Ramadhan menjelma kembali, sudah pasti bazar-bazar Ramadhan berdekatan mejadi tumpuan untuk membeli makanan kesukaan seperti nasi kerabu, ayam golek, sate, air batu campur dan sebagainya.
Adakalanya kita tidak mahu membazir dan jika di luar bulan Ramadhan pun, makanan harian yang dijamah juga sekadar apa yang mengenyangkan.
Namun, apabila melihat lambakan makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadhan ini, ianya menggoda nafsu makan yang ditahan sejak awal Subuh tadi untuk membelinya.
Namun, apabila melihat lambakan makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadhan ini, ianya menggoda nafsu makan yang ditahan sejak awal Subuh tadi untuk membelinya.
Bila sudah dibeli, makanan tersebut tidak habis dimakan sehinggalah ke waktu sahur keesokannya.
Ternyata dalam kesabaran menempuh lapar dan dahaga pada bulan yang mulia ini, kita tertipu juga dengan godaan makanan.
Ternyata dalam kesabaran menempuh lapar dan dahaga pada bulan yang mulia ini, kita tertipu juga dengan godaan makanan.
Apabila sesuatu perkara yang kita lakukan secara berlebih-lebihan, maka ketika itu berlakulah pembaziran. Sedangkan pembaziran itu merupakan satu sifat yang dilarang dalam Islam. Dikhuatiri perbuatan seumpama ini meletakkan kita dalam golongan yang disebut ‘saudara syaitan’.
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.”Surah al-Isra' 17:27
Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas mentafsirkan pembaziran dalam ayat ini sebagai berbelanja ke tempat yang tidak wajar secara yang tidak diharuskan oleh Allah SWT. Oleh itu berbelanja secara berlebihan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (bersedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain.Dan ditegah ke atas kamu tiga perkara iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”Hadith Riwayat al-Bukhari
Jelasnya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan kerana boleh menjurus kepada pengaruh dan tipu daya syaitan.
Makanan dalam Darurat
Menurut Imam Malik RH, harus bagi seseorang yang berada dalam keadaan darurat untuk makan sesuatu yang diharamkan seperti bangkai sehingga kenyang, kerana keadaan darurat mengharuskan yang haram.
Oleh itu, bangkai harus dimakan ketika darurat.
Namun, jumhur ulama' berpendapat bahawa orang yang berada dalam keadaan darurat hanya dibolehkan makan sesuatu yang haram itu sekadar yang diperlukan sahaja.
Ini disebabkan pengharusan itu adalah disebabkan darurat, maka kadar pengambilannya pun mestilah sekadar darurat iaitu sekadar yang perlu sahaja.
Ini disebabkan pengharusan itu adalah disebabkan darurat, maka kadar pengambilannya pun mestilah sekadar darurat iaitu sekadar yang perlu sahaja.
Sebagai contoh, seseorang meminum seteguk arak untuk menghilangkan kehausan yang melampau yang boleh membawa kepada kematian.
Menurut jumhur ulama', orang yang berada dalam keadaan darurat ialah orang yang terlalu lapar dan amat berhajat kepada makanan. Begitu juga orang yang dipaksa memakan sesuatu yang haram seperti seorang lelaki yang ditawan musuh dan dipaksa memakan daging babi.
Haram dan Halal – Tidak Hanya pada Makanan
Perkara yang halal dan haram sudah dinyatakan secara jelas dalam Islam. Perkara halal dan haram ini tidak hanya terhad kepada pemakanan, malahan berkaitan dengan semua perkara yang merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak.
Ulama' Islam telah membincangkan isu ini dalam segenap aspek kehidupan manusia.
Antara buku yang amat berfaedah dan bernilai dalam membicarakan halal dan haram ialah buku yang bertajuk Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam karangan Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan Haza Halal wa Haza Haram tulisan Abdul Kadir Ahmad ‘Ata.
Kita masih mendapati bahawa segelintir umat Islam gagal berwaspada dengan perkara-perkara syubhah. Sebagai contoh, ada yang sanggup menikmati makanan dan minuman di restoran yang menjual minuman keras serta menjual makanan yang tidak halal.
Alasannya, mereka tidak memesan yang tidak halal, sebaliknya hanya makan dan minum yang halal sahaja.
Tidak terfikirkah mereka bahawa bekas yang digunakan untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada mereka itu telah digunakan untuk menghidangkan makanan dan minuman yang tidak halal kepada pelanggan lain?
Apabila perkara-perkara seumpama ini tidak diteliti dan diperhalusi, maka umat Islam mudah terjebak dalam perkara haram.
Seseorang yang tidak cuba membebaskan diri daripada belenggu haram akan semakin jauh daripada hidayah Allah SWT.
Seseorang yang tidak cuba membebaskan diri daripada belenggu haram akan semakin jauh daripada hidayah Allah SWT.
Tidak hairanlah, jika kita dapati ada umat Islam yang bukan sekadar tidak mematuhi perintah Allah SWT, malah ada yang sanggup mempertikaikan serta menghina peraturan halal haram yang telah ditetapkan.
Begitulah juga kesan daripada sikap tidak prihatin dengan pemakanan yang akhirnya merosakkan diri sendiri.
Begitulah juga kesan daripada sikap tidak prihatin dengan pemakanan yang akhirnya merosakkan diri sendiri.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment