Kelebihan dan Fadhilat Solat Sunat Tasbih

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya:-

“Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! 

Mahukah aku berikan kepada kamu sesuatu?

Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil manfaat daripadanya?

Mahukah aku khabarkan kepadamu sesuatu?

Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu?

Dosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa kecil mahupun yang besar; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat

Pada setiap rakaat dibaca al-fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan:-


Kemudian rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali, sesudah bangun daripada sujud kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali.

Dilakukan sedemikian dalam empat rakaat.

Jika mampu, lakukanlah sekali pada setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali.

Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.”

(Rujukan: Hadith Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan at-Tirmizi)

Solat ini dinamakan sebagai solat sunat Tasbih. Jumlah tasbih yang diungkapkan untuk empat rakaat ini ialah sebanyak 300 kali

Fadhilat dan kepentingan solat ini begitu jelas ditekankan oleh Rasulullah SAW dan amat digalakkan supaya solat ini dapat dilakukan setiap hari.

Sekiranya tidak mampu, paling kurang pun hendaklah dilakukan sekali dalam seumur hidup kita.

Jumlah Bacaan Tasbih dalam Solat Sunat Tasbih


Jika dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam:-


Bacaan tasbih setiap rakaat:-

75 x 4 = 300 kali bacaan tasbih

Tawaran Maha Hebat


Cuba kita lihat, mukadimah Rasulullah SAW sebagai pembuka bicara sebelum menganjurkan dan mngajarkan kepada Saidina Abbas RA berkenaan solat sunat Tasbih ini. Rasulullah SAW memulakan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW sendiri.

Seterusnya pertanyaan itu diiringi dengan fadhilat dan kelebihan solat sunat Tasbih ini. Ini manhaj tarbiah yang amat berkesan untuk menyuburkan rasa kepentingan terhadap amalan yang dianjurkan.

Diceritakan dalam kitab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas RA mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama' besar daripada kalangan tabi'in iaitu Abu Jawza RA menunaikan solat sunat Tasbih setiap hari pada waktu Zuhur.

Lihatlah, hanya melalui empat rakaat yang sederhana; dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat dahsyat lagi menakjubkan; iaitu pengampunan dan penghapusan segala dosa.

Apa jua bentuk dosa yang seseorang itu lakukan, mereka ditawarkan pengampunan total oleh Allah SWT.


Sesungguhnya ini satu rahmat daripada Allah yang terlalu agung buat umat kekasih-Nya. Usaha yang kecil, tetapi ganjarannya terlalu agung dan besar.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, anak Adam mana yang tidak melakukan khilaf dan dosa. Maka tawaran pengampunan dosa melalui solat sunat Tasbih ini adalah antara kurniaan Allah Taala yang tiada taranya untuk kita.

Jika insan-insan hebat seperti Saidina Abbas RA dan Saidina Ibn Abbas RA bersungguh-sungguh melakukannya, apatah lagi insan seperti kita, yang kerdil dan banyak dosa ini.

Tentulah lebih-lebih lagi perlu mengejar dan mendapatkan pengampunan dosa-dosa kita itu melalui solat sunat Tasbih yang hebat ini.

Apa kata iman kita?

Wallahua'lam

Share on Google Plus

About Mohd Shahrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment