Al-Khawarizmi - Pengasas Alogaritma

Istilah alogaritma mungkin bukan sesuatu yang asing sekarang ini. 

Para ahli sejarah matematik menemui perkataan tersebut berasal dari nama seorang penulis buku Arab terkenal, iaitu Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi, seorang ahli matematik dari Uzbekistan

Dalam sumber Barat, ilmuwan yang lahir pada tahun 770 Masehi ini lebih terkenal dengan panggilan Algoritma

Kedua ibu bapanya kemudian berpindah ke sebuah tempat di selatan kota Baghdad (Iraq), ketika dia masih kecil.

Al-Khawarizmi juga adalah pencipta beberapa cabang ilmu matematik

Beliau juga dikenali sebagai ahli astronomi dan ahli geografi. Beliau merupakan salah seorang ilmuwan matematik yang paling hebat yang pernah hidup dengan tulisan yang amat berpengaruh pada zamannya. Teori algebra juga adalah penemuan dan buah fikiran al-Khawarizmi

Nama algebra sendiri diambil dari bukunya yang terkenal dengan judul Al-Jabr wa al-Muqabilah. Beliau mengembangkan jadual terperinci trigonometri yang memuatkan fungsi sinus, kosinus dan kotangen serta konsep diferensiasi.

Di Barat, terutamanya di Eropah, beliau terkenal juga dengan nama al-Cowarizmi, al-Karismi, Algoarismi, Algorism atau Algoritma. Beliau juga memperkenalkan angka India, yang kemudian diperkenalkan sebagai Sistem Penomboran Kedudukan Perpuluhan di dunia Barat pada abad ke-12

Beliau mampu menyemak dan menyesuaikan geografi Ptolemeus sebaik menulis tentang astronomi dan astrologi.

Dalam buku ini, beliau merumuskan dan menjelaskan secara terperinci jadual trigonometri yang biasa kita pelajari pada masa ini. Bukan hanya itu, jika dipelajari secara terperinci, buku ini ternyata mampu memperkenalkan teori kalkulus asas dengan mudah.

Banyak lagi ilmu pengetahuan yang didalami dalam bidang matematik, yang menghasilkan konsep matematik yang begitu popular sehingga masih digunakan pada zaman sekarang. 

Para ilmuwan Barat menyebutnya aritmetik (ilmu kiraan) dengan menggunakan angka Arab.

Pengaruh Hasil Karya Al-Khawarizmi


Pengaruh beliau dalam perkembangan matematik, astronomi dan geografi tidak diragui lagi dalam catatan sejarah.

Pendekatan yang digunakannya menggunakan pendekatan sistematik dan logik. Al-khwarizmi menggabungkan pengetahuan dari Yunani kuno dengan Hindu dan ditambah dengan ideanya sendiri dalam mengembangkan matematik


Sebuah karangan al-Khawarizmi yang dianggap penting dan telah disalin ke dalam bahasa Latin adalah Trattari d’Arithmetica. Buku tersebut membahaskan beberapa masalah kiraan dan asal-usul angka serta sejarah angka yang sekarang ini kita gunakan. 

Buku ini diterbitkan di Rom pada tahun 1857 Masehi.

Semasa era Copernicus, adalah suatu perkara yang sukar dikatakan sebagai golongan intelektual dalam bidang matematik tanpa dihubungkan dengan karya ilmiah pada ahli matematik Muslim seperti al-Khawarizmi.

Ramai ilmuwan Eropah semasa itu yang menyalin contoh praktikal dari kitab al-Khawarizmi, misalnya tentang cara mengira ketinggian gunung, kedalaman lembah dan jarak antara dua objek atau permukaan yang tidak rata. 


Tulisan mengenai algebra yang dimulakan penulisannya oleh Diophantus (250 Sebelum Masehi) dari Yunani misalnya, oleh al-Khawarizmi telah dibetulkan kesalahannya, serta dijelaskan kembali dan kemudian dikembangkan.

Beliau jugalah yang memberikan beberapa rumus asas matematik, antara lain mengenai bentuk segitiga, serta menyusun senarai logaritma.

Selain karyanya dalam bidang matematik, al-Khawarizmi juga menghasilkan karya dalam bidang astronomi. Beliau membuat jadual untuk mengkategorikan bintang.

Pada awal abad ke-12, karya al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain dan yang pertama kali adalah ke dalam bahasa Latin oleh Adelard of Bal dan Gerard dari Cremona

Karya terbesar beliau dalam matematik, astronomi, astrologi, geografi dan kartografi telah menjadi asas ilmu pengetahuan moden. 

Pendekatan logik dan sistematik beliau dalam penyelesaian linear dan notasi kuadrat telah memberikan ketepatan dalam disiplin ilmu algebra, di mana istilah algebra sendiri diambil dari judul salah satu bukunya, al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabala (Buku Rangkuman untuk Pengiraan dengan Melengkapkan dan Menyeimbangkan), buku pertama beliau yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Karyanya yang lain ialah kitab Surat al-Ard (Pemandangan Bumi) yang diterjemahkan menjadi ‘Geography’ memperlihatkan koordinat asas dari lokasi yang pada masa itu telah diketahui oleh dunia.

Beliau dengan berani telah menilai panjang sebenar Laut Mediteranean dan juga lokasi kota di Asia dan Afrika yang sebelum ini diberikan oleh Ptolemeus.

Buku ini juga memuatkan peta dunia dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Kesan Sumbangan Al-Khawarizmi Sehingga Kini


Al-Khawarizmi juga pernah mengetuai membuat peta dunia untuk khalifah al-Makmun dan mengambil bahagian dalam projek menentukan kedudukan suatu tempat di bumi.

Bersama dengan 70 orang ahli geografi lain, beliau lalu membuat peta yang kemudian disebut ‘ketahulilah dunia’


Ketika hasil kerjanya disalin dan dipindahkan ke Eropah, maka karya ini membawa kesan yang hebat pada kemajuan matematik asas di sana.

Universiti di Eropah masih menggunakan buku al-Khawarizmi sebagai panduan dan buku teks wajib untuk mahasiswanya sehingga pertengahan abad ke-16.

Karyanya juga diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah yang lain setelah terlebih dahulu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Kitab ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Cina

Al-Khawarizmi meninggal dunia pada tahun 840 Masehi.

Wallahua'lam