Makanan adalah antara sumber terpenting dalam kehidupan kita.
Tanpa makanan, sudah pasti kita tidak akan bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Islam sebagai agama fitrah yang suci amat menjaga pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal.
Hal ini adalah kerana pemakanan boleh memberi kesan kepada akhlak dan peribadi seseorang.

Perkara ini dapat kita fahami dengan jelas daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”Hadith Riwayat at-Tirmizi
Kita wajib memastikan makanan yang akan diberikan kepada ahli keluarga adalah daripada sumber yang halal dan bersih. Makanan yang suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik.
Maka di samping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, perlu ditekankan bersamanya soal kesucian dari segi syariat Islam.
Maka di samping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, perlu ditekankan bersamanya soal kesucian dari segi syariat Islam.
Persoalan syariat bukan sekadar pada logo halal sahaja. Banyak aspek lain yang perlu diperhalusi.
Makanan yang haram boleh mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar dan selesa dalam melakukan maksiat serta perkara-perkara yang berdosa dan menjauhkan diri daripada ibadah dan hal-hal kebajikan.

Hatinya payah untuk menerima kebenaran walaupun dia tahu bahawa dirinya bersalah. Rasa sensitif terhadap perkara yang baik telah hilang sama sekali. Kepintaran dan kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya digunakan untuk melakukan kejahatan.
Hilang rasa marah terhadap anak isteri mahupun ahli keluarganya yang lain walaupun mereka melakukan perkara-perkara dosa secara terang-terangan di hadapannya.
Hilang rasa marah terhadap anak isteri mahupun ahli keluarganya yang lain walaupun mereka melakukan perkara-perkara dosa secara terang-terangan di hadapannya.
Paling malang, apabila doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh. Rambutnya tidak terurus dan dipenuhi dengan debu. Lalu dia menadah tangannya ke langit sambil berdoa:-
‘Wahai Tuhanku!’
Padahal makanannnya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”
Hadith Riwayat Muslim
Halal Lagi Bersih
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah.
Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maka Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah an-Nahl 16:114-115
Berdasarkan ayat ini, perkara pertama yang diharamkan untuk dimakan oleh manusia ialah bangkai, iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada usaha manusia seperti disembelih atau diburu.
Antara hikmah yang dapat diperhatikan di sebalik pengharaman bangkai ialah:-
Hikmah Pertama
Naluri manusia yang sihat pasti tidak akan mahu memakan bangkai. Semua agama samawi menghukumkan bangkai sebagai haram. Mereka memakan haiwan halal yang telah disembelih, sekalipun berbeza cara penyembelihannya.
Hikmah Kedua
Kesihatan manusia akan terancam sekiranya bangkai dibenarkan untuk dimakan kerana bangkai binatang mengandungi pelbagai kuman dan bakteria yang membahayakan kesihatan.
Hikmah Ketiga
Allah SWT mengharamkan bangkai kepada manusia. Namun, bangkai boleh menjadi sumber rezeki buat makhluk-Nya yang lain seperti burung gagak, dubuk dan lain-lain lagi.
Hikmah Keempat
Manusia lebih mengambil berat tentang binatang peliharaan mereka, merawatnya apabila diserang penyakit dan tidak akan membiarkannya mati begitu sahaja.
Wallahua'lam
Blogger Comment
Facebook Comment