Salah satu rahsia supaya anak-anak terus berbakti dan patuh kepada ibu bapanya adalah dengan bersikap adil dan saksama terhadap mereka.
Adakalanya dalam mendidik anak-anak, ibu bapa tersilap atau secara tidak sengaja berlaku pilih kasih dalam memberi kasih sayang atau perhatian.
Sekalipun anak-anak lahir dari rahim ibu yang sama, namun sikap dan tingkahlaku mereka berbeza-beza.
Ada anak-anak yang bersikap tidak kisah, ada yang mudah terasa, ada yang terlalu agresif dan sebagainya.
Jadi, ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan untuk bersikap adil kepada semua anak-anak.
Memang payah untuk berlaku adil.
Oleh itu, keadilan ialah pra-syarat ketaqwaan. Ibu bapa dianggap memiliki keyakinan yang kuat jika memiliki tujuan untuk berlaku adil dalam hidupnya terhadap Allah SWT dan sesama manusia tidak kira dalam apa-apa sahaja urusan termasuk dalam mendidik anak-anaknya.
Mengapa Perlu Bersikap Adil?
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”Surah al-Ma'idah 5:8
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:-
“Berlaku adillah antara anak-anak kamu.”Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan Ibn Hibban
Jelaslah daripada ayat dan hadith di atas mahu tidak mahu, ibu bapa wajib berlaku adil kepada anak-anaknya. Dilarang membeza-bezakan atau mengistimewakan anak berbanding anak-anak yang lain.
Jika berlaku, pengaruhnya amat besar kepada jiwa dan perhubungan mereka sehingga menimbulkan permusuhan, kedengkian, saling membenci, bersangka buruk dan sebagainya dalam kalangan anak-anak.
Jika berlaku, pengaruhnya amat besar kepada jiwa dan perhubungan mereka sehingga menimbulkan permusuhan, kedengkian, saling membenci, bersangka buruk dan sebagainya dalam kalangan anak-anak.
Renungilah apa yang pernah berlaku kepada Nabi Yusuf AS.
Oleh kerana ayahnya lebih cenderung kepada Nabi Yusuf AS, menimbulkan rasa tidak senang abang-abangnya. Mereka membuat pakatan ingin membunuh Nabi Yusuf AS yang ketika itu masih belum baligh, namun akhirnya mereka mengambil keputusan memisahkannya daripada keluarga.
Ini dikisahkan dalam al-Quran sepertimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Bunuh sahaja Yusuf atau buanglah dia ke satu daerah supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu sahaja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang yang baik.Salah seorang daripada mereka berkata:-‘Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dalam sumur supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu memang hendak bertindak sesuatu terhadapnya.’”Surah Yusuf 12:9-10
Nabi Yusuf AS tidak bersalah, namun rasa kecintaan si ayah kepadanya yang melebihi abang-abang yang lain menyebabkan rasa dengki wujud dalam hati mereka.
Situasi begini banyak berlaku kepada ibu bapa hari ini.
Jangka panjang mengakibatkan anak-anak tidak boleh berbaik-baik tertutama apabila mereka dewasa atau sudah berumahtangga.
Apabila meletus sesuatu pertelingkahan sesama mereka, ketika itulah keluarnya keluhan anak-anak mengungkit rasa tidak puas hati akan sikap ibu bapa yang terlalu memilih kasih.
Apabila meletus sesuatu pertelingkahan sesama mereka, ketika itulah keluarnya keluhan anak-anak mengungkit rasa tidak puas hati akan sikap ibu bapa yang terlalu memilih kasih.
“Ayah memang selalu menangkan dia sejak kecil lagi.”
“Apa-apa sahaja yang dia hendak semua dapat, sedangkan kami tidak.”
Akhirnya ibu bapa akan mendapati sukar untuk menyatukan hati anak-anak.
Ganjaran daripada Allah SWT
Jika kita sentiasa berlaku adil kepada anak-anak, kita akan dapat melihat hasil didikan yang baik misalnya anak-anak tidak mementingkan diri sendiri, tidak dengki-mendengki, tidak bermusuhan dan sebagainya.
Sebenarnya jika berlaku adil, anak-anak juga akan lebih mudah mengikut kata.
Di akhirat pula ibu bapa akan berdiri di ats mimbar-mimbar daripada cahaya sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang yang berbuat adil itu di sisi Allah kelak, berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya.Iaitu mereka yang berlaku adil dalam memutuskan hukum dan bertindak adil terhadap bawahan (rakyat, keluarga mereka).”Hadith Riwayat Muslim
Bagaimana Bersikap Adil?
Adil bermaksud meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya, memberi hak kepada yang berhak dan mengambil hak daripada yang tidak berhak.
Adil dengan memenuhi keperluan anak-anak misalnya memberi makanan yang halal lagi baik (halalan tayyiban), memberi ilmu dan didikan yang baik, menjaga emosi, memberi cukup kasih sayang, perlindungan dan sebagainya.
Ada beberapa faktor yang perlu diambilkira oleh ibu bapa supaya dapat bersikap adil pada tempatnya.
Ada beberapa faktor yang perlu diambilkira oleh ibu bapa supaya dapat bersikap adil pada tempatnya.
1. Faktor usia anak-anak
Umur anak-anak dari tujuh tahun ke bawah, perlu dilayan dengan kasih sayang misalnya bermain, bergurau, mendukung di atas belakang dan sebagainya.
Ketika berumur tujuh tahun kedua, kita perlu menerapkan disiplin dan tegas dalam mendidik seperti menerapkan soal adab dan akhlak mereka.
Pada usia tujuh tahun ketiga, anak-anak dilayan bagaikan seorang sahabat. Kita akan lebih banyak mendengar dan kemudian memberi pandangan dan panduan kepada mereka.
Namun ada ibu bapa yang bertindak sebaliknya. Anak-anak yang berusia lima tahun dipukul jika tidak mendengar kata. Sedangkan anak berusia 10 tahun yang tidak solat, dimarahi sahaja.
Walhal Rasulullah SAW pernah mengatakan jika anak-anak tidak solat ketika usia 10 tahun, perlulah dirotan.
2. Faktor watak dan bakat anak-anak
Watak dan bakat anak-anak tidak sama sekalipun berasal dari rahim ibu yang sama. Setiap anak dilahirkan dengan potensi berbeza-berbeza. Ada anak yang dilahirkan dengan kecerdasan emosi, kinestetik, seni atau kecerdasan akademik yang tinggi.
Oleh kerana kecerdasan yang berbeza ini, ibu bapa perlu mengenal dan berlaku adil kepada mereka.
Oleh kerana kecerdasan yang berbeza ini, ibu bapa perlu mengenal dan berlaku adil kepada mereka.
Anak-anak yang memiliki kecerdasan emosi, biasanya berwatak ‘indoor’. Belikan buku-buku cerita jika mereka minat membaca, belikan pensel warna jika anak-anak suka melukis dan sebagainya.
Berbeza dengan anak-anak yang berwatak ‘outdoor’, bawalah mereka berjalan-jalan sambil mendidik dengan nilai-nilai agama atau belikan bola atau basikal jika anak-anak meminati sukan.
Ibu bapa yang adil akan sentiasa memberi kesempatan dan bimbingan kepada anak-anaknya. Kemungkinan potensi dan bakat anak-anak lebih menyerlah atau mencapai prestasi yang maksimum.
Biarlah anak-anak menjadi dirinya sendiri. Jangan dipaksa jika anak-anak kurang kepandaian dalam akademik. Pernah seorang bapa merotan anak lelakinya yang berumur empat tahun kerana tidak pandai membaca seperti sepupunya.
Kasihan anak ini kerana pukulan si ayah meninggalkan kesan lebam di punggung dan kakinya.
Kasihan anak ini kerana pukulan si ayah meninggalkan kesan lebam di punggung dan kakinya.
Mengapa hendak dibandingkan anak yang masih kecil dengan anak orang lain?
Ada anak-anak yang tidak memiliki kepandaian akademik, namun mereka mempunyai bakat dan kelebihan lain seperti memasak, bertukang, rajin mengemas dan sebagainya.
Oleh sebab iu, ibu bapa perlu memberikan sokongan dan harapan supaya anak-anak ini menjadi anak yang berguna dan pakar dalam bidang yang disukainya.
Oleh sebab iu, ibu bapa perlu memberikan sokongan dan harapan supaya anak-anak ini menjadi anak yang berguna dan pakar dalam bidang yang disukainya.
3. Faktor keadaan fizikal anak-anak
Dalam pemberian hadiah, anak perempuan didahulukan sesuai dengan fitrahnya yang suka dimanjai. Ini sunnah Rasulullah SAW iaitu mengutamakan pemberian kepada anak perempuan. Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, seorang bapa duduk bersama Baginda SAW.
Tidak lama kemudian, anak lelaki menghampiri si bapa lalu dicium dahinya. Si bapa mendukung anak lelakinya dan didudukkan di pangkuannya.
Tidak lama kemudian, anak lelaki menghampiri si bapa lalu dicium dahinya. Si bapa mendukung anak lelakinya dan didudukkan di pangkuannya.
Setelah itu datang pula anak perempuan, lalu si bapa tadi mengambil dan mendudukkan di sisinya. Perbuatan si bapa ini diperhatikan oleh Baginda SAW. Baginda SAW lalu menegur:-
“Mengapa engkau tidak berbuat adil terhadap kedua-duanya?”
Menurut al-Damiri, berlaku adil kepada anak-anak itu dituntut sekalipun dalam memberi ciuman kepada mereka. Bahkan al-Syeikh Sulaiman al-Jamal berkata:-
“Ibu bapa bukan sahaja perlu adil dalam pemberian, bahkan berlemah lembut dalam percakapan dan sebagainya.”
Rasulullah SAW Tetap Menjadi Idola
Ceritakan akhlak Rasulullah SAW.
Ceritakan bagaimana Baginda SAW rajin, cermat, bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan dan sebagainya. Setelah itu, barulah menceritakan kelebihan adik-beradik yang boleh menjadi contoh.
Jika hendak menasihati anak-anak, jangan menggunakan kata-kata negatif tentang diri mereka. Contohnya jika ada antara anak-anak yang bersikap pemalas, katakan kepadanya:-
Ceritakan bagaimana Baginda SAW rajin, cermat, bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan dan sebagainya. Setelah itu, barulah menceritakan kelebihan adik-beradik yang boleh menjadi contoh.
Jika hendak menasihati anak-anak, jangan menggunakan kata-kata negatif tentang diri mereka. Contohnya jika ada antara anak-anak yang bersikap pemalas, katakan kepadanya:-
“Kamu kena rajin macam abang kamu.”
Atau; katakan seperti ini:-
“Adik kena selalu berani mencuba seperti kakak.”
Jangan pula begini:-
“Kamu kena jadi macam abang kamu atau kakak kamu.”
Spesifikasikan sifat yang perlu dicontohi, bukan menyamakan dirinya dengan orang lain.
Oleh sebab itu wahai ibu bapa, lawan kepada sikap adil itu zalim. Kita takut tergolong dalam golongan orang yang zalim jika tidak memberi hak dalam pelajaran, kasih sayang, tidak menjadi contoh pada anak-anak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.
Contohilah para salafussoleh.
Mereka golongan yang paling suka berbuat adil terhadap anak-anak setelah melihat Rasulullah SAW melakukannya. Mereka adil walaupun dalam memberi ciuman kepada anak-anak sama ada lelaki ataupun perempuan.
Jika kita sebagai ibu bapa pernah tidak berlaku adil dan jika berlaku perselisihan antara anak-anak, maka ikutilah cara bagaimana Rasulullah SAW menanganinya.
Jika kita sebagai ibu bapa pernah tidak berlaku adil dan jika berlaku perselisihan antara anak-anak, maka ikutilah cara bagaimana Rasulullah SAW menanganinya.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment