Keajaiban Air

Air ialah salah satu daripada sebatian kimia yang mana formula kimianya adalah H2O. satu molekul air mempunyai dua atom Hidrogen dan satu atom Oksigen

Air boleh wujud dalam dalam tiga bentuk keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas

Dalam suhu dan tekanan yang biasa, air wujud dalam bentuk cecair

Dalam suhu yang rendah atau sejuk pula, air wujud dalam bentuk pepejal seperti ais manakala dalam suhu yang tinggi, air wujud dalam bentuk gas iaitu wap air.

Air meliputi 71% daripada permukaan bumi dan ia amatlah penting untuk semua benda hidup. 

Hal ini kerana daripada airlah Allah SWT jadikan segala sesuatu yang hidup. Ia sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?



Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” 

Surah al-Anbiya' 21:30
Hanya 2.5% daripada air di bumi ialah air tawar. 2.5% inilah yang kita gunapakai untuk kegunaan harian seperti untuk minum, memasak dan sebagainya.

 Air juga merupakan pelarut universal.

Majoriti tubuh badan kita juga dibuat daripada air. Air merupakan komponen utama sel dalam badan kita. Kita boleh hidup tanpa makanan untuk beberapa hari tetapi kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari.

Air adalah sumber yang diperlukan untuk semua benda yang hidup di atas mukabumi ini. 

Oleh itu, peliharalah sumber air yang ada daripada segala bentuk pencemaran agar kelangsungan hidup dapat diteruskan.

Air Tawar dan Air Masin


Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masih lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekar pencampuran keduanya.” 
Surah Furqan 25:53
Firman Allah SWT ini adalah benar kerana telah terbukti bahawa air laut yang masin tidak bercampur dengan air sungai yang tawar.


Seorang ahli oceanografi, Mr. Jacques Yves Costeau telah menemukan beberapa kumpulan mata air tawar di bawah laut yang segar dan sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air masin, seolah-olah ada yang menghalang pencampuran kedua-dua jenis air itu. 

Beliau yang tidak berpuas hati cuba mencari jawapan apabila ia kembali daripada kerjayanya di lautan.

Suatu hari beliau berjumpa seorang profesor Muslim dan menceritakan tentang hal tersebut. Profesor itu menerangkan kepada beliau tentang ayat dalam al-Quran yang menceritakan tentang pemisahan kedua-dua jenis air tersebut.

Jacques berasa sangat terpegun dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam kemudiannya.

Selain daripada air laut yang tidak bercampur dengan air tawar, air laut juga tidak bercampur antara satu sama lain. Kita mempunyai pelbagai kawasan lautan di atas muka bumi.

Setaip satunya mempunyai suhu dan kandungan garam yang berbeza. 


Sifat lautan yang saling bertemu, tetapi tidak bercampur antara satu sama lain ini telah ditemukan baru-baru ini. Keadaan ini adalah disebabkan oleh daya fizik yang dinamakan ‘surface tension’, air dari laut-laut yang saling bersebelahan tidak bercampur.

Ia bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dapat dilampaui oleh masing-masing.” 
Surah ar-Rahman 55:19-20

Kelebihan Air Zamzam


Air zamzam ialah air yang diberkati. 

Ia sama sepertimana sabda Rasulullah SAW yang menyatakan keberkatan air zamzam. Molekul air zamzam ialah molekul yang terindah. Air zamzam ialah air yang berasal daripada mata air dalam telaga zamzam.


Setiap minit, mata air zamzam boleh menghasilkan sebanyak 660 liter air. Telaga zamzam tidak pernah kering walaupun semua telaga yang lain di Makkah mengering. Molekul air zamzam adalah yang paling kukuh dalam merakan segala perubahan gelombang

Strukturnya tidak berubah walaupun diberi tekanan sekuat mana sekalipun dan ia boleh merakam gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu dengan tepat.

Hasil kajian ke atas air zamzam mendapati bahawa ia adalah antikuman

Ia mempunyai kandungan flourida yang berupaya membunuh kuman. Selain itu, ia mempunyai kadar kalsium dan magnesium yang tinggi. Ajaibnya, tiada sedikit pun lumut yang terbentuk di dalam telaga air zamzam.

Air zamzam tidak pernah habis walaupun dimanfaatkan oleh berjuta manusia pada satu-satu masa.

Wallahua'lam