Ramai beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin. Diharapkan dengan itu, timbul rasa simpati dan empati terhadap mereka.
Anggapan ini kurang tepat walaupun ada kebenarannya.
Justeru, jika benarlah itu tujuan utama berpuasa, mengapa orang miskin yang selalu kelaparan itu pun masih diwajibkan berpuasa?
Anggapan ini kurang tepat walaupun ada kebenarannya.
Justeru, jika benarlah itu tujuan utama berpuasa, mengapa orang miskin yang selalu kelaparan itu pun masih diwajibkan berpuasa?
Bukankah mereka sudah biasa merasai kelaparan?
Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja diwajibkan berpuasa. Namun, ia tidak begitu. Orang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa.
Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja diwajibkan berpuasa. Namun, ia tidak begitu. Orang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa.
Ini menunjukkan ada tujuan lain yang lebih utama di sebalik rasa ‘lapar’ semasa berpuasa.
Amat besar bezanya berlapar kerana Allah SWT (semasa berpuasa) dengan berlapar kerana tiada makanan untuk dijamah. Lapar kerana kesempitan hidup sangat jauh bezanya dengan lapar kerana berpuasa.
Amat besar bezanya berlapar kerana Allah SWT (semasa berpuasa) dengan berlapar kerana tiada makanan untuk dijamah. Lapar kerana kesempitan hidup sangat jauh bezanya dengan lapar kerana berpuasa.
Pada bulan Ramadhan, umat Islam berlapar hanya kerana Allah SWT semata-mata. Ini kerana melalui ibadah puasa, Allah SWT melatih kita untuk menjadi orang bertaqwa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”Surah al-Baqarah 2:183
Insya-Allah, apabila bertaqwa (hasil berpuasa), orang kaya akan bersyukur dengan ‘kekenyangannya’ dan orang miskin akan bersabar dengan kelaparannya.
Berpuasa Tetapi Tidak Bertaqwa
Sudah bertahun-tahun kita melakukan ibadah puasa. Namun, mengapakah puasa itu belum mencapai matlamatnya?
Atau ibadah ritual itu tidak memberi kesan ke atas nilai spiritual kita?
Alhasil, puasa tetap puasa tetapi perbuatan mengumpat, memfitnah dan hasad dengki masih diteruskan juga. Tegasnya, kita belum menjadi insan yang bertaqwa walaupun sudah berbelas-belas malah berpuluh-puluh tahun menjalani ibadah puasa.
Mengerjakan puasa umpama menanam pokok. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan buah.
Buah puasa ialah taqwa iaitu sifat dalam diri seseorang yang menyebabkannya sangat menjaga dan berhati-hati dengan hukum Allah SWT.
Taqwa ialah sikap berhati-hati dan mencegah diri daripada melanggar hukum Allah SWT, hasil kesedaran diri yang tinggi terhadap pemerhatian Allah SWT. Orang yang bertaqwa mempunyai kemampuan mengawal diri dan tidak tunduk kepada pujukan hawa nafsu dan syaitan.
Orang yang bertaqwa juga dijamin mendapat perlindungan daripada musuhnya, bantuan jaminan rezeki serta keberkatan daripada Allah SWT.

Malangnya, umat Islam masakini masih belum bertaqwa. Hidup kita masih ditindas oleh musuh, pencapaian ekonomi masih ketinggalan, masalah-masalah sosial seperti dadah dan jenayah masih mencengkam.
Ini menunjukkan puasa kita juga masih tidak berkesan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Ini menunjukkan puasa kita juga masih tidak berkesan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.”Hadith Riwayat Ibn Majah
Mengapakah puasa kita tidak berkesan?
Untuk itu mari kita lihat dahulu di manakah kedudukan puasa dalam keseluruhan proses pembentukan keperibadian manusia menurut perspektif Islam.
Hadith Jibril A.S
Islam mempunyai kaedah terbaik untuk membentuk manusia. Ia dinamakan ‘sibghatallah’ (acuan Allah SWT).
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Acuan Allah dan siapakah yang terbaik acuannya selain Allah?”Surah al-Baqarah 2:138
Apa yang dimaksudkan dengan ‘acuan Allah’?
Ia diperjelaskan oleh sebuah hadith yang dikenali sebagai ‘hadith Jibril’. Saidina Umar al-Khattab R.A meriwayatkan seperti berikut:-
“Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan musafir dan tidak seorang pun daripada kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk berhampiran Nabi SAW.Disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda SAW dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua peha Baginda SAW.”
Dalam pertemuan tersebut, lelaki tersebut bertanya beberapa soalan dan Nabi SAW menjawabnya. Aneh, bagi soalan pertama dan kedua, lelaki yang bertanya itu membenarkan kata-kata Rasulullah SAW selepas Baginda SAW menjelaskan persoalan yang dikemukakan.
Setelah lelaki tersebut beredar, Rasulullah SAW berteka-teki dengan Saidina Umar al-Khattab R.A:-
“Wahai Umar adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Saidina Umar al-Khattab R.A berkata:-
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Baginda SAW kemudian bersabda yang bermaksud:-
“Sesungguhnya dialah malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”
(Rujukan: Hadith Riwayat Muslim)
Apakah soalan yang ditanya oleh Jibril A.S itu?
Kita lihat jadual di bawah.
Hubungan antara rukun Islam, rukun iman dan ihsan boleh dipermudahkan begini:-
- Rukun iman (input)
- Rukun Islam (proses)
- Ihsan (hasil)
Rukun iman adalah himpunan kepercayaan yang dipasakkan dalam hati dan minda, manakala rukun Islam adalah set amalan yang perlu dilakukan secara rutin dan konsisten. Ihsan pula hasil atau kesan daripada kepercayaan (rukun iman) dan amalan (rukun Islam) tersebut.
Input (Iman)
Sasaran utama usaha membentuk keperibadian manusia ialah jiwa (akal dan hati) manusia.
Ini dilaksanakan dengan menanam dan menyuburkan iman agar difahami oleh akal dan meresap dalam hati. Iman (tauhid) merupakan tonggak risalah nubuwah.
Bertolak dari pangkal keimanan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya, maka secara automatik seseorang itu akan turut meyakini siri keyakinan terhadap para malaikat, kitab, Rasul, qadak dan qadar serta hari kiamat.

Pendekatan psikologi inilah juga input kepada ‘belief system’ seseorang.
Percaya kepada rukun iman akan membentuk satu sistem keyakinan yang unik dalam hati orang yang beriman. Dan sudah pasti, ini merupakan sistem keyakinan yang tepat dan benar kerana ia datang daripada Allah SWT yang mencipta manusia.

Sistem keyakinan ini akan menimbulkan implikasi yang cukup mendalam dalam diri seseorang:-
- Rasa takut (khauf) dan bimbang terhadap sesuatu yang tidak diingini
- Rasa berharap (raja’) kepada apa yang diingini. Kebimbangan dan pengharapan itu akan menimbulkan keadaan dalam jiwa yang takut pada Allah SWT
Hasilnya, ia akan mendorong seseorang untuk bertindak selaras dengan apa yang diharapkan dan meninggalkan apa yang ditakuti itu. Orang yang beriman akan melaksanakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan perlakuan yang dimurkai Allah SWT.
Proses (Islam)
Apakah amalan-amalan yang perlu dilakukan selepas beriman dengan rukun iman?
Rukun Islam menyediakan satu set amalan itu.
Amalan-amalan itu jika diamalkan secara tepat dan konsisten akan melahirkan peribadi yang baik. Rukun Islam menyediakan sejumlah amalan yang jika dilaksanakan secara tepat dan betul, berupaya melahirkan individu-individu yang berkualiti tinggi dan berakhlak mulia.

Melalui pengamalan rukun-rukun Islam, setiap individu dibawa melalui ‘suatu proses’ untuk menterjemahkan keyakinannya kepada bentuk lisan dan perbuatan.
Set amalan yang mengandungi bacaan-bacaan, perbuatan-perbuatan dan jangka masa tertentu itu, jika diamalkan dan dihayati secara ikhlas dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW akan menghasilkan impak-impak tertentu.

Impak rukun Islam:-
- Syahadat - mengesah dan memperbaharui iman
- Solat – mencegah daripada fasha’ dan kemungkaran
- Puasa – menghasilkan taqwa
- Zakat – membersihkan diri dan harta
- Haji – menyaksikan beberapa manfaat untuk beriman
Output (ihsan)
Perlaksanaan rukun Islam berasaskan rukun iman dikira belum sempurna sekiranya hasil yang sewajarnya belum dicapai. Kemuncak kepercayaan dan amalan adalah rasa ‘melihat’ atau ‘dilihat’ oleh Allah SWT.
Itulah ihsan. Ia adalah kesedaran dalam diri tentang pengawasan Allah SWT setiap masa dan ketika.
Itulah ihsan. Ia adalah kesedaran dalam diri tentang pengawasan Allah SWT setiap masa dan ketika.
Walaupun ia dalam bentuk ‘rasa’, namun ia boleh dikesan secara kuantitatif pada tiga daerah:-
- Taqwa dengan Allah SWT (hablumminallah)
- Berakhlak dengan manusia (hablumminannas)
- Itqan (cemerlang) dalam profesion (tugas dan pekerjaan)
Inilah hasil akhir daripada acuan Allah SWT. Apabila manusia memiliki rasa taqwa, berakhlak tinggi dan membudayakan itqan dalam setiap pekerjaannya, maka dia akan meraih kejayaan di dunia dan akhirat.
Wallahu'alam
Blogger Comment
Facebook Comment