Pak Ahmad dan Mak Minah mempunyai sembilan orang anak yang masing-masing telah berkeluarga. Pasangan suami isteri itu mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang atas landasan agama.
Mereka menekankan betapa pentingnya adik-beradik bersatu dalam semua perkara sebagaimana bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Ahli keluarga perlu sentiasa berbincang dan saling membantu sesama sendiri.
Dahulu, bilamana anak sulung dan anak kedua Pak Ahmad mula bekerja, mereka telah bersetuju untuk memulakan tabung muafakat keluarga. Walaupun ketika itu jumlahnya kecil sahaja tetapi mereka berdua bertekad untuk menjalankannya secara berterusan.
Apabila adik-adik yang lain mula bekerja, usaha itu diperluaskan sehingga kesemua mereka akhirnya menyumbang kepada tabung tersebut secara bulanan.
Apabila adik-adik yang lain mula bekerja, usaha itu diperluaskan sehingga kesemua mereka akhirnya menyumbang kepada tabung tersebut secara bulanan.
Jumlah itu hanyalah RM 50 sebulan. Dalam masa lima tahun pertama, jumlah tabungan tersebut telah melebihi RM 15,000.
Tahun demi tahun, jumlah itu semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila ada sumbangan daripada cucu-cucu yang telah mula bekerja. Malah, ramai pula yang bersedia menyumbang melebihi jumlah minimum yang ditetapkan.
Wang sumbangan disimpan dalam akaun semasa dan proses pengeluarannya perlu mendapat persetujuan dan kelulusan daripada jawatankuasa yang dilantik.
Wang sumbangan disimpan dalam akaun semasa dan proses pengeluarannya perlu mendapat persetujuan dan kelulusan daripada jawatankuasa yang dilantik.
Apa yang dijalankan oleh keluarga Pak Ahmad anak-beranak amat bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibn sabil (musafir) dan hamba sahayamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri.”Surah an-Nisa' 4:36
Objektif tabungan telah pun dibincangkan bersama oleh anak-anak Pak Ahmad. Semua bantuan kewangan yang disalurkan adalah berbentuk sumbangan atau pemberian ikhlas.
Berikut adalah antara keutamaan penggunaan wang tabungan tersebut:-
#1 Kebajikan Ibu Bapa
Kebajikan ibu bapa menjadi keutamaan. Ini termasuk kos perubatan dan sara hidup yang sewajarnya. Penggunaan wang ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan.Jawablah:-‘Apa-apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang sedang dalam perjalanan.’Dan apa-apa sahaja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”Surah al-Baqarah 2:215
Ibu bapa yang telah meningkat usia seringkali dijengah penyakit yang memerlukan rawatan perubatan. Setiap anak mahukan yang terbaik untuk orang tua mereka.
Seandainya anak-anak mampu, sudah pasti mereka mahu ibu bapa mereka mendapat rawatan yang terbaik walaupun melibatkan kos yang tinggi.
Seandainya anak-anak mampu, sudah pasti mereka mahu ibu bapa mereka mendapat rawatan yang terbaik walaupun melibatkan kos yang tinggi.
Tanpa tabungan keluarga, ada antara anak-anak yang terpaksa menggunakan pembiayaan peribadi untuk menampung kos perubatan penyakit kritikal ibu bapa seperti dialisis dan pembedahan jantung sehingga menyebabkan mereka menanggung beban hutang.
Malah ada anak-anak yang terpaksa membuat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut.
Malah ada anak-anak yang terpaksa membuat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut.
Itu belum lagi diambil kira apabila ibu bapa yang uzur memerlukan penjagaan khas (special care) dan sejumlah wang untuk mengupah jururawat terlatih atau pembantu khas dalam suatu jangka masa.
Apakah sangat nilai wang ringgit berbanding keperitan serta pengorbanan ibu bapa mengasuh dan membesarkan kita.
Apakah sangat nilai wang ringgit berbanding keperitan serta pengorbanan ibu bapa mengasuh dan membesarkan kita.
Namun, tanpa perancangan dan muafakat yang terperinci, semua ini tidak mungkin terlaksana dengan baik. Hanya anak-anak yang soleh dan solehah sahaja yang mampu mengetepikan segala perselisihan antara adik-beradik dan bersatu hati demi berbakti kepada kedua-dua orang tua.
#2 Pembiayaan Pendidikan
Perkara kedua yang menjadi keutamaan adalah untuk membantu membiayai perbelanjaan pelajaran anak-anak cucu Pak Ahmad dan Mak Minah.
Apabila ada antara cucu Pak Ahmad mendapat peluang melanjutkan pelajaran dan memerlukan perbelanjaan awal yang agak besar, sejumlah wang diperuntukkan untuk menampung kos tersebut.
Apabila ada antara cucu Pak Ahmad mendapat peluang melanjutkan pelajaran dan memerlukan perbelanjaan awal yang agak besar, sejumlah wang diperuntukkan untuk menampung kos tersebut.
Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kewangan untuk membayar yuran pendaftaran, buku-buku, peralatan asrama serta kos yang berkaitan.
Di samping itu, cucu-cucu Pak Ahmad juga diberi peluang memohon peruntukkan daripada tabung tersebut untuk membiayai kos kursus kemahiran diri seperti Kursus Sijil Komputer, Kursus Sijil Jahitan, Kursus Sijil Elektronik dan sebagainya.

Malah, sejumlah wang juga disediakan saban tahun untuk membeli hadiah penghargaan pelajaran kepada cucu-cucu Pak Ahmad yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang pelajaran di peringkat UPSR, PMR dan SPM.
Ini bertujuan menyemai budaya kecemerlangan serta menyuntik semangat persaingan yang positif dalam kalangan mereka.
#3 Khairat Kematian dan Bantuan Kecemasan
Mati itu satu kepastian.
Dalam situasi tersebut kadang-kadang bantuan segera diperlukan untuk tujuan pengurusan jenazah selain bantuan daripada badan khairat kematian setempat.
Kos pengurusan jenazah daripada penyediaan kain kapan sehinggalah kepada pengebumian memerlukan wang yang agak banyak. Dikhabarkan ada yang mencecah RM 1,500 hingga RM 2,000.
Kos pengurusan jenazah daripada penyediaan kain kapan sehinggalah kepada pengebumian memerlukan wang yang agak banyak. Dikhabarkan ada yang mencecah RM 1,500 hingga RM 2,000.
Selain itu sekurang-kurangnya ada juga tempat waris yang ditinggalkan si mati berteduh sehingga kehidupan kembali normal.
Ada ketika maut belum menjemput, tetapi kita diuji dengan musibah lain seperti kemalangan, kebakaran, banjir yang merosakkan harta benda atau lain-lain.
Tabung muafakat keluarga sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.
Tabung muafakat keluarga sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.
#4 Perkahwinan dan Lain-Lain
Dengan kewibawaan dan keutuhan kasih sayang adik beradik tersebut, hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
Segala permasalahan kewangan dapatlah diringankan pada peringkat keluarga, daripada sekecil-kecil bantuan sehinggalah keperluan kewangan yang lebih besar seperti perkahwinan, bayaran permulaan pembelian rumah, modal memulakan perniagaan dan sebagainya.
Bilamana jumlah bantuan semakin besar, mungkin kaedah qard hasan, atau pembiayaan yang tidak dikenakan faedah bayaran balik, boleh digunakan.
1 Keluarga, 1 Tabungan
Apabila tabung muafakat keluarga kian hari kian bertambah besar, ahli keluarga yang menyumbang semakin ramai, maka pengurusan kewangan perlulah telus dan diurus tadbir secara profesional.
Mungkin penubuhan koperasi keluarga satu mekanisme yang wajar dipertimbangkan oleh keluarga Pak Ahmad dan juga keluarga-keluarga yang lain.
Mungkin penubuhan koperasi keluarga satu mekanisme yang wajar dipertimbangkan oleh keluarga Pak Ahmad dan juga keluarga-keluarga yang lain.
Konsep tabung muafakat keluarga ini amat praktikal dan realistik untuk diamalkan oleh setiap keluarga Muslim kerana ia menjadikan kerjasama sebagai tunggak. Ini juga membuktikan keutuhan ikatan kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembinaan ummah sejagat.
Benarlah sepertimana dikata, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ibarat aur dengan tebing.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment