Mungkin sebahagian daripada pembaca yang budiman tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan sebagai Sijil Faraid.
Apabila berlaku kematian seseorang Muslim, maka urusan penyelesaian pusaka jangan dilengah-lengahkan atau ditangguhkan kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih kronik.
Masalah yang mungkin timbul adalah seperti masalah pusaka berlapis, memakan harta anak yatim secara batil ataupun tertinggal waris berhak yang lain tanpa disedari dan lain-lain.
Masalah yang mungkin timbul adalah seperti masalah pusaka berlapis, memakan harta anak yatim secara batil ataupun tertinggal waris berhak yang lain tanpa disedari dan lain-lain.
Sekiranya terdapat pihak yang ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan segera, maka sebaik-baiknya perlu mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah.
Ini bagi memudahkan dan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati tadi, agar keadilan dapat dilaksanakan kepada pihak-pihak atau waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
Ini bagi memudahkan dan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati tadi, agar keadilan dapat dilaksanakan kepada pihak-pihak atau waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
Adapun Sijil Faraid sebenarnya ialah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka.
Ia dikeluarkan jika wujud permohonan daripada pihak-pihak tertentu yang berhasrat menguruskan pembahagian harta pusaka si mati mengikut faraid.
Kandungan Sijil
Permohonan tersebut didengar dalam satu perbicaraan bagi menentukan waris-waris yang berhak mewarisi dan bahagian yang diperoleh masing-masing.
Sijil ini mengandungi nilaian harta pusaka si mati, nama waris-waris yang berhak dan bahagian setiap waris yang berhak atas harta pusaka tersebut.
Sijil ini mengandungi nilaian harta pusaka si mati, nama waris-waris yang berhak dan bahagian setiap waris yang berhak atas harta pusaka tersebut.
Sijil Faraid ini hendaklah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sekalipun ia dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah negeri-negeri. Hanya Mahkamah Syariah negeri-negeri sahaja yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Faraid.
Ini dapat dilihat dalam peruntukan Enakmen negeri-negeri, contohnya dalam Seksyen 65, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menyatakan:-
Ini dapat dilihat dalam peruntukan Enakmen negeri-negeri, contohnya dalam Seksyen 65, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menyatakan:-
“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu atau, bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.”
Kepentingan Sijil Faraid
Sijil Faraid ini penting bagi pihak yang berhasrat untuk menguruskan harta pusaka si mati apabila permohonan tuntutan pusaka dibuat di Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi atau Unit Pembahagian Pusaka bagi kes kematian orang Islam.
Dalam hal ini, Sijil Faraid diperlukan untuk dilampirkan bersama sebagai bukti bahawa penentuan waris-waris yang berhak telah dilakukan atas harta si mati apabila permohonan dibuat.
Selain itu, Sijil Faraid ini juga diperlukan dalam hal berhubung dengan tuntutan semua harta pusaka si mati seperti wang simpanan di institusi-institusi kewangan, Lembaga Tabung haji, KWSP dan lain-lain.

Di samping itu, dengan adanya Sijil Faraid ini, ia dapat mengelakkan waris yang tidak berhak menurut faraid daripada memperoleh harta pusaka si mati, sekiranya Sijil Faraid tidak dikeluarkan, berkemungkinan memudahkan berlakunya penipuan oleh ahli waris dan mengakibatkan ketidakadilan kepada ahli waris yang sememangnya berhak ke atas harta pusaka tersebut mengikut faraid.
Begitu juga jika berlaku kesilapan dalam memberikan Sijil Faraid, maka bermakna kesilapan dalam membahagikan harta pusaka kepada ahli waris yang berhak, sekaligus telah menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap mereka.
Namun demikian, biasanya selepas berlakunya sesuatu kematian, terdapat ahli-ahli waris yang melengah-lengahkan dan bersikap mengambil mudah atau memandang remeh urusan untuk mendapatkan Sijil Faraid yang akhirnya menyebabkan banyak kes-kes berlapis, seterusnya akan menjadi sukar untuk diselesaikan sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada ahli-ahli waris.
Lebih membimbangkan islah apabila terdapat ahli-ahli waris yang menyembunyikan harta pusaka, tidak menamakan ahli waris yang tepat, tidak memasukkan nama waris berhak yang meninggal dunia (selepas kematian si mati) kerana beranggapan waris tersebut sudah tidak perlu mendapat harta pusaka dan patut ditinggalkan sahaja nama mereka, sedangkan waris-waris mereka berhak mewarisi bahagian mereka yang telah meninggal dunia tadi.
Bentuk Harta Pusaka
Harta pusaka tersebut sama ada dalam bentuk harta pusaka besar, harta pusaka kecil atau harta pusaka ringkas.
Harta pusaka kecil bermaksud harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta tidak alih sahaja atau campuran antara harta tidak alih dan harta alih yang jumlah nilaiannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan dibuat.
Harta pusaka besar (biasa) ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya lebih daripada RM 2,000,000.00 sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau harta tidak alih semuanya atau terdiri daripada campuran harta alih dengan harta tidak alih, ataupun harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 2,000,000.00 tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.
Harta pusaka ringkas pula ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 yang terdiri daripada harta alih sahaja seperti wang tunai, saham, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.
Proses Pemohonan
Berhubung proses bagi permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Rendah Syariah ini, ia bermula apabila terdapat permohonan yang dibuat oleh pemohon, seterusnya, pihak mahkamah akan menerima dan menyemak semua dokumen dan butiran yang diperlukan daripada pemohon.
Jika didapati dokumen tersebut tidak lengkap, ia akan dikembalikan kepada pemohon.
Jika didapati dokumen tersebut tidak lengkap, ia akan dikembalikan kepada pemohon.
Jika dokumen tersebut telah lengkap termasuk bayaran fi dibuat oleh pemohon, pihak mahkamah akan meletakkan cop tanda terima bayaran fi pada muka hadapan borang permohonan dan ia akan direkod dalam sistem e-Syariah di samping mengeluarkan resit pembayaran.
Seterusnya, pihak mahkamah akan menetapkan tarikh siasatan ahli-ahli waris dan siasatan sepenuhnya akan dijalankan dengan melakukan soal siasat terhadap ahli-ahli warisnya sehingga mereka berpuas hati.
Jika siasatan selesai, maka Sijil Faraid akan dikeluarkan.
Jika siasatan selesai, maka Sijil Faraid akan dikeluarkan.
Jika hakim atau pendaftar tidak berpuas hati dengan keterangan pemohon dalam siasatan itu, maka siasatan tersebut akan ditangguhkan.
Siasatan selanjutnya perlu dilakukan beserta saksi dan pihak mahkamah akan menetapkan tarikh baru siasatan kepada pemohon.
Sekiranya siasatan diterima, maka perintah pembahagian akan ditetapkan dan sedia dibuat.

Seterusnya, fail kes yang telah selesai siasatan akan diserahkan kepada hakim atau pendaftar bagi tujuan pengiraan faraid sehinggalah draf Sijil Faraid dan Sijil Faraid itu sendiri dikeluarkan dan setelah dilakukan semakan, sijil tersebut hendaklah disahkan dengan meterai mahkamah.
Kemudian pihak pengurusan perlu menyerahkan Sijil Perakuan Faraid yang telah siap dan lengkap kepada pemohon.
Kemudian pihak pengurusan perlu menyerahkan Sijil Perakuan Faraid yang telah siap dan lengkap kepada pemohon.
Sekiranya wujud dakwaan daripada ahli-ahli waris pemohon yang mengatakan seseorang ahli waris yang tertera di dalam Sijil Faraid adalah bukan waris atau ada ahli waris yang tertinggal, maka pemohon hendaklah membuat permohonan membatalkan sijil tersebut dan mengemukakan permohonan yang baru.
Jika permohonan yang baru tersebut mendapat persetujuan semua ahli waris, maka sijil yang terdahulu dibatalkan, dan jika persetujuan tidak dapat dicapai, maka mereka yang membuat dakwaan hendaklah memfailkan kes mal untuk sabitan waris.

Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment