perkara dia tidak mengambil manfaat dari hatinya.

Dua perkara itu adalah:-

1. Harus memiliki pandangan hari yang benar

Ini kerana mata hati itu dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah serta dapat mengangkat darjat untuk meraih sesuatu yang dicintai dan menjauhi sesuatu yang dibenci, maka akibatnya akan mendapat darjat yang lebih tinggi dan mendapat sesuatu yang dicintai

Disamping itu mestilah dapat menerima kenyataan jika mendapat sesuatu yang dicintai.

Pada dasarnya semua itu berdasarkan fungsi akal fikiran dan fungsi inilah yang dapat membezakan antara baik dan buruk, kerana suatu amal perbuatan tanpa didasarkan oleh akal fikiran itu bagaikan binatang

Bahkan kadang-kadang perbuatan binatang itu lebih baik jika dibandingkan dengan amal perbuatan manusia.

Misalnya jika seseorang mencintai anak kandung sendiri sehingga sanggup menyebabkan anak itu hamil, perbuatan seperti ini umpama perbuatan haiwan bahkan haiwan lebih baik kerana haiwan pun tidak sanggup memakan anaknya sendiri.

2. Memiliki kekuatan untuk menahan diri serta bersabar terhadap sesuatu cubaan dan bertahan terhadap sesuatu hal yang tidak menyenangkan

Ramai manusia mengerti kadar cubaan dan kekuatan yang dimilikinya, namun dia tidak mampu menerima cubaan tersebut kerana lemahnya keinginan, lemahnya cita-cita untuk sesuatu yang bermanfaat.

Akhirnya dia mensia-siakan kesempatan, menghinakan, meremehkan dan menjadikan dirinya sendiri tidak berguna serta tidak bermanfaat kepada orang lain.

Semoga kita menjadi hamba yang beriman dan tidak melakukan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Aamiiin.

Wallahua'lam

Share on Google Plus

About Mohd Shahrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment